Vitamin Untuk Kesihatan Jantung Anda

>

Sakit jantung dan serangan jantung merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia. Sakit jantung juga merupakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kematian yang berpunca dari kanser. Ini bukan rekaan, ini merupakan fakta yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia (The Heart Foundation of Malaysia). 37% kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular seperti STROK dan penyakit JANTUNG!.

Tetapi tak perlu risau, kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan bahawa gejala serangan jantung dan strok boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian yang sihat, mengambil supplement dan vitamin berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Coenzyme Q10 atau CoQ10 merupakan salah satu daripada suplement dan vitamin yang penting untuk kesihatan jantung kita.

<

Apa itu Coenzyme Q10 atau CoQ10 dan mengapa ia penting untuk cegah sakit jantung?

Coenzyme Q10 (CoQ10) adalah zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. CoQ10 ni banyak ditemui dalam organ² yang bekerja keras & memerlukan tenaga sel yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang & pankreas berfungsi.

CoQ10 menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel² tubuh membakar gula & lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga; proses ini memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses ini berulang ribuan kali pada setiap saat bagi membolehkan jantung terus berdegup & membolehkan organ² dalam tubuh berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

>

Bagaimana CoQ10 membantu jantung?

CoQ10 membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah, dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. Ia juga menyokong salur-salur darah yang saling berkait supaya tekanan darah berada di paras yang sihat dan normal. Ia juga merukapan antioksidan yang kuat dan mampu melindungi arteri dari diselaputi oleh lemak jahat HDL dan memastikan pengaliran darah berjalan lancar.

>

Sumber semulajadi CoQ10 dalam makanan?

Jenis Makanan Sajian CoQ10 (mg)
Daging 85 gram 2.6
Ayam 85 gram  1.4
Kekacang Panggang 28 gram 0.8
Brokoli Rebus 1/2 cawan (dipotong dadu) 0.5
Oren 1 biji saiz sederhana 0.3
Strawberri 1/2 cawan 0.1
Telur Rebus 1 biji saiz sederhana 0.1

>

Pengambilan CoQ10 dalam diet harian selalunya kurang dari 10mg sehari adalah sangat kurang menyebabkan paras semulajadi enzim ini mudah merosot dimamah usia bila usia semakin meningkat. Semakin tua, semakin kurang enzim ini di dalam tubuh, menyebabkan risiko kepada serangan sakit jantung dan strok semakin meningkat. Faktor lain yang lebih menjadikan keadaan lebih teruk adalah diet yang tak seimbang, pendedahan terhadap radikal-radikal bebas, dan terlalu banyak penggunaan dadah juga menyumbang kepada kemerosotan enzim CoQ10 dalam tubuh kita. Inilah sebabnya kepada kalau boleh kita ambil vitamin atau supplemen tambahan CoQ10 ni, agar p[aras enzim ini dapat menyokong fungsi tubuh kita di tahap yang optimum.

Oklah, pening pulak disebabkan terlalu banyak bahasa saintifik. Secara kesimpulannya, CoQ10 ni dapat memberi manfaat-manfaat berikut ya.

  1. Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  2. Menggalak dan melindungi salur darah yang sihat daripada mendapan lemak jahat HDL
  3. Meningkatkan pengaliran darah
  4. dan paling penting, membantu meningkatkan paras CoQ10 dalam darah.
Kami juga mempunyai rangkaian produk Shaklee lain yang membantu menyokong kesihatan jantung. Klik link di bawah untuk SET JANTUNG ANDA.
>
>

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA RUNCIT (RETAIL) SHAKLEE

>

Nama: Mama Iman @ Farha @ IbuCergas
Emel: ibucergas@gmail.com
Phone/message/wassap: 013-3355598

<

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”


 

error: Content is protected !!