Kenapa Wanita Lebih Mudah Kena Osteoporosis Berbanding Lelaki?

Kali ini saya ingin bercerita lagi sekali pasal osteoporosis. Bukan apa, sejak pernah diagnose critically calcium defiency pada umur 25 tahun, saya sangat-sangat takut dengan osteoporosis. Waktu itu baby 3 kg pon saya tak mampu angkat, seakan renjatan elektrik pada tangan saya (pergelangan) dan doktor terpaksa beri saya high dose kalsium. Jadi, adalah lebih baik saya terangkan kenapa perlunya kita tau kepentingan kalsium dan risiko osteoporosis ni.

Apa Itu Osteoporosis?

Osteoporosis (OS-tee-oh-poh-ROH-sis) adalah penyakit berkaitan dengan tulang di mana tulang mudah sangat patah dan sangat lemah (rapuh). Sebab itu lah orang-orang tua sangat bahaya bila jatuh sebab tulang mereka dah tak padu dan dah tak sekuat orang dewasa yang tanpa osteoporosis. Malangnya, memang biasa sangat kita tak anggap penting pon osteroporosis ni, di kala muda.

Siapa Yang Berisiko Menghidap Osteoporosis?

Ada banyak sangat faktor yang boleh menyebabkan osteoporosis. Namun ada beberapa faktor yang memang kita tak dapat elakkan, iaitu seperti berikut.

  1. Perempuan. Perempuan memang berisiko lebih tinggi mengidap osteoporosis berbanding lelaki kerana faktor fisiology seperti mengandung dan menyusukan anak.
  2. Menjadi semakin tua. Semakin tua, semakin tulang ketumpatan tulang kita.
  3. Menopause
  4. Mempunyai badan yang bersaiz kecil
  5. Mempunyai sejarah keluarga yang ada osteoporosis
  6. Tidak ada menstruasi (period)
  7. Mempunyai penyakit seperti rheumatoid arthritis, type 1 diabetes, premature menopause, anorexia nervosa.
  8. Kurang bersenam
  9. Penggunaan sesetengah ubat-ubatan yang boleh mengurangkan penyerapan kalsium dalam jangka masa yang lama

Faktor lain yang menyumbang kepada osteoporosis

  1. Merokok
  2. Terlalu banyak minum alkohol
  3. Kurang pengambilan kalsium dan sayuran hijau
  4. Kurang bersenam

Macam Mana Untuk Mengelakkan Tulang Menjadi Lemah dan Rapuh?

Dapatkan kalsium secukupnya setiap sehari. Sebab tulang kita mengandungi kalsium. Kalsium daripada makanan sebenar adalah jauh lebih baik berbanding kalsium dalam bentuk supplement, sebab makanan sebenar juga membekalkan pelbagai nutrisi lain selain kalsium.

Kenapa Wanita Lebih Mudah Kena Osteoporosis?

Pertama, Wanita mengalami proses mengandung. Untuk memastikan tulang baby dalam kandungan kuat dan sihat, baby perlukan banyak kalsium sedari dalam rahim lagi. Baby dapat kalsium ini daripada makanan si ibu (atau pun supplement yang ibu ambil). Jika seseorang ibu yang mengandung tu tak cukup ambil kalsium harian setiap hari, ibu itu akan kehilangan kalsium tu dari tulang ibu sendiri. Sebab itulah ibu hamil yang kurang kalsium biasanya memang akan rasa gigi mulai goyang, dan mulai sakit belakang dan tulang semasa mengandung.

Keduanya, wanita biasanya menyusukan anak selepas bersalin. Sama juga seperti mengandung, susu ibu mengandungi 40% kalsium. Jika ibu itu sendiri tak mengambil cukup kalsium semasa menyusukan baby, memang ibu akan kehilangan kalsium dari tulang ibu sendiri. Itu yang berlaku kepada saya selepas saya melahirkan anak.

Tetapi jangan risau.

Osteoporosis sangat boleh dikawal jika ibu menjaga pemakanan yang betul dan seimbang, kaya dengan kalsium, vitamin D dan magnesium. Mungkin kita tak nampak kepentingan kalsium ini dan risiko osteoporosis ini kerana fikir yang kita masih muda. Tapi ingat, kita tak selamanya muda dan kandungan kalsium dalam tubuh kita tak selamanya tinggi.

Rujuk gambar rajah di atas bagaimana tulang kita akan kekurangan ketumpatan bila umur kita semakin meningkat.

Pada awal usia kita dari dalam kandungan ibu lagi, sehinggalah umur 20 merupakan waktu kritikal pembentukan tulang kita. Sebab itulah jika mahukan anak yang tinggi dan mempunyai tinggi ideal, pastikan anak kita tu cukup serba serbi kalsium dari pemakanan harian.

Ketumpatan tulang mula berkurangan apabila mencecah umur 25 tahun. Sekiranya pengambilan kalsium harian tak mencukupi, ketumpatan tulang akan jadi lebih mudah berkurang berbanding mereka yang cukup pengambilan kalsium harian.

Paling jelas ketumpatan tulang berlaku pada perempuan berbanding lelaki kerana proses fisiology semulajadi wanita yang perlu mengandung dan menyusukan. Malah ketika mengalami menapause, ketumpatan tulang akan turun dengan lebih mendadak.

Sebab itulah banyak kita perhatikan orang tua yang bongkok adalah kebanyakannya terdiri dari wanita.

Adakah kita nak diri kita yang tua nanti bongkok dan menjadi rendah tiba-tiba? Kalau tak nak, maka sejak muda ini lah kena pastikan kalsium badan kita sentiasa cukup.

Best kan bila dah tua tapi tak de masalah sakit-sakit tulang dan sendi. Nak berjalan-jalan pon seronok, nak solat pon apatah lagi best!

error: Content is protected !!