Mengenali Apa Itu Tekanan Darah Tinggi

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from

Hypertension atau tekanan darah tinggi, adalah keadaan di mana tekanan darah menekan dinding salur darah kita. Apabila bacaan tekanan darah tinggi ini terlalu tinggi, ia meningkat tekanan atau beban kerja kepada jantung dan boleh menyebabkan kerosakan serious pada salur darah. Lama-kelamaan, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan komplikasi-komplikasi penyakit lain seperti stroke dan juga sakit buah pinggang.

tekanan darah tinggi

<

Simptom Tekanan Darah Tinggi Tekanan darah tinggi biasanya dipanggil sebagai pembunuh senyap kerana biasanya penghidap langsung tidak menyedari keadaan tekanan darah ini sehingga bertahun-tahun lamanya. Malah secara purata, 1 daripada 5 orang sebenarnya langsung tak tahu yang mereka sudah pun menghidap tekanan darah tinggi. Paling menakutkan, tekanan darah tinggi ni boleh merosakkan jantung, paru-paru, salur-salur darah otak dan buah pinggang secara perlahan-lahan tanpa disedari sekiranya tidak dirawat.

>

Berikut adalah soal-jawab kepada hypertension, atau lebih dikenali sebagai tekanan darah tinggi.

<

1. Apakah Punca Utama Darah Tinggi?

Sebenarnya terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi dan untuk setiap individu juga tidaklah sama. Terlalu banyak punca termasuklah kurangnya senaman, pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang, obesiti, faktor usia dan juga faktor genetic. Kesemua ini memang sangat menyumbang kepada berlakunya hypertension atau tekanan darah tinggi.

<

2. Apakah Pula Systolic and Diastolic Blood Pressure?

Systolic Blood Pressure ialah bacaan tekanan yang diukur dalam unit mmHg (iaitu tekanan bacaan merkuri) yang membawa maksud tekanan yang dikenakan oleh darah ke atas arteri darah untuk setiap denyutan jantung, manakala Diastolic Pressure ialah tekanan darah di antara degupan jantung. Sebagai contoh, bacaan 120/80 mmHg atau “120 over 80” memberi maksud bacaan Systolic adalah 120 dan bacaan Diastolic adalah 80.

<

3. Tak paham. Jadi bagaimanakah dikatakan seseorang itu mempunyai tekanan darah yang normal?

Bacaan tekanan darah ini boleh dibahagikan kepada 5 kategori seperti berikut

Screenshot 2014-08-09 00.17.53
>

4. Apakah Komplikasi Yang Boleh Terjadi Sekiranya saya Menghidap Darah Tinggi?

Berikut adalah contoh kompliasi yang mungkin akan menyerang penghidap tekanan darah tinggi.

  • Atherosclerosis: iaitu penyakit di mana di bahagian dalam salur darah (arteri) kita akan dilapisi oleh plaque, atau pon dikenali sebagai lapisan lemak. Kehadiran plaque ini meningkatkan tekanan darah ke atas dinding arteri. 
  • Sakit JantungAntara penyakit berkaitan sakit jantung adalah; Heart Failure atau kegagalan jantung berfungsi yang mana ia berlaku apabila jantung tidak lagi mampu mengepam darah dengan optimum, Ischemic Heart Disease pulak adalah keadaan di mana tisu jantung tidak menerima darah yang mencukupi, manakala Hypertensive Hypertrophic Cardiomyopathy pula ialah penebalan otot jantung. Kesemua ini sangat berkait dengan tekanan darah tinggi.
  • Sakit Buah Pinggang: Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah dan penapis di dalam buah pinggang. Bila buah pinggang rosak, sistem perkumuhan tidak lagi optimum dan toksin tidak dapat dikeluarkan darai tubuh.
  • Stroke: Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan strok (angin ahmar). Boleh baca berkenaan stroke di LINK ini. 
  • Penyakit Mata: Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan kerosakan salur darah dalam retina mata.

<

5. Bagaimana Saya Tahu yang Saya Menghidap Darah Tinggi?

Kebiasaannya tekanan darah tinggi tidak ada simptom dan memang biasanya memang kita tidak sedar langsung. Sebab itulah tekanan darah tinggi biasanya didiagnose oleh doktor semasa menjalankan pemeriksaan perubatan secara berkala. Sekiranya bacaan tekanan darah anda tinggi, anda mungkin akan merasa sakit kepala yang kuat, sakit di bahagian dada, dan mungkin juga susah untuk bernafas. Sekiranya ade simptom seperti disebutkan tadi, maka rawatan lanjut perlu dibuat.

<

6. Apakah Rawatan yang Boleh Saya Perolehi sebagai Ubat Darah Tinggi?

Kebiasaannya rawatan untuk tekanan darah tinggi sangat berkait rapat dengan perubahan gaya hidup , dan sekiranya teruk, ubat tekanan darah tinggi diperlukan. Perubahan gaya hidup adalah termasuk:

  • Mengurangkan berat badan
  • Berhenti merokok
  • Makan makanan yang sihat, tinggi dengan buah-buahan, sayur-sayuran, “lean protein” (iaitu makanan protein yang mengandungi 90% protein, rendah karbohidrat dan mudah dihadam), bijirin penuh, dan juga makanan kurang garam dan kurang lemak.
  • Senaman aerobic yang konsisten
  • Mengurangkan atau berhenti minum alkohol

<

6. Apakah Rawatan yang Boleh Saya Perolehi sebagai Ubat Darah Tinggi?

Berikut adalah biasanya ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengawal tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, setiap ubat ini mengandungi kesan sampingan.
  • Diuretics: sakit kepala, badan yang lemah dan kandungan potassium yang rendah
  • ACE inhibitors: batuk-batuk kering dan berterusan, sakit kepala, cirit birit dan peningkatan potassium dalam salur darah
  • Angiotensin receptor blockers: lemah dan cepat penat, pening atau pitam, dan peningkatan potassium dalam salur darah
  • Calcium channel blockers: pening dan degupan jantung yang tidak normal, dan bengkak pada buku lali
  • Beta-blockers: pening, kurang kemahuan seks, mabuk atau loya, serta degupan jantung yang rendah
  • Alpha-blockers: pening, sakit kepala, degupan jantung yg kuat, loya, mabuk, lemah dan pertambahan berat badan

<<

8. Apakah Jenis Diet Yang Perlu Saya Ikuti Sekiranya Saya Menghidap Darah Tinggi?

Diet yang sihat seperti di bawah ini akan sangat membantu.
  • Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu kurang lemak
  • Kurangkan makan makanan yang tinggi lemak tepu dan tinggi kolestrol seperti makanan yang bergoreng
  • Makan makanan bijirin penuh, makan ikan, dan kekacang
  • Kurangkan makan daging merah (seperti lembu atau kambing) dan gula
  • Makan makanan yang kaya dengan magnesium, potassium dan kalsium (OSTEMATRIX Shaklee sangat membantu)
  • Kurangkan makanan bergaram

<

9. Apakah Ubat yang Boleh Meningkatkan Darah Tinggi?

Pastikan berhati-hati sebelum mengambil ubat-ubat berikut kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi.
  • amphetamines,
  • methylphenidate (Concerta, Metadate, Methylin, Ritalin),
  • corticosteroids,
  • hormones (including birth control pills),
  • certain migraine medications,
  • cyclosporine,
  • erythropoietin.
  • pseudoephedrine and ephedrine

< # Jangan berhenti mengambil ubat doktor tanpa dipersetujui oleh doktor anda. Malah sekiranya anda ingin cuba supplement Shaklee untuk kawalan tekanan darah tinggi, konsultansi dari doktor anda juga diperlukan. 

>

>

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE

<

1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee

>

>

Nama: Mama Iman @ Farha @ IbuCergas

Emel: ibucergas@gmail.com

Phone/message/wassap: 013-3355598

<

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

 

Daftar ahli Shaklee

>

 

error: Content is protected !!