3 Tips Sangat Berkesan Elak Bersalam Dengan Bukan Mahram

Terkadang masyarakat kita lebih mengutamakan adat dan budaya berbanding agama. Lebih mengagongkan ke”Melayu”an berbanding ke”Islam”an. Walhal melanggar adat dan budaya tidaklah membawa dosa sedangkan melanggar aturan agama adalah berdosa di sisi Allah SWT.

Raya bakal tiba, dan budaya bersalam sangat sinonim dengan masyarakat Melayu yang kaya dengan budi pekerti dan sopan santun. Menyantuni orang tua sangat-sangat dititikberatkan dalam kehidupan kita. Itu memang sangat difahami. Cumanya bila setengah golongan tidak memahami isu haram bersalam dengan bukan mahram ni, terkadang kita dilabel sebagai tidak menghormati orang tua dan juga biadap.

Dalam konflik ini, bukan sekadar budaya bersalam, malah menutup aurat ketika pulang ke kampung juga seakan masih ramai tak paham kerana ramai berfikir atas dasar kekeluargaan, semua pon bukan aurat.

<

Apa Itu Mahram?

Mahram bermaksud semua orang yang haram untuk dinikahi selamanya sama ada disebabkan keturunan, persusuan dan pernikahan dalam syariat Islam. Maksudnya juga mahram ni orang yang jika kita tersentuh kulit sekalipun, tidak akan membatalkan wudhu’ kita, tidak berdosa jika bersalaman. Dengan mahram juga kita tidak perlu berhijab bagi yang perempuan.

<

Sebab Menjadi Mahram

Mahram ini adalah disebabkan oleh:

  • Mahram disebabkan oleh keturunan (nasab)
  • Mahram disebabkan oleh penyusuan susu ibu
  • Mahram disebabkan oleh perkahwinan (musaharah)

<

Siapakah Mahram Saya Jika Saya Seorang Lelaki?

Untuk lelaki, ada 7 golongan perempuan yang merupakan mahram disebabkan keturunan dan penyusuan susu ibu, di mana kita boleh bersalam, kita tak batal air sembahyang bila bersentuh, dan kita tak boleh bernikah dengan mereka selama-lamanya. Mereka itu adalah:

<

Mahram disebabkan keturunan:

  1. Mak kita, nenek kita, moyang kita dan seterusnya hingga ke atas.
  2. Anak, yaitu anak perempuan, cucu perempuan, dan seterusnya sampai ke bawah.
  3. Adik beradik perempuan kita, adik perempuan dan kakak perempuan (Sama ada sama ayah atau sama mak).
  4. Mak saudara sebelah ayah (iaitu adik beradik perempuan ayah).
  5. Mak saudara sebelah mak (iaitu adik beradik perempuan mak).
  6. Anak saudara perempuan (anak perempuan kepada adik beradik lelaki kita).
  7. Anak saudara perempuan (anak perempuan kepada adik beradik perempuan kita)

<

Mahram disebabkan penyusuan susu ibu:

Sekiranya kita merupakan anak susuan kepada seseorang ibu yang mana kita menyusu 5 kali kenyang (beransingan) sebelum berusia 2 tahun, golongan wanita yang menjadi mahram kita adalah:

  1. Ibu susuan, mak kepada ibu susuan kita (nenek) dan ke atas
  2. Adik beradik perempuan susuan (anak perempuan kepada ibu yang memberi kita susu)
  3. Mak saudara sebelah ayah susuan (iaitu adik beradik perempuan ayah susuan)
  4. Mak saudara sebelah mak susuan (iaitu adik beradik perempuan mak).
  5. Anak saudara perempuan susuan (anak perempuan kepada adik beradik lelaki susuan kita) dan ke bawah
  6. Anak saudara perempuan (anak perempuan kepada adik beradik perempuan susuan kita) dan ke bawah

<

Mahram disebabkan perkahwinan (musaharah):

Disebabkan oleh perkahwinan, ada ahli baru yang menjadi mahram kita sekiranya kita lelaki iaitu;

  1. Isteri kepada orang tua kita. Iaitu isteri kepada ayah, isteri kepada datuk, seterusnya hingga ke atas, sama ada yang dah disetubuhi ataupun belum, baik yang masih berstatus sebagai isteri mereka maupun sudah dicerai atau ditinggal meninggal dunia. Dengan kata lain, yang termasuk mahram adalah ibu tiri, nenek tiri, dan seterusnya sampai ke atas.
  2. Isteri kepada anak kita, isteri kepada cucu, dan seterusnya sampai ke bawah, baik yang sudah disetubuhi ataupun belum, baik yang masih berstatus sebagai isteri mereka maupun yang sudah dicerai atau ditinggal meninggal dunia.
  3. Mak mertua kita, iaitu mak kepada isteri kita, nenek kepada isteri kita, dan seterusnya sampai ke atas, sama ada isteri kita tersebut masih dalam ikatan perkawinan dengan kita maupun yang sudah dicerai atau sudah meninggal.
  4. Keturunan isteri kita, yaitu anak perempuan isteri kita (sekiranya kita berkahwin dengan perepuan itu, beliau sudah ada anak perempuan), cucu perempuan isteri kita dan seterusnya sampai ke bawah, baik isteri kita itu masih dalam ikatan perkawinan kita maupun sudah diceraikan atau sudah meninggal. (*Tapi sekiranya kita masih belum sentuh @ disetubuhi isteri kita itu, keturunan isteri itu boleh kita nikahi)

Secara ringkasannya, boleh rujuk infografik di bawah ini bagi yang lelaki.

KLIK UNTUK BESARKAN

<

Siapakah Mahram Saya Jika Saya Seorang Perempuan?

Untuk wanita juga, ada 7 golongan lelaki yang merupakan mahram, di mana kita boleh bersalam, kita tak batal air sembahyang bila bersentuh, dan kita tak boleh bernikah dengan mereka selama-lamanya. Mereka itu adalah:

<

Mahram disebabkan keturunan:

  1. Ayah kita, datuk kita, moyang kita dan seterusnya hingga ke atas.
  2. Anak, yaitu anak lelaki, cucu lelaki, dan seterusnya sampai ke bawah.
  3. Adik beradik lelaki kita, iaitu adik lelaki dan abang (Sama ada sama ayah atau sama mak).
  4. Bapa saudara sebelah ayah (iaitu adik beradik lelaki ayah).
  5. Bapa saudara sebelah mak (iaitu adik beradik lelaki mak).
  6. Anak saudara lelaki (anak lelaki kepada adik beradik lelaki kita).
  7. Anak saudara lelaki (anak lelaki kepada adik beradik perempuan kita.

 

Mahram disebabkan penyusuan susu ibu:

Sekiranya kita merupakan anak susuan kepada seseorang ibu yang mana kita menyusu 5 kali kenyang (beransingan) sebelum berusia 2 tahun, golongan wanita yang menjadi mahram kita adalah:

  1. Ayah susuan, ayah kepada ibu susuan kita (datuk) dan ke atas
  2. Adik beradik lelaki susuan (anak lelaki kepada ibu yang memberi kita susu)
  3. Bapa saudara sebelah ayah susuan (iaitu adik beradik lelaki ayah susuan)
  4. Bapa saudara sebelah mak susuan (iaitu adik beradik lelaki mak).
  5. Anak saudara lelaki susuan (anak lelaki kepada adik beradik lelaki susuan kita) dan ke bawah
  6. Anak saudara lelaki (anak lelaki kepada adik beradik perempuan susuan kita) dan ke bawah

<

Mahram disebabkan perkahwinan (musaharah):

Disebabkan oleh perkahwinan, ada ahli baru yang menjadi mahram kita sekiranya kita perempuan iaitu;

  1. Suami kepada orang tua kita. Iaitu suami kepada ibu, suami kepada nenek, seterusnya hingga ke atas, sama ada yang dah disetubuhi ataupun belum, baik yang masih berstatus sebagai suami mereka maupun sudah dicerai atau ditinggal meninggal dunia. Dengan kata lain, yang termasuk mahram adalah ayah tiri, datuk tiri, dan seterusnya sampai ke atas.
  2. Suami kepada anak kita, suami kepada cucu, dan seterusnya sampai ke bawah, baik yang sudah disetubuhi ataupun belum, baik yang masih berstatus sebagai suami mereka maupun yang sudah dicerai atau ditinggal meninggal dunia.
  3. Ayah mertua kita, iaitu bapa kepada suami kita, datuk kepada suami kita, dan seterusnya sampai ke atas, sama ada suami kita tersebut masih dalam ikatan perkawinan dengan kita maupun yang sudah dicerai atau sudah meninggal.
  4. Keturunan suami kita, yaitu anak lelaki suami kita (sekiranya kita berkahwin dengan lelaki itu, beliau sudah ada anak lelaki), cucu lelaki suami kita dan seterusnya sampai ke bawah, baik suami kita itu masih dalam ikatan perkawinan dengan kita maupun sudah diceraikan atau sudah meninggal. (*Tapi sekiranya kita masih belum disentuhi @ disetubuhi oleh suami kita itu, keturunan suami itu boleh kita nikahi)

Secara ringkasannya, boleh rujuk infografik di bawah ini bagi yang perempuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Selain daripada mahram, semua adalah haram disalam, haram membuka aurat dan boleh dinikahi. Walaupun terdapat perselisihan para ulama dalam hal ini, tetapi lebih afdhal jika wanita itu mengelakkan diri daripada bersalaman dengan lelaki yang bukan mahramnya, begitu juga sebaiknya. Tetapi jika terpaksa juga maka usahakanlah supaya berlapik kain.

<

Macam Mana Nak Elak Bersalam Dengan Bukan Mahram?

Nah, yang ini memang dilema kabanyakan kita yang perempuan yang sudah mula paham tentang hukum mahram dan aurat ini. Dalam musim-musim perayaan kita sedia maklum bahawa pulang ke kampung bermaksud kita akan bersesak dengan kesemua ahli keluarga lain yang sama-sama berkumpul untuk berhari raya.

Terkadang kita terlupa tentang aurat dan juga siapa yang mahram dan siapa yang bukan mahram. Untuk mereka yang bernasib baik mempunyai rumah keluarga yang agak besar dan mempunyai bilik berasingan, ia tidak menjadi masalah. Tetapi kita juga paham tidak semua orang bernasib baik dan biasanya akan berkumpul semuanya tidur bersama-sama di ruang tamu tanpa mengira batas aurat. Berbincanglah sesama suami isteri berkenaan hal ini. Munkin boleh dikumpulkan lelaki sahaja untuk satu ruang dan wanita sahaja untuk satu ruang.

Terkadang kita amat paham dah hukum dan tau siapa mahram kita dan bukan mahram kita. Cuma kadang ada saudara mara kita yang tak paham dan akan menghulurkan salam kepada kita. Apa nak buat jika berdepan situasi macam ni. Nak tolak kang mereka kata kita dan label kita macam-macam. Sedangkan kita lebih mementingkan pandangan Allah SWT berbanding apa pandangan manusia.

<

Antara tips lain yang boleh dikongsikan adalah seperti berikut:

1.   Pakailah Tudung Yang Labuh dan Panjang Untuk Dijadikan Lapik

Tudung yang panjang akan sangat-sangat membantu sekiranya kita emergency ada sesiapa yang dah pun hulurkan tangan dan kita segan nak tolak. Walaupun terdapat perselisihan para ulama dalam hal salam tetapi berlapik ini, adalah lebih afdhal jika wanita itu mengelakkan diri daripada bersalaman dengan lelaki yang bukan mahramnya. Kerana secara logiknya juga berlapik juga kita tetap dapat merasai fizikal tangan bukan mahram tersebut.

<

2.   Memberi Salam dan Khabar Dari Jauh

Semasa bertandang ke rumah saudara mara, selain dari memakai tudung yang panjang, tudung itu juga sangat berguna untuk kita siap-siap menyorokkan tangan dalam tudung. Dari jauh apa bila sudah nampak kelibat saudara lelaki kita yang bukan mahram itu, siap-siap sembunyikan tangan dan bertanyakan khabar secara lisan dengan nada yang baik dan sopan santun. InsyaAllah siapa yang tak paham tentang mahram pon akan tidak bersoal banyak.

<

3.   Sibukkan Diri Dengan Mendokong Anak Kecil

Dokonglah anak kecil sebagai usaha menyembunyikan tangan dari bersalam. Dalam masa yang sama, ringankan mulut juga terus bertanyakan khabar dari beberapa jarak dengan saudara saudara lelaki kita yang bukan mahram itu. InsyaAllah ini juga akan sangat membantu.

<

Untuk yang lelaki juga usahlah galak sangat menghulur kepada semua wanita. Kerana bukan semua wanita itu mahram kalian. Sama-samalah kita saling memahami dan sama-samalah kita mengelakkan dosa semasa berkunjung ke rumah sanak-saudara sewaktu berhari raya.

Video Ustaz Azhar Idrus Berkenaan Mahram

Rujukan:

http://www.addeen.my/index.php/rohani/hukum/item/47-lelaki-bersalaman-dengan-wanita?

https://soaljawab.wordpress.com/2007/07/05/jawapan-kepada-syubhat-menghalalkan-bersalam-dengan-bukan-mahram/

http://langitilahi.com/v2/11576

http://ustaznaim.blogspot.com/2009/04/hukum-berjabat-tangan-dengan-perempuan.html

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge