Nak Kuruskan Badan?? Optimumkan Kadar Metabolisma Badan Dulu!

Tingkatkan Metabolisma Badan!!

Tubuh manusia memerlukan 13 vitamin penting, yang mana kesemua ini boleh didapati secara semulajadi dalam makanan harian kita (jika kita makan makanan yang seimbang lah kan) heheeh. Sekiranya pemakanan kita cukup baik dan lengkap, kita sebenarnya boleh meningkatkan kadar metabolisme kita ke tahap yang optimum. Optimum ya, bukan nya terlalu tinggi dan juga bukan terlalu rendah. Dengan erti kata lain, pemakanan yang sihat boleh regulatekan balik kadar metabolisme badan, kalau dahulunya tunggang langgang, supaya kembali teratur dan optimum. Maksudnya, kalau untuk org yang gemok tu atau metabolisme tu terlalu rendah, pemakanan yang sihat boleh boostkan balik metablisme tu supaya lebih optimum, dan menyumbang kepada penurunan berat badan. Begitulah kira-kiranya :-)

<

Makanan Tingkat Metabolisma

<

Jom tengok apa jek vitamin yang boleh boostkan vitamin supaya regulatekan kadar metabolisme ni

<

1) Vitamin B
Vitamin B nilah yang paling biasa dikaitkan dengan kehilangan berat badan. Keluarga B mengandungi lapan vitamin ni:

  • B1 (thiamin),
  • B2 (riboflavin),
  • niasin,
  • B6 (pyridoxine),
  • asid folik,
  • B12 (cobalamine),
  • Biotin dan
  • asid Pantothenic.

Vitamin B ni penting dalam pembentukan sel-sel darah baru, meningkatkan tahap tenaga sel dan mengawal selia metabolisme. Vitamin B adalah sangat penting dalam metabolisme badan. Sebab tulah banyak program-program pengurusan badan memberikan pelanggan mereka suntikan B12 untuk membantu proses pembuangan lemak-lemak badan. Canggih betul8O. Makanan yang tinggi dengan vitamin B adalah daging, ikan, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, kuning telur, produk tenusu dan produk bijirin telah diperkayakan dengan vitamin.

<

Vitamin E
Vitamin E merupakan antioksidan kuat yang boleh membantu dalam mengekalkan kadar metabolisme badan. Ia juga meningkatkan sistem imun dan boleh melindungi sel badan terhadap sel kanser dan juga penyakit jantung. Vitamin E juga membantu dalam pembentukan kulit yang sihat. Ia menggalakkan keanjalan kulit, sebab tu lah ia membantu juga dalam pembentukan berat badan. Hehe:lol:. Sumber-sumber terbaik Vitamin E terdapat dalam lemak tak tepu seperti alpukat, biji, kacang , gandum minyak kuman , minyak sayur-sayuran, sayur-sayuran berdaun / hijau dan bijirin penuh.

<

Vitamin C
Vitamin C berfungsi dengan sangat baik jika digabungkan dengan vitamin E. Sebabnya kedua-dua vitamin ini adalah antioksidan. So, mereka bekerjasama menghalang sel dari teroksida yang boleh menyebabkan kerosakan sel-sel kulit dan juga sel-sel badan. Vitamin C juga membantu dalam penyerapan vitamin lain mineral seperti kalsium dan zat besi. Vitamin C juga berkait rapat dengan saluran darah, hormon , tulang , kolagen dan gigi yang sihat. Vitamin C adalah penting untuk mengukuhkan sistem imun badan kita, dan ia juga amat yang penting terutamanya apabila kita cuba untuk menurunkan berat badan. Tetapi Vitamin C tidak boleh disimpan dalam badan, jadi adalah amat penting untuk memastikan bahawa setiap hari kita makan makanan seperti buah-buahan sitrus , tomato, hijau dan merah lada, brokoli dan sayur-sayuran hijau gelap, yang sememangnya kaya dengan Vitamin C.

<

Vitamin D
Kajian mendapati rupa-rupanya Vitamin D juga memainkan peranan yang penting untuk penurunan berat badan yang lebih berkesan! Lebih banyak Vitamin D, lebih banyak lah lemak boleh terhapus. Hebat! Haip! Tapi bukan bermaksud suh dok amik vitamin D banyak-banyak untuk kurus:P. Kajian ni cakap, sekiranya vitamin D mencukupi dalam badan, berbanding dengan mereka yang kurang vitamin D.Vitamin D juga membantu penyerapan Kalsium yang amat penting untuk mengelakkan osteoporosis dan membantu dalam mengekalkan kepadatan tulang kita. Vitamin D boleh didapati daripada cahaya matahari. Vitamin D juga boleh diperolehi melalui pemakanan dalam makanan seperti salmon , ikan keli, tuna, minyak hati ikan, susu yang diperkaya, yogurt, roti dan bijirin.

<

Set Kuruskan Badan + Booster

 <

So, lepas ni boleh la dok amik set seperti di atas ya. Haaa, vitamin ni bukan pengganti makanan ya!! Jangan dok silap paham pulak. Mana mungkin telan semua ni boleh terus kurus! Kalau gitu senang la kot kan semua org tak yah makan, tapi dok makan ni jek untuk kuruskan badan. Banyak cantik! :twisted: Dah kata ini sebagai booster jek. Kena jugak makan makanan berkhasiat! Kurangkan kalori dalam makanan! Kurangkan minum manis (kalau boleh minum air masak jek!). Makan Low Glisemik Index Carbo. Banyakkan protein dan silalah bersenam ya!!!

 

1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee

>

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA RUNCIT (RETAIL) SHAKLEE

>

Nama: Mama Iman @ Farha @ IbuCergas
Emel: ibucergas@gmail.com
Phone/message/wassap: 013-3355598

<

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge