Tips Hilangkan Gelap Celah Ketiak dan Kelengkang

Tajuk yang mengerikan. Tapi memang serious ada baca di Page Kisah Rumah Tangga (KRT) yang mana ada seorang suami ni geli dengan keadaan isterinya yang celah kelengkangnya gelap. Macamlah si suami tu molek sangat, ye dak? ?

 

Kesian isteri tu. Bukan dicintai sepenuh hati. Awak, suami, tau tak bahawa kecantikan akan pudar? Cintailah isteri kerana agamanya, bukan hanya dengan rupa parasnya.

Perempuan ni unik. Kadang semasa mengandung, ada yang kulit jadi berpigmentasi (bertambah gelap) dan ada yang macam terbakar kulit pun ada. Tak semua orang jadi begitu.

Untunglah siapa yang tetap comei lotei masa mengandung. Hehehe. Punca pigmentasi? Mungkin kerana pembawaan baby dalam kandungan, hormon dan sebagainya. Pengorbanan seorang ibu, sobs?.

Jadi confinement lady tu ajarkan, kalau nak cepat hilang kesan gelap ni, rajin-rajin lah mandi lulur.

Menarik kan?

Mandian lulur adalah macam scrub satu badan. Kasar tapi tugasnya adalah untuk buang sel-sel kulit mati yang ada pada kulit. Ramai jek orang buat scrub pada muka, tapi jaranh yang rajin buat scrub pada seluruh anggota badan.

Bagi yang berduit, ke spa ler jawabnya. Artis-artis yang gebu gebas comei lotei tu, for sure memang melabur banyak untuk orang belai-belai dan scrubbing seluruh badan diorang.

Jangan risau. Kita yang bukan artis ni, boleh je dapatkan kulit yang cantik dan segar. Pokok pangkalnya ialah rajin?

Ada cara nak buatnya kat rumah, mudah sangat-sangat. Resepinya adalah seperti berikut. Bahan-bahannya pon memang semua ada di rumah. Tinggal rajin tak rajin je resepi rahsianya?

 

Resepi Scrub Badan di Rumah

Bahan-bahan

  • 1 cawan serbuk kopi
  • 1/2 cawan gula putih @ gula perang
  • 1 cawan minyak kelapa dara @ virgin coconut oil (VCO)

Cara-caranya:

  1. Campurkan kesemua bahan di atas.
  2. Selepas mandi, gosok bahagian dengan scrub tersebut, selama 60 saat untuk setiap bahagian. Contoh, lengan selama 60 saat, peha selama 60 saat dan seterusnya sampai lah habis satu badan.
  3. Bilas dengan air suam. Kenapa air suam? Supaya rongga liang roma terbuka dan sel-sel mati boleh keluar.
  4. Selesai. Buat seminggu sekali.

Di samping buat cara di atas, ambillah juga ESP Shaklee. Dalam sebulan dengan dosage tertentu, kulit bukan sahaja bertambah lawa, putih, cerah dan gebu, malah satu badan jadi lembut.

Di tambah pulak dengan effect mandian lulur yang buang sel kulit mati tadi, memang akan sangat ketara perbezaan.

Tapi apa pon, bukan semestinya putih itu cantik. Kulit yang sihat adalah kulit yang cukup nutrisi. Tak kiralah sawo matang ke, kuning langsat ke, putih merah ke. Yang penting, kulit itu sihat.

Selamat bercantik-cantik??

error: Content is protected !!