Tips Urus Masa Ibu Bekerja Yang Ada Part Time Bisnes

Zaman sekarang ni, kita tak boleh terlalu bergantung kepada comfort zone yang kita ada. Kalau rasa selesa sangat dalam comfort zone, cepat-cepat la keluar ya. Sentiasa lah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Terlintas di FB dari wall FB Puan Ainon Mohd (seorang usahawan dan penulis yang kreatif dan aktif. Beliau adalah pengasas yang menubuhkan syarikat PTS Media Group Sdn Bhd), tentang cerita ini, di mana seorang pegaiwai bank berada dalam comfort zone sehingga mereka diuji dengan sakit yang tak terduga.

Sumber : https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10153465910908114?pnref=story

Semoga ia menjadi iktibar. Saya, masih lagi bekerja. Dalam masa yang sama saya mula sikit-sikit membina empayar perniagaan sendiri. Bermula dengan hanya apa yang ada di tangan, tanpa modal yang besar. Semoga ia suatu hari menjadi pintu gerbang keluar dari comfort zone yang saya sedang diami sekarang.

Namun, ia bukannya mudah. Bekerja dan dalam masa yang sama berbisnes, bukan mudah. Ia amat memerlukan komitment dan masa yang cukup tinggi dan banyak untuk menguruskan keduanya dengan sempurna.

Ada orang yang masih bekerja kerana komitment yang sedia tinggi, namun masih juga mencari sumber pendapatan lain untuk menyara kehidupan mereka.

Ada orang juga yang sangat sayang melepaskan kerja hakiki, kerana minat dan juga sayangkan kerjaya, tetapi masih juga mencari sumber pendapatan lain sebagai backup plan sekiranya terpaksa keluar dari comfort zone.

Apa pon pilihan, komitment terhadap kerja hakiki dan juga bisnes perlulah seimbang, agak keduanya tidak terlepas dari genggaman. Tak nak lah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

>

>

Tips No 1 Bekerja Sedaya Upaya, Berbisnes Sehabis Daya

Perkara berkaitan bisnes, jangan dicampur-adukkan dengan bekerja dan begitulah juga sebaliknya. Saya, akan buktikan meskipon saya bekerja fulltime, saya tak korbankan kerja saya, dan saya setia dengan bisnes saya. Malah jangan biarkan apa yang dikejar tak dapat, apa yang dikendong keciciran. Pada ramai orang yang saya nak buktikan.. kawan2 opis, keluarga, dan saudara mara.

  1. Perkara berkaitan kerja, jangan masukkan dalam bisnes
  2. Perkara berkaitan bisnes, jangan masukkan dalam kerja
  3. Erti kata lain, jangan berbisnes sampai kan kerja terus kita tak 100%.
  4. Jangan berbisnes sampaikan KPI kerja hakiki terganggu.
  5. Untuk orang bekerja, sememangnya banyak dugaan termasuklah mata-mata yang memandang.
  6. Apa nak buat jika bos cakap “jangan berbisnes”. Kalau boleh tanya boss balik “Bila boss nampak saya berbisnes” >> maksud kata, jangan sampai boss nampak pon kita bisnes. lagi bagus boss tak tahu langsung. Sampaikan ade orang tanya, bila ko pos barang2 bisnes ko tu. Tak de pon nampak ko keluar. Kalau sampai boleh jawab begini, means kita betul-betu jaga la tu masa mana berniaga, masa mana bekerja.
  7. Lagi bagus kalau boss sampai berkata “saya tak kisah you nak buat apa-apa pon, asalkan kerja u siap, asalkan apa yang saya nak semua perfect”

Image

>

>

Rule No 2 Suka Apa Yang Kita Buat, Cinta Apa Yang Kita Lakukan

  1. Dengan itu kita akan buat tanpa ada alasan
  2. Bekerja apa yang kita suka, kita akan ikhlas membuantnya
  3. Sebab dalam sudut hati kita, ada suatu perasaan yang dipanggil sebagai – seronok, kepuasan. Contoh; jika kita ada hobi, namakan apa jek hobi. sure akan kita luangkan masa untuk hobi kita. itulah yang mereleasekan tension kita kan. apa kita rasa? Tentulah puas, seronok. Dari perasaan suka dan cinta, kita akan tau buat mana satu priority. Means, kalau kita tak suka, memang kita takkan listkan langsung dalam priority kita. Kita takkan masukkan pon bahagian masa untuk nya. Tapi hanya kerana suka, kita akan sanggup buat apa sahaja. Even kalau tak ada masa pon, kita akan adakan juga masa untuknya.
  4. Sama juga dengan sayang. Bila kita sayang, kita akan buat apa sahaja. Even tak ada masa pon, kita akan sediakan juga dan bahagikan juga masa utk nya.
  5. Mentor bisnes bukan ke selalu cakap, bisnes ni kan baby kita. Kita sayang tak baby kita? Kita sayang kan? Sebab sayanglah, kita akan berkorban apa sahaja untuk baby kita.

Image

>

>

Rule No 3 Action First, Result Second

  1. Betulkan niat kita bisnes untuk apa, adakah kewangan semata-mata? Sebab kalau kewangan semata-mata kita akan penat, lelah, dan rasa tak berbaloi buat bila kita nampak resultnya tak seberapa.
  2. Sama macam hobi tadi. Kita buat hobi tadi bukan kerana duit kan? Tapi sebab kita suka. Kita rasa seronok membuatnya. Jika buat bisnes Shaklee, SID yang berjaya, SID yang tak putus asa adalah SID yang memang seronok buat Shaklee, sebab kepuasan mereka dapat bantu orang lain. Duit tu kemudian2 datangnya.
  3. Kita seronok bile kita menulis blog, ia bagi manfaat pada orang lain.
  4. Kita seronok bila kita share produk, kita bantu orang yang sama ada masalah dengan kita.
  5. Kadang kita terlalu byk plan, plan nak buat itu ini, begitu begini, tapi hanya tinggal plan. Siap asyik tanya, apa lagi nak kene plan buat ya. Tapi tak buat2, sedangkan bila kita buat, kita akan nampak satu persatu keluar untuk next action. Buat jek dulu,… nanti kita akan nampak flow dia.
  6. Belajar, belajar dan belajar, Apply apa yang diajar, bukan simpan jadi tukun.

Macam saya bekerja full time sebagai researcher, kadang orang akan ketawakan je apa yang kita buat. Tapi who knows, suatu hari nanti, apa yang saya kaji, apa yang kami buat akan dihargai oleh generasi akan datang.

22d3ef30958a330a8bf57c292373defa

<

<

Rule No 4 Masa Tu Lagi Mahal Dari Emas, Jgn Bazir Walaau Sesaat

  1. Setiap saat tu tak boleh disia-siakan. Mcm saya, rela tak hanging out with friends sebab bisnes lagi penting, amik masa rehat tu untuk take orders, update blog, take nap, dan personal webinar dengan anak bisnes.
  2. Jadual sgt penting, plan ahead sangat penting, sebab saya ada juga hobi baking kek, taking kek orders. memang seronok cuma masa yang menjadi musuh utama. So saya kene betul2 jaga kat mana masa saya. Kadang mmg terpaksa tolak order sebab kan perlukan rehat
  3. Body clock kena jaga, supplement kena makan Tidur biar deep sleep, short tp berkualiti. Waktu tidur terbaik saya 1030 malam – 330 pagi
  4. Nap tgh hari memudahkan bangun tengah malam
  5. No Tv, No drama,
  6. Jaga waktu dengan famili – mak ayah kita
  7. Siapa kata tak penat, mmg sangat penat, tapi sebab suka dan seronok, kita takkan rasa macam bekerja pon.

>

>

Rule No 5 Ikut Arahan Bos, Dan Ikut Arahan Mentor

  1. Bos ada pengalaman lebih dari kita, sama juga mentor. jadi apa yang semua keluar dari kata-kata mereka, kutip sebiji-sebiji. anggap macam mak ayah betul. Sampai sekarang memang rasa bersyukur sangat diberikan boss yang baik, mentor yang sangat sporting dan sangat rajin didik dan mak ayah yang supportive.
  2. Buat kerje di opis sampai over target. Buat beyond expectation. Kalau kita bagus, boss takkan cari pasal dengan kita. Tapi kalau kerja di opis pon bagai melepas betuk di tangga, apa akan jadi pada kerja? Jgn sampai apa yang dikejar tak dapat, apa yang diapa yang dikendong keciciran. Malah memang banyak jumpa orang yang jump sana sini buat macam-macam2 bisnes. Untuk saya, saya tau Shaklee sgt2 boleh dijadikan aset untuk masa depan. Pikir yang ni dah cukup.

>

>

Rule No 6 Dont Compare

  1. Jangan banding-banding antara kita dengan peniaga-peniaga lain. Sebab setiap bahagian orang berbeza. Apa yang penting, dah buat sehabis daya ke belum. Malah teringat saya pesan mentor-mentor saya, mentor ni bukan lah nak paksa sangat2 kita. Mereka nak tolong kita sebenarnya. Tp kalau kita sendiri tak tolong diri sendiri, tapi mengadu jek banyak, manalah mentor tak marah.
  2. Kalau boss, mau ha kene pecat siap. Even dalam company sekalipon, kita bukan tak tahu ada je pekerja lain yang tak perform pon, buat keje sambil lewa.. tapi dapat bonus sama, KPI hasil bodekan lebih tinggi. Tapi jangan compare. Sebab kita tak tau berkat tu kat mana.
  3. Jangan complain. Life is not a competition
  4. Buat yang the best untuk diri kita.
  5. Bila kita start compare, tak sama ke macam kita sangsi dengan Allah. Seolah-olah kita dah bersangka buruk dengan Allah pon ada.

>

>

Rule No 7 Jika Tak Sempat Dan Tiada Masa, Beli Masa

  1. Beli masa, beli masa, iaitu dengan mengaji al Quran
  2. Perasan tak bila kita mengaji, kadang tu semua kerja berjalan smooth je. Tau2 jek eh banyak betul bende berjaya dibuat dalam masa yang singkat.
  3. Tapi kadang kita macam fikir boleh siap banyak kerja, tapi mana tau nanti diuji macam-macam dugaan dan akhirnya kerja tak siap-siap. Haa tu namanya masa tak berkat lah tu.

>

>
Rule No 8 Konsistent Itu penting

  1. Disiplin, dan konsisten
  2. Lebih baih buat sikit2 tapi konsisten berbanding buat byk2 tp tak konsisten
  3. Contoh, saya akan pastikan diri saya basuh baju sidai baju dan lipat baju setiap hari, vacuum sikit2 setiap hari untuk maintain.. Sbb kalau kerja dah start bertimbun, kita start akan jd malas, dan kerja akan bertambah susah (sebab dah banyak).
  4. Hal konsisten ni contoh terbaik adalah solat. Kenapa solat 5 waktu? Kenapa tak terus lungsum hujung minggu. Sebab konsisten itu lebih penting meskipon sekejap-sekejap. Nak jaga iman (dengan solat) pon penting konsisten walaupon sekejap-sekejap.
  5. Samalah halnya dengan bulan puasa – kenapa 30 hari? Sbb nak didik kita supaya jadi habit seterusnya. Masuk hari-hari last bulan Ramadhan, kita rasa tak letih sangat dah sebab badan dah terbiasa. (siap mampu shopping raya sakan lagi).

<

<

Begitulah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan sebagai ibu berkerja yang dalam masa yang sama masih mampu meneruskan bisnes online saya untuk menambah pendapatan keluarga. Siapa kata Money Cant Buy Happiness? 8-)

 

juggling_mother

error: Content is protected !!