Tanda-Tanda Menopause dan Kesannya Pada Wanita

Apa Tanda-tanda Menopause?

Menopause adalah keadaan di mana seseorang wanita itu tidak lagi ada waktu haid, yang lebih dari setahun. Maksudnya, sekiranya selama setahun seseorang wanita itu tidak haid, beliau boleh dikatakan sedang mengalami fasa menopause (monopos). Umur adalah berbeza, tapi biasanya bermula pada akhir 40 an atau awal 50 an.

Perlu ke saya takut Menopause?

Menopause akan menyebabkan banyak perubahan berlaku dalam badan wanita. Setiap perubahan berlaku kerana kurangnya penghasilan hormin estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh ovari. Kesan menopause akan dilihat dalam perkara-perkara berikut:

  • Kesihatan sistem peranakan wanita
  • Kesihatan salur kencing wanita
  • Kesihatan jantung
  • Kesihatan salur darah
  • Kesihatan tulang
  • Kesihatan payudara
  • Kesihatan kulit
  • Kesihatan rambut
  • Kesihatan mucous membranes
  • Kesihatan otot pelvis
  • Kesihatan otak

Gejala Menopause Tanda-tanda Menopause Menopos Kesan Menopause Putus Haid 3 (1)

 

Tanda-tanda Awal Menopause?

Biasanya tanda-tanda awal menopause dapat dilihat dalam perkara-perkara berikut:

  1. Perubahan dalam kitaran haid
  2. Hot flashes (Terasa kepanasan)
  3. Sakit dan vagina kering semasa melakukan sex
  4. Insomnia atau susah untuk tidur
  5. Kerap kencing atau inkontinen
  6. UTI – jangkitan salur kencing
  7. Kurang keinginan untuk sex (Low Libido)
  8. Mood swing dan depression
  1. Perubahan dalam kitaran haid

Period atau haid akan mula tak teratur. Haid mungkin akan jadi lebih banyak dari biasa. Atau haid juga boleh jadi sangat kurang berbanding biasa. Haid juga mungkin lebih lama dari biasa, atau haid boleh jadi jauh lebih sigkat berbanding biasa. Kiranya, memang lain lah berbanding sewaktu muda dan normal.

Jika tak period, pastikan sama ada sebenarnya mengandung atau pun tidak. Bila tak period, dan tak mengandung, maka ia mungkin tanda kita mengalami menopause. Jika tak period selama 12 bulan (setahun) secara konsisten, maka perlulah jumpa doktor untuk pastikan kenapa haid tak datang.

  1. Hot flashes (terasa kepanasan)

Hot flashes ni adalah perasaan panas dan berpeluh-peluh ke seluruh badan yang rasa sampai 30 saat ke beberapa minit. Muka boleh jadi kemerah-merahan, terasa berpeluh-peluh tiba-tiba. Sampaikan kalau tengah tidur tu boleh terjaga sebab kepanasan. Keadaan ini boleh berlaku setahun atau 2 tahun selepas mula berakhirnya haid terakhir, dan makin lama makin berkurang bila betul-betul memasuki fasa menopause. 

Gejala Menopause Tanda-tanda Menopause Menopos Kesan Menopause Putus Haid 4

 

  1. Sakit dan Vagina Kering Semasa Melakukan Sex

Sakit dan vagina terasa kering sebab berkurangnya hormon estrogen dan progestrone- menyebabkan kelembapan dalam vagina berkurang. Tanda vagina kering termasuklah, gatal-gatal, dan burning sensation (pedih terbakar).

  1. Insomnia atau susah untuk tidur

Susah nak tidur mungkin menjadi salah satu tanda yang kita sedang mengalami menopause. Kadang dah tidur pon boleh terjaga malam dan terus tak dapat tidur.

  1. Kerap kencing atau inkontinen

Memang normal bila wanita nak menopause untuk susah nak kawal pundi kencing. Kadang rasa macam nak terkencing walaupun baru jek kencing. (pundi kencing tak penuh lagi pun rasa nak terkencing jugak). Kadang rasa macam sakit masa nak kencing pon ada jugak. Ini berlaku sebab tisu sekitar vagina dah kering dan kurang leastik. Otot sekitar pelvic pon sebenarnya dah mula lemah.

  1. UTI – jangkitan salur kencing

Ada ramai yang mungkin kene jangkita salur kencing (urinary track infection – UTI). Ini mungkin berlaku sebab hormon estrogen pon dah berkurang, maka salur kencing lebih terdedah kepada jangkitan bakteria. Kalau rasa kerap kencing tak lawas, dan rasa sakit bila kencing, maka kenalah berjumpa dengan doktor utnuk rawatan.

  1. Kurang Keinginan Untuk Sex (Low Libido)

Memang normal untuk rasa tak berminat pada sex jika mula menopause. Ini disebabkan oleh kurangnya hormon estrogen. Tapi ada juga yang bila nak menopause, keinginan sex semakin meningkat. Kalau sampai rasa sakit nak buat hubungan sex, kenalah berbincang dengan doktor.

 

 

  1. Mood swing dan depression

Perubahan hormon juga akan menyebabkan mood seorang wanita ni tungang langgang. Ada yang mudah terasa hati, mudah marah-marah dan ada je yang tak kena.

  1. Perubahan rambut, dan kulit

Semakin berumur, maka memang kita expect akan ada keguguran rambut, kulit yang makin tak anjal. Bukan sahaja kulit seluruh badan, malah kulit di sekitar vagina juga.

 

tanda tanda menopause vitamin untuk menopause 8 vitamin untuk menopos vitamin untuk menopause

Inginkan menopause yang sihat?

Vitamin-vitamin berikut mampu untuk memrikan kesihatan yang baik untuk wanita yang ada tanda-tanda menopause, dan mengurangkan simptom yang tak selesa.

Gejala Menopause Tanda-tanda Menopause Menopos Kesan Menopause Putus Haid 11 (1)

Testimonial Pengguna Shaklee yang Selesa Mengalami Simptom Menopause

Gejala Menopause Tanda-tanda Menopause Menopos Kesan Menopause Putus Haid 7 (1)

Gejala Menopause Tanda-tanda Menopause Menopos Kesan Menopause Putus Haid 7 (1)

Gejala Menopause Tanda-tanda Menopause Menopos Kesan Menopause Putus Haid 7 (1)

 

 

Kalau berminat, boleh hubungi saya ya. Klik jek icon kat bawah ni, terus boleh direct wassap saya tanpa perlu simpan nombor saya sebiji-sebiji.

error: Content is protected !!