Vitamin Untuk Rheumatoid Arthritis

Sebelum ni kita ada ceritakan pengenalan tentang Rheumatoid Arthritis di SINI. Kali ini nak cerita pasal vitamin untuk rheumatoid arthritis.

Boleh ke vitamin dan supplement membantu mengurangkan kesakitan akibat Rheumatoid Arthritis (RA)? Hakikatnay memang banyak kaitan dah dijalankan yang mana banyak kajian sangat menyarankan pengambilan vitamin untuk pesakit Rheumatoid Arthritis. Antaranya ialah kajian dari University of Maryland Medical Centre [1]. Dalam kajian ini, apa yang dimakan oleh pesakit Rheumatoid Arthritis adala sangat penting untuk mengurangkan kesakitan dan kekejangan akibat Rheumatoid Arthritis.

Malah, dalam keadaan pesakit yang kronik, memang diet sangat dititikberatkan. Diet yang kurang nutrisi boleh menyebabkan pembengkakan dan juga menjadikan simptom dan keadaan pesakit Rheumatoid Arthritis menjadi lebih teruk akibat kurangnya vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.

vitamin untuk rheumatoid arthritis

<

Vitamin D yang Mencukupi
Sememangnya semua orang pun perlukan Vitamin D. Sebabnya Vitamin D sangatlah penting untuk tumbesaran tulang dan kekuatan tulang. Malah Vitamin D juga penting untuk bantu badan menyerap berapa banyak kalsium yang perlu diserap oleh tubuh. Tapi, untuk pesakit Rheumatoid Arthritis, Vitamin D ini lebih penting dari itu. Sebabnya, terdapat ubat-ubatan yang diguna pakai oleh pesakit Rheumatoid Arthritis akan menyebabkan Rheumatoid Arthritis vitamin D berkurangan dalam tubuh. Ubat steroid yang diambil secara oral (corticosteroids) menyebabkan sesiapa yang mengambil ubat ini, akan mengalami kekurangan Vitamin D sehingga 2 kali ganda. Kesannya ialah, tulang akan jadi sangat rapuh dan mudah patah. Maka amatlah penting untuk pesakit Rheumatoid Arthritis yang mengambil steroid supaya mengambil vitamin D tambahan.

<
Dari segi untuk mengurangkan pembengkakan dan radang pula, vitamin-vitamin berikut sangat membantu.

Asid Lemak Omega 3
Untuk pesakit Rheumatoid Arthritis, digalakkan untuk mengambil sehingga 2.6 gram omega 3 (minyak ikan) setiap hari. Ini kerana sifat Omega 3 yang anti-radang dan anti-inflammation dapat mengurangkan bengkak yang dihadapi oleh pesakit Rheumatoid Arthritis. Mereka yang mengamalkan omega-3 kurang mempunyai kerosakan di bahagian sendi-sendi berbanding mereka yang tidak mengambil minyak ikan ini. Malah, ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung di kalangan penghidap Rheumatoid Arthritis .Risiko RA untuk menghidap penyakit jantung adalah lebih tinggi berbanding orang biasa. Walaubagaimanapun, omega-3 boleh menyebabkan pendaraha berlebihan sekiranya pesakit ada mengambil ubat cair darah seperti clopidogrel (Plavix), warfarin (Coumadin), atau aspirin. Perlu berhati-hati.

Vitamin E
Vitamin E mampu mengurangkan kesan kesakitan akibat Rheumatoid Arthritis. Walaubagaimanapun, pengambilan Vitamin E juga perlu di atas kawalan pihak doktor. Malah pesakit yang ada masalah jantung, diabetes, dan retinitis pigmentosa perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

GLA complex (Gamma Linolenic Acid)
Ia dikenali juga sebagai Omega-6. Ia terkandung dalam minyak borage, minyak evening primrose, dan juga black currant seed oil. Dosage sebanyak 1.1 gram sehingga 2.6 gram sehari boleh mengurangkan kesakitan, kekejangan, dan bengkak akibat Rheumatoid Arthritis. Sama seperti omega-3, pengambilan Omega-6 juga perlu di atas pengawalan doktor kerana ia juga boleh menyebabkan kepekatan darah menurun.

Asid Folik (B Complex)
Pesakit Rheumatoid Arthritis yang ada mengambil methotrexate akan mengalami masalah kekurangan asid folik kerana badan menjadi kurang sensitif untuk menyerap asid folik. Maka, asid folik tambahan diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Sudah tentu, dengan pengawasan doktor juga.

Resveratrol Dari Vivix
Penyelidik dah banyak kaji dah pasal resveratrol ni, ia dapat membantu mengurangkan penghasilan kompaun HLA-DR4 yang menyebabkan kerosakan sendi pada pesakit Rheumatoid Arthritis. Dr. Joseph Maroon dalam bukunya ada menceritakan tentang minyal ikan dan resveratrol dan kesannya kepada pesakit Rheumatoid Arthritis beliau. Ada beberapa review pasal resveratrol dan juga pesakit Rheumatoid Arthritis di link ini (KLIK SINI) untuk baca. boleh juga baca di link SINI . Meskipon bukan menggunakan jenama yang sama, resveratrol memang membantu. Untuk testimonial Vivix dan pesakit Rheumatoid Arthritis pula, boleh baca PDF di bawah ini.

Senarai Harga Produk Shaklee 2017

Untuk Testimonial vivix di Malaysia pulak, adalah seperti berikut

vitamin untuk rheumatoid arthritis

 

 

[1] http://umm.edu/health/medical/altmed/condition/rheumatoid-arthritis

[2] Maroon, Joseph. The Longevity Factor. New York: Atria Books, a division of Simon & Schuster, Inc., 2009. ISBN: 978-1-4165-5107-2.

>

 

>

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE

<

1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee

>

<

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

 

Daftar ahli Shaklee

>

 

error: Content is protected !!