Vitamin Ibu Menyusu – Pengalaman Seorang Ibu Yang Berjaya

Semalam saya dihubungi oleh beberapa ibu baru mengenai vitamin ibu menyusu. Sungguh sehingga 3 orang bertelefon pada hari yang sama. Oh, saya bukanlah pakar laktasi. Apa yang saya advise pada customer hanyalah berdasarkan testimonial sendiri dan juga pengalaman sendiri sahaja. Dan Alhamdulillah juga bila saya nasihatkan benda yang sama kepada customer saya cara menambahkan susu ibu tersebut, rata-rata berjaya melakukannya!

Oh.. tetapi ia bukanlah semudah ABC.
Oh.. ianya juga bukanlah semudah hari ni makan vitamin ibu menyusu, esok susu tiba-tiba jadi melambak-lambak pula.
Oh.. ianya perjuangan bak mengalir air mata darah you all!

Saya tak nafikan ada ibu-ibu yang amat bertuah tatkala anak bersalin, pengaliran susu lancar sekali. Sungguh amat bertuah. Mereka ni by the time masuk kerja, InsyaAllah untuk menyediakan stok EBM tidak menjadi suatu masalah. Bersyukur ya, kerana tidak semua ibu merasai nikmat itu.

Sebulan yang lepas, saya cuba membantu seorang rakan saya yang baru sahaja melahirkan anak. Beliau dibenarkan balik sehari sejurus kelahiran bayinya kerana alhamdulillah bayinya sihat dan tiada masalah semasa kelahiran. Bayinya juga didapati dapat menyusu dengan baik (iaitu melekat pada breast dengan elok)

Tetapi, bila saya melawat beliau, saya tanya, ada susu kah? Beliau sendiri tidak tahu kerana tidak nampak susu mengalir keluar bila dipicit. Sungguh saya sendiri menyaksikan keadaan ini. Yang keluar hanyalah air jernih yang agak likat dan melekit. Belum berbentuk kolostrom pun lagi.

Bayinya juga asyik mahu tertidur sahaja (biasa bayi baru lahir memang begitu). Tetapi kerap terjaga kerana lapar barangkali. Pada hari ketiga, air yang keluar masih juga jernih. Saya katakan pada si ibu, sabar, teruskan juga penyusuan susu ibu itu (meskipun dalam hati sungguh risau bayinya tidak cukup khasiat). Breast juga lembik seperti tiada tanda-tanda mempunyai susu.

Pada hari ke 3, bayi itu terpaksa dimasukkan ke wad kerana kuning. Dan susu ibu pula seperti tetap juga tiada. Ibunya juga masuk wad bersama-sama bayi nya dan hanya direct feeding dibenarkan sepanjang di hospital.

Hari demi hari saya memantau keadaan ibu ini. Hari demi hari juga si ibu wassap gambar susu yang diperolehi secara perahan. Mula-mula tak sampai 0.5 oz pon. Kemudian bertambah menjadi 1 oz dan kemudian 1.5 oz.

Alhamdulillah.

Kini bayi tersebut sudahpun 6 minggu umurnya. Si ibu sudah merasakan wajib mengepam setiap jam kerana breast yang berat dipenuhi susu. Syukur.

Saya bertanya kepada si ibu, adakah dulu beliau hampir putus asa? Si ibu menjawab, ya, sungguh hampir beliau putus asa kerana penat dan kadang kala juga memberi susu formula pada bayinya. Mujur di wad hospital mewajibkan beliau direct feeding. Sekarang ni bayinya pun sering kekenyangan dan boleh mengumpul stok susu untuk bekalan hari kerja kelak.

 

Sungguh saya akui ramai ibu yang putus asa untuk menyusukan anak mereka.Oh saya, saja saya tidak memberitahu awal-awal yang ibu ini mengambil vitamin ibu menyusu dari Shaklee. Ini kerana apa yang saya ingin tekankan adalah, penyusuan susu ibu bukanlan 100 % disebabkan vitamin atau supplement mahupun milk booster, tetapi semata-mata hanya dengan demand dan supply.

Vitamin ibu menyusu shaklee membantu ibu merasa bertenaga, di samping mengurangkan rasa stress dan membekalkan nutrien yang terbaik untuk ibu supaya kekal bertenaga dan sihat sepajang selepas bersalin dan semasa menyusukan bayi.

Alhamdulillah, ibu ini memang tidak miss makan vitamin ibu menyusu shaklee yang saya bekalkan.

Ingin Set Shaklee Penyusuan Susu Ibu boleh rujuk DI SINI

Ingin Pam Susu / Breastpump yang membantu anda mengumpul Stok Susu Ibu DI SINI

 

 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA RUNCIT (RETAIL) SHAKLEE

>

Nama: Mama Iman @ Farha @ IbuCergas

Emel: ibucergas@gmail.com

Phone/message/wassap: 013-3355598

<

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge