Tips Anak Seronok Duduk Dalam Carseat Tanpa Meragam

Memang kita dengar selalu orang akan cakap susahnya nak masukkan anak dalam car seat.

“ Anak saya tak suka car seat langsung”

“Anak saya asyik melalak la dalam car seat, memang tak boleh”

“Anak saya pandai keluar dari car seat la”

Di Malaysia belum ada penguatkuasaan lagi berkenaan penggunaan car seat ni. Tapi Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi kata mungkin penguatkuasaan akan dimulakan pada tahun 2019 nanti. Apa pon, sepatutnya car seat dah jadi salah satu necessity iaitu keperluan wajib sekiranya kita ada anak.

Takpe, tak ramai orang bersetuju lagi pasal car seat sebab pelbagai factor. Jom focus pada mereka yang dah ada car seat tapi ada masalah nak letakkan anak dalam car seat. So far pengalaman saya selama 4 tahun ber seat, Alhamdulillah sangat ok. Travel dari tempat kerja dari rumah selama almost 1 jam setia hari, memang mewajibkan saya ber-car seat. Dua anak, 5 tahun dan 1 tahun, takkan nak biarkan terkontang kanting dalam kereta. Serious bahaya!!!

Mujur dek ketabahan hati dan kekeringan hati maknya ni, anak-anak Berjaya duduk dalam car seat tanpa bising. Syukur.

Kat bawah ni ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk anak-anak dalam car seat. Tips ni tanpa ipad/gadget. Sebab kalua ada bende gadget ni memang la Nampak senang, Cuma kesannya jangka masa panjang tu memang susah nak di-detoxkan. So kalau boleh elakkan penggunaan gadget.

<

  1. Pastikan Anak Kenyang

Jangan la travel masa anak tu tengah lapar. Kalau katakan perjalanan kita mengambil masa yang sangat lama, pastikan ada makanan finger food untuk anak. Saya selalu bekalkan sama ada jompot-jompot ke, lempeng ke (yang boleh dipegang) dan juga biskut untuk anak. Saya juga pastikan tangan ni cekap boleh pass makanan-makanan tu kat anak-anak bila rasa diorang mula dah cranky dalam kereta. Air usah dilupa. Setiap anak kena ada tumbler air sendiri yang senang dipegang. Macam anak saya yang umur 5 tahun tu, dia selalu passkan air pada adiknya yang setahun.

Bila ada makanan dalam tangan, memang biasanya anak tu akan senyap dan makan diam-diam tanpa bising. Siap nyanyi lagi …

So, pastikan ada banyak bekalan makanan di tangan kita yang senang nak pass pada anak-anak. Kalau travel 2 orang dewasa, takde masalah. Kalau sorang-sorang, memang kene cekaplah tangan tu pass makanan pada anak tu.

Kereta bersepah makanan, abaikan. Keringkan jek hati. Haha. Siapa lagi penting? Anak ke kereta?

<

  1. Banyakkan Bersembang Dengan Anak

Tak kiralah umur anak tu berapa, sembang lah selalu. Boleh sembang pasal apa-apa sahaja. Topik masa sekolah ke, cikgu sekolah ke, dan makanan apa yang dia makan masa sekolah ke. Masa ni la kita layan anak-anak walaupon masa agak singkat. Masa berhenti kat traffic light pula, boleh lah banyakkan berinteraksi dengan anak-anak dan baby. Masa anak baru mula bercakap, tunjukkan benda-benda sepanjang perjalanan, macam kenderaan, bendera, matahari, awan dan sebagainya. Sangat seronok sebenarnya.

<

  1. Travel Masa Anak Tengah Mengantuk

Yang ni paling saya suka. Heaven! Sebab memang senyap sunyi jek la diorang tidur. Takde sebarang gangguan. Kalau musim perayaan, travel lah waktu malam. Memang akan senang jek anak-anak ni tidur lena dalam car seat selama 2, 3 jam. Lagi-lagilah kalau perut mereka kenyang. Baby lagilah senang. Asal bagi baby kenyang puas-puas sebelum masuk kereta, dan masukkan dalam car seat. Memang sekejap je akan lelap. Sebab itulah kita digalakkan letak baby dalam car seat masa umur dia kecik sangat lagi. Supaya mereka terbiasa. Kalau dah baby tua baru nak letak, memang la mengamuk sakan.

<

  1. Buka Audio Bermanfaat

Yang ni agak subjective. Ada orang suka bukak radio, ada orang suka bukak zikir dan nasyid dan sebagainya. Buka je apa-apa audio yang disukai oleh anak-anak. Untuk saya, anak saya sangat sukakan Maher Zain sampai kan saya dan suami naik bengkak telinga dengar lagu yang sama berulang-ulang. Hahaha. Recitation ayat al-Quran juga merupakan alternative terbaik untuk kita dan anak-anak. Jika kita biasakan, insyaAllah anak mudah menghafal ayat al-Quran. Mulakan dulu dengan Juzz Amma. Suprisingly ia adalah terapi yang cukup baik untuk ibu yang tengah memandu dan juga anak-anak yang mungkin sedang tidur dalam car seat.

<

  1. Letakkan Mainan Dalam Kereta

Tujuannya nak Tarik perhatian anak kita supaya ada aktiviti yang boleh dibuat dalam car seat (selain makan) haha. Sesuaikan dengan minat anak-anak. Sediakan mainan khas dalam kereta. Iaitu mainan yang hanya boleh main dalam kereta. Jadi takde lah dia boring dengan mainan yang sama. Makna kata, kalau nak main mainan tersebut, adalah dengan duduk dalam car seat, barulah boleh dapat. Kalau katakana mainan tu memang kat luar pon main, takde nya budak-budak ni heran. Pakat menangis jek la nanti bila masuk dalam kereta.

<

Nah, itulah antara tips saya sepanjang 4 tahun travel dengan anak. Kalau pergi kerja tu, kira sejam pagi sejam petang la. Total 2 jam. Memang hati kene kental, jiwa kene tabah. Demi keselamatan anak-anak. Jangan risau, kita tak mendera emosi mereka. Mereka akan lebih berdisiplin. Mereka lama-lama akan tau, kalau nak travel, wajib masuk car seat.

Selamat mencuba!

Banyak gune Tips No 1 dan 3. Hahahaahaha. Lena… senang emak bawak pergi kerja.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge