Salah handling makanan – telur yang telah dibasuh tak boleh disimpan dalam peti sejuk. Basuh bersih-bersih dan terus guna untuk masak. Itu baru penyediaan telur yang betul.
Majoriti kita terutama Muslim akan sangat geli dengan telur yang mentah yang baru dibeli kerana ada najis ayam pada telur tu. Lebih-lebih lagi memikirkan telur tu kan keluar dari bontot ayam. Pulak tu kita pulak habit masukkan telur dalam peti ais, jadi kita fikir najis tu akan merebak kepada makanan lain dalam peti ais tu.
- Siap berus telur ayam tu dengan sabun lagi haaa.
- Siap basuh pakai sabun lagi haaa.
- Sedangkankan semua tu jadikan telur lebih teruk terdedah kepada bakteria.
Masukkan telur dalam peti ais tak salah. Memang boleh panjangkan usia telur ayam. Tapi bukan masukkan telur ayam yang sudah dibasuh.
<
Telur Mentah Mengandungi “Protective Bloom”
“Protective Bloom” ni memang semulajadi Allah dah ciptakan pada telur ayam untuk melindungi bakteria Salmonella dari masuk ke dalam telur. Lapisan ini jugak yang lindungi anak ayam dalam telur dari dijangkiti bakteria Salmonella ni. Kalau kita basuh telur (bayangkan pulak basuh dengan sabun, siap berus lagi), pori-pori pada kulit telur tu lagilah terdedah dengan bakteria. Kita mungkin tak nampak pori tu, tapi dengan bersihkan pori tu, lagi mudah isi telur terdedah dengan bakteria Salmonella.
Malah, kalau kat UK dan EU, mereka haramkan telur yang dibasuh untuk dijual. Tapi disebabkan ramai sceptical dengan telur yang ada najis atau telur yang nampak kotor, so ada yang basuh telur tu dan sembur pulak dengan lapisan lain untuk halang bakteria masuk. Sebab tu ada telur yang nampak bersih sangat-sangat dan berkilat kat pasaraya [5].
<
Apakah itu Salmonella?
Salmonella merupakan sejenis bakteria jahat yang terkadang hadir di dalam bekalan makanan termasuk ayam, tomato, guacamole, kacang tanah dan juga terdapat di dalam makanan haiwan. Habitat yang subur bagi bakteria jahat ini ialah didalam usus haiwan dan manusia yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Sekiranya terkena penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella ini, risiko nya mungkin membawa kepada kematian. Namun begitu, kita boleh melindungi diri kita dari terkena jangkitan dari bakteria jahat ini dengan amalan kebersihan.
<
Di manakah Bakteria Salmonella boleh didapati?
Telur separuh masak. Bakteria Salmonella boleh didapati dari sumber makanan yang berasal dari haiwan seperti daging, susu, ayam, produk tenusu, telur dan makanan laut juga beberapa jenis sayur dan buah-buahan. Oleh kerana itu, kita tidak digalakkan untuk memakan makanan yang separa masak atau tidak dimasak sepenuhnya. Amalan memakan telur separuh masak yang sering menjadi menu sarapan di Restoran mamak dan Kopitiam di Malaysia merupakan makanan yang kurang elok kerana kebarangkalian untuk terdapat bakteria Salmonella adalah tinggi dan ini dikhuatiri akan menyebabkan keracunan makanan kepada pelanggan.
<
Memasak dan Membasuh boleh membasmi Salmonella?
Masak yang sempurna boleh membunuh Bakteria Salmonella. Walaupun membilas dan membasuh buah merupakan amalan baik sebelum makan, namun ia tidak akan mampu membasmi Salmonella terutama semasa wabak. Sekiranya terdapat amaran dari Kementerian kesihatan untuk tidak memakan sesuatu makanan yang berpotensi tercemar, maka adalah lebih baik untuk tidak makan makanan tersebut sama ada dimasak atau tidak.
<
Terus gunakan telur yang sudah dibasuh, bukan simpan dalam peti ais.
<
<
Elakkan Telur Yang Pecah Dan Kotor
Bakteria dari najis ayam dari kulit telur boleh masuk melalui rekahan telur yang mungkin pada kita rasa ia tak ketara sangat pon. Sedangkan ia sangat bahaya dan kalau bakteria tu dah masuk ke dalam telur, jangkitan penyakit akan boleh jadi sangat teruk. Jadi telur yang nampak retak memang kene dibuang terus, walaupaon nampak macam tak ada apa-apa.
<
Apa Nak Buat Bila Dah Beli Telur
Bila beli telur, ada beberapa perkara kena ambik kira dan ambil tahu
- Bukak telur dan tengok ada tak telur yang retak. Kalau ada, jangan beli.
- Elakkan beli telur yang tak ada tarikh luput, atau telur yang dipilih sendiri sebab kitatak tahu macam mana telur tu dikendalikan, bila tarikh “best before” nya.
- Telur lebih besar mempunyai kulit yang lebih nipis berbanding telur kecik. Jadi nipis tu lebih banyak chances ia retak dan terdedah dengan bakteria.
- Kalau ada telur kotor dan retak pulak tu, basuh pon tak menjadikan ia lebih selamat. Lebih selamat buang.
- Jangan basuh telur dan simpan. Bila telur dibasuh, terus guna dan masak. Sebab kulit telur yang dibasuh bukan sahaja hilang lapisan “Protective Bloom”. Malah bila basuh, pori pada kulit telur jadi lembab, lagi senang bakteria nak masuk dalam telur.
- Kekalkan telur dalam bekas dia, tanpa dibasuh dan simpan dalam peti sejuk. Dalam masa yang sama, semua makanan yang ada dalam peti sejuk haruslah ditutup. Lagi-lagi makanan yang dah dimasak. Disebabkan kulit telur ada pori-pori halus, makanan yang kuat baunya (seperti durian) boleh cemarkan telur. Sebab tu lebih selamat letak telur dalam bekas asalnya.
- Lagi sebab kenapa kena letak telur dalam bekas asalnya, adalah tarikh “best before”. Tanpa bekas asal, kita tak tahu tarikh “best before” tu.
- Tanda tarikh “best before” dalam kotak telur bermaksud best before dalam keadaan telur tu disimpan dalam peti sejuk. Makna kata, kalau tak simpan dalam peti sejuk, kena guna lebih awal dari tarikh “best before”.
- Simpan telur pada bahagian dalam peti, bukan pintu sebab pintu akan selalu bukak dan tutup, maka ada banyak perubahan suhu. Ia tak bagus untuk telur.
<
Tips Keselamatan Makanan
Food & Drugs Association (FDA) mengesyorkan amalan-amalan ini untuk semua buah- buahan dan sayur-sayuran untuk mengelakkan keracunan makanan:
- Cuci tangan dengan betul iaitu menggunakan sabun dan air suam sebelum dan selepas mengendali.
- Basuh sayuran dan buah dengan teliti di bawah air yang mengalir, bukan dalam tab atau tenggelam.
- Gunakan papan pemotong bersih dan perkakas dapur.
- Jangan biarkan menghasilkan bersentuhan dengan makanan mentah atau permukaan yang telah disentuh bagi mengelakkan pencemaran silang terjadi.
<
Bakteria Salmonella bukan dari sumber makanan
Bakteria bukan sahaja boleh berjangkit melalui makanan yang dimakan, malah ia juga boleh dijangkiti dari sumber yang bukan makanan. Haiwan peliharaan mengandungi bakteria salmonella di dalam usus mereka dan ini berpotensi untuk berjangkit kepada anda. Sebagai langkah keselamatan, pastikan tangan dibasuh dengan betul selepas tersentuh mana-mana haiwan atau najis mereka.
<
Gejala dan Rawatan Salmonella
Gejala yang dipanggil gejala salmonellosis termasuk kekejangan perut, demam yang terjadi dalam waktu 12-72 jam selepas makan dan cirit-birit. Kebiasaannya orang yang menghidap sakit ini akan pulih dalam masa empat hingga tujuh hari dan tidak memerlukan rawatan lain.
<
Rujukan:
- http://www.wellfedhomestead.com/should-you-wash-your-chickens-eggs
- http://www.safeeggs.com/eggs/egg-myths
- http://www.foodsafetynews.com/2014/12/how-to-store-eggs-safely-its-all-a-matter-of-how-you-look-at-the-data/#.VglPlfmqqko
- http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2013/12/07/refrigerating-chicken-eggs.aspx
- http://www.forbes.com/sites/nadiaarumugam/2012/10/25/why-american-eggs-would-be-illegal-in-a-british-supermarket-and-vice-versa/
- http://kursuspengendalianmakanan.com/kenali-bakteria-salmonella/
http://vitamin.ibucergas.com/catalog/
http://vitamin.ibucergas.com/kelebihan-jadi-ahli-shaklee/
Owhhhh baru tahu. Bagus info ni pa a
Suriya recently posted…Minum Susu Soya Untuk Ibu Hamil Kekal Bertenaga Walaupun Alahan Teruk
kan… sbb org kita dok basuh sungguh2 siap rendam, siap dengan sabun, siap dengan berus.. walhal ia lagi la jadikan teruk
Alahai! Baru tau jugak ni. Siap basuh telur dgn basic h lagi. Lepas ni memang tak basuh dahla
yanaramly recently posted…Himpunan resipi untuk ESP yang lebih sedaaaaaappp!
basuh denganbasic h boleh.. pastu terus buat masak.. heheeheheh
info yang bagus. tp sebelum masak wajib basuh telur kan? kalau ikut dalam islamla.. 🙂
tatie recently posted…ENTRY DUBAI : MAIN SKI DALAM MALL
tidak haram makan telur yang tak dibasuh, sbb telur kat bahagian dalam kulit. Melainkan kalau kita nak makan kulit telur. hehehe..
ustaz azhar idrus ada terangkan bila mana ia jadi haram. Iaitu bila kita pegang kulit telur tak dibasuh tu, dan tuang telur, pastu tgn tu tak basuh terus tepek pada roti yang diletak telur tu. tu sah haram..
atau, kes bila mana kulit telur tak dibasuh, dan kulit telur tu jatuh pulak masuk dalam telur. telur itu jadi haram.
jadi TELUR TAK DIBASUH TIDAK HARAM.. tapi keadaan yang mana situasi tertentu boleh jadikan dia haram
rujuk video Ustaz Azhar Idrus. http://www.youtube.com/watch?v=TQ-IEZQ-7m0
sbb tu kita disuruh basuh telur sblm guna. Dah basuh terus guna.
ohh..baru tau ni..sbb biasa mmg basuh dulu n simpan..huhuhu
MaMa Chantique recently posted…Kenali Perbezaan Antara Ubat Dan Vitamin
Info menarik.
Lepas ni kena simpan terus telur dalam peti ais.
Suriati recently posted…Dengan Air pun Boleh Cantik? (Edisi Korang Tahu Tak #kttshaklee)
Dari dlu serba tak kena tiapkali beli telur. Nak basuh dulu sblm simpan or letak je kat luar tp takut jgk nnt tak tahan lama tapi nak lah simpan properly dlm peti spy tahan lama especially kalo beli yg dlm sarang tu. Mmg serba salah. Sejak tu beli telur yg dah siap dipek 10 biji tu je, pastu trus letak dlm peti and nak guna baru basuh. Huhuhu… Terbeliak jgk biji mata bila tiba2 tau basuh telur boleh berkait dgn salmonella nih. Btw tenkiu tenkiu tenkiu for da tips and info kak Pa’a!!!
Nusaybah recently posted…SETAHUN BERLALU, ADIK MASIH MENYUSU BADAN DAN IBU BELUM LAGI PERIOD..KENAPA ?
masuk angin? 😀 telur kat pasaraya tu berhari2 haa masuk angin :3
salam.
saya ada paper boleh refer mengenai telur yang dibasuh. malangnya xboleh paste di sini, ntah kenapa.
berdasarkan kajian tu, boleh basuh dan disimpan dalam keadaan 8 darjah celcius. selepas sejuk, jangan biar di room temp lama2 sebab nanti ada kondensasi dan menyebabkan ada bac lain contam.
dalam telur dah ada salmonella sesiap dah. 8 hingga 15 % populasi salmonella.
Allahu a’lam.
aah betul. sbb tuu x digallakkan makan telur mentah. mmg banyak possibilities utk kuman masuk. even kat dalam telur tu pon dah ada.
kadang, temperature peti ais kite x sampai pon 8 degree 🙂
letak kat pintu peti ais, mmg x sampai rasanya temp tu.
ooo baru saya tau..tq3
hana recently posted…TIADA COD BUAT MASA INI
Tak tahu pulak telur separuh masak tu tak elok. OMG, suka sangat makan! Kena kurangkan lepas ni
Fatin recently posted…Review Pince & Pints Lobster @ Bangsar, Kuala Lumpur
thank you sangat bagi info ni. kat rumah dah terbiasa beli, basuh dan simpan. kalau cmtu, letak telur kat luar tanpa basuh dan kekal dlm bekas die yang terbaik ke?
keliru juga nak buat mcm mane. sebab hari tu, tak simpan telur-telur jd busuk pulak satu tray. dah kena buang semua…huhu
mohon pencerahan. chewah 😛
Illa recently posted…Kenapa Supplemen Tak Berkesan Pada Anda? Mungkin Perkara Ini Penyebabnya.
Best artikel ini, keep it up!
terbaik!