Tips Supaya Tak Buncit Membulat Selepas Beraya

Sebulan dah pun berlalu berpuasa di mana kita dah nyahtoksinkan badan kita. Tapi, bila raya, kita dihidang pula dengan pelbagai juadah enak dan lazat. Rambang mata, dah kenyang pon nak makan jua.

Elok-elok dah fit masa bulan puasa, naik berganda pula masa raya. Raya pertama dah nampak perutt mula ke depan.Sesia je jaga makan masa bulan puasa kalau gini caranya. Sedangkan patutnya amalan jaga makan masa puasa tu dibawa ke bulan-bulan seterusnya. Ini tak, time raya ni pulak la dikatanya “qada makan”.

Nahh, untuk elakkan semua bende-bende kat atas ni menyumbang kepada kebuncitan, cuba tips ini.

<

Tips Elak Buncit Walaupon Galak Makan Beraya

1. Pilih Makanan Dengan Akal, Bukan Dengan Mata

Maksudnya pilih dengan bijak la. Makan sikit makanan di rumah dahulu. Jadi bila di rumah orang nanti tak lah rambang mata. Bila kita terlalu lapar, kita akan nak try semua makanan walaupon makanan tu tak sihat. Kita semenangnya akan jadi kurang rasional sikit bila kita lapar sangat. So jangan la biarkan diri lapar. Makanlah buah-buah dulu kat rumah sebagai lapik perut.

Kalau ade open hause 2, 3 biji rumah sehari, makanlah sekadar jamah sikit-sikit demi menjaga hati tuan rumah. Hish macam lah tak pernah jumpa makanan tu sebelum-sebelum ni.

<

2. Makan Perlahan-lahan Sikit-Sikit Bukan Melantak

Ini tak, macam tak pernah jumpa makanan. Sambil makan tu boleh lah bawak bersembang dengan tuan rumah. Kan ke kita nak mengeratkan silaturrahim tujuan utama. Bukannya tujuan utamanya mengketedarah. Badan kita ni amik masa 20 minit untuk rasa betul-betul kenyang. Haa, lepas makan, tunggu la 20 minit sebelum nak ambik makanan lain. Luangkan lebih banyak masa dengan tuan rumah, bukan dengan makanan milik tuan rumah okeh.

3. Jangan dok Berlegar-legar Di Meja Makan Je

Bila dekat dengan makanan, laju je tangan tu jalan meskipon sedang bersembang. Isi pinggan pastu bawak lah duduk jauh-jauh sikit.

4. Pilih Air Kosong berbanding Air Bikarbonat

Air kosong sejuk je ok.

<

5. Jangan Dok Terbongkang Tidur Lepas Makan

Bawak-bawak lah gerak-gerakkan badan masa musim perayaan ni. Jangan pulak tidur terus lepas makan. Kalau tak senaman berat pon, senam lah ringan-ringan. Dah melantak banyak makan kat rumah sedara-sedara tu, bila kita balik rumah, jangan la jadi pemalas pulak. Rumah kita duduk tu (rumah mertua ke, rumah atok nenek ke), bawak-bawak lah rajin basuh periuk belanga ke, sapu dan kemas rumah ke, small-small chores pon apa salahnya. Kan ke sesekali balik kampung. Haa rajin-rajin lah sikit.

>

Kesan Makan Banyak Masa Musim Perayaan

1. Sakit Perut Sebab Makanan Tak Hadam

Bila kita makan berlebihan, badan kita sebenarnya ambik lebih banyak kalori daripada yang diperlukan oleh badan. Dah lah banyak kalori, banyak lemak pulak tu. Rempah toksah cakap la berapa banyak. Dan bila kita makan banyak, badan kita ni perlu membakar lebih banyak juga tenaga, dan jika tenaga ni tak digunakan (dengan bersenam), badan kita akan simpan tenaga berlebihan ni sebagai lemak. Jap-jap, ade orang bersenam ke masa raya-raya ni (untuk buang semua kalori tu).. Sure takde kan…

No wonder laa gemuk selepas raya kan.

<

2. Rasa Angin, Mual dan Loya

Oleh kerana system penghadaman kita terpaksa bekerja lebih keras berbanding waktu normal lain, proses penghadaman tu terjejas. Makanan jadi tak hadam dan akan mula rasa sakit dan tak selesa dekat bahagian atas abdomen kita. Haa lepas tu mula lah rasa loya lah, nak muntah lah.

3. Pedih Ulu Hati

Bila makan banyak jugak, perut jadi ransang asid perut berlebihan (asid hidroklorik). Ini lah yang dinamakan keasidan hyper atau dispepsia asid. Asid inilah yang menyebabkan perut terasa pedih bila asid ni berlebihan.

<

4. Gastrik

Bila dah asid perut banyak, tu yang mudah kene gastriik tu. Gastrik ni umpama luka kat dinding usus kita. Siapa yang penah kena gastrik, susah woo nak baik. Hazab tau sakit gastrik ni. Pantang kalau perut kosong, terus pedih-pedih.

5. Kolestrol Jadi Naik!

Disebab makan banyak jugaklah, kolestrol kita boleh naik mencanak-canak. Kolestrol ni naik sebab makan makanan yang tinggi kolestrol, tinggi lemak tepu dan banyak lemaks trans. Lagi-lagi la musim perayaan ni banyak betul makanan yang ada santan, dan susu penuh krim, krim, mentega dan daging. Lemak trans pulak ade banyak kat kuih-kuih dan makanan yang bergoreng.

<

6. Sembelit

Seterusnya maka jadilah sembelit. Siap ada istilah “sembelit bila balik raya”. Maksudnya, asal balik kampong jek, sembelit. Mana tak sembelit nya kalau dah sistem penghadaman kucar kacir. Jenis makanan pulak bukan jenis yang sihat. Fiber dan buah boleh dikatakan tarak. Semua dok makan jenis rempah banyak, minyak banyak. Manalah sistem pembuangan tu tak pening.

Musim perayaan nilah masa untuk bergembira bersama orang-orang tersayang, bukan masa untuk meng”qada” makan semata-mata. Sambil-sambil makan sedap menikmati kelazatan sajian makanan kat majlis jamuan bersama keluarga dan sahabat handai, jangan lupa untuk pantau apa yang kita makan dan berapa banyak yang masuk ke dalam mulut.

Tabiat makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang boleh menyelamatkan kita menyesal di kemudian hari. Tengok perut buncit selepas perayaan, tiada gunanya. Hehe.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin:-)

3 comments

    1. kaaaannn kenapa orang tak hidang buah ye. mmg raya susah nak jumpe buah. tu yang pakat sembelit belaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge