Sushi: Makanan Sihat @ Tak Sihat?

Alhamdulillah banyak dah cawangan Sushi King, restaurant makanan Jepun terkemuka di Malaysia ni, yang dah dapat halal diiktiraf JAKIM! Ramai nau kegirangan:lol::lol:

Kalau bercakap pasal sushi, memang ramai akan anggap secara generalnya sushi ni makanan sihat (dan sedap lagi mahal – haha). Maklumlah, diperkaya dengan omega-3 sebab kita dok pikir main ingredient die adalah ikan. Tapi, ada beberapa perkara kena ambil berat jugak dalam sushi ni sebab ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Namun, jangan risau, ada je cara untuk menikmati sushi, tanpa menjejaskan kesihatan.

Apa Itu Sushi?

Sushi merupakan makanan popular berasal dari Jepun. Ia mngandungi nasi yang diperam bersama dengan cuka dan diletakkan bersama-sama ikan mentah (dan ikan dimasak) dan juga rumpai laut yang dikenali sebagai nori. Biasanya ia dihidang dengan kicap, dan juga wasabi, dan juga jeruk halia.

Sushi ni popular sejak kurun ke 7 lagi di Jepun sebagai salah satu cara untuk mengawet ikan. Ikan dibersihkan dan disatukan dengan nasi dan garam, kemudian dibiarkan (seolah-olah ditapai) untuk beberapa minggu sebelum sedia dimakan (1). Ini la asal usul sushi dulu-dulu kala. Sekarang sushi dah macam-macam jenis dah, berovulusi banyak sangat dah.

Sushi Merupakan Karbohidrat Ringkas dan Rendah Fiber

Bahan utama dalam sushi adalah nasi putih, so kite sedia maklum bahawa nasi putih ni adalah beras yang dah dikeluarkan hampir semua fiber, vitamin dan mineral yang ada kat nasi tu (berbeza dengan beras perang). Sebab tu lah nasi putih dikenali sebagai karbohidrat ringkas.

Lagi pulak tu, dalam membuat sushi, nasi putih ni ditambah pulak dengan gula. Kita pon sedia maklum gula pon sama jugak merupakan karbohidrat ringkas. So karbohidrat ringkas sememangnya mudah diuraikan dalam sistem pencernaan kita dan terus jadi glukosa. So sushi memang cepatlah kirenya tingkatkan kandungan gula dan paras insulin dalam darah (1, 2, 3, 4, 5).

sushi-held-by-chopsticks

Sushi Rendah Protein dan Tinggi Kandungan Lemak

Usah diingat sushi ni makanan untuk diet ye sebab ramai ingat makan sushi boleh kurus. Sebabnya, banyak je sushi yang gunakan kuah yang tinggi lemak dan ada jugak sushi yang digoreng dengan minyak yang banyak. Dalam erti kata lain, sebenarnya sushi ni banyak kalori.

Walaupon kita macam nampak sushi banyak sayur dan ikan, sebenarnya sikit jek ikan dan sayur tu. So sushi sebenarnya bukan je tinggi karbohidrat ringkas (nasi tadi), ia juga kurang fiber dan tinggi lemak. Amatlah tak sesuai dijadikan diet untuk kuruskan badan  dan tak effective pun untuk kurangkan selera makan dan jadikan kite kenyang (67). Kalau perasan lah kan, kalau makan sushi, sepinggan takkan cukup. Hahahahahah.

Sushi Tinggi Kandungan Garam

Serious, banyak garam! Sebab, mula-mula nasik yang dimasak tu memang akan letak garam. “Smoked fish” dan “pickled veggies” pon ade garam nya. Lagi pulak lepas tu dihidang pulak dengan kicap masin – lagilah banyak garamnya.

Bahaya ke garam?

Garam yang banyak sangat dalam diet boleh sebabkan meningkatnya risiko kanser perut. Lagipon garam banyak boleh jadikan kita sakit darah tinggi (lebih-lebih lagi pada yang sensitif dengan sodium) (8910).

So macam mana nak menikmati sushi kalau macam tu? Boleh jek, tak payah cicah sos soya dia, tak payah makan “smoked fish” macam mackarel dan salmon. Walaupaun sup miso boleh buatkan rasa cepat kenyang, tapi sup miso pon banyak garam sebenarnya.

Sushi Sebenarnya Banyak Bakteria dan Parasit

Dah nama pon ikan mentah. Tentu-tentu jek terdedah dengan bakteria dan parasit  (11121314). Antara bakteria yang paling senang dijumpai adalah Salmonella dan various Vibrio, dan parasit Anisakis dan Diphyllobothrium parasites (15161718). Yang seramnya, ade jek kajian baru kata 23 buah restaurant Portuguese yang gunakan ikan mentah (sama la sushi pon guna ikan mentah), didapati 64% sample memang tercemar pon dengan mikroorganisma berbahaya ni (19). Tapi dek kerana penjagaan pemakanan dan pemprosesan (food handling and processing), risiko tu boleh lah jugak dikurangkan (2021).

So kalau nak makan sushi tu, pastikan makan lah sushi kat restaurant yang dijamin kebersihannya, kualiti dan standardnya (macam Sushi King – bwahaha:lol:). Bukan apa, diorang dah well established dan ada proper food safety procedure.

Untuk kanak-kanak, ibu mengandung dan orang-orang tua, better ambil option makanan yang dimasak. Kalau boleh elakkan makanan mentah. Sebab immune sistem masa ni memang tak kuat. So better elakkan.

Sushi Mengandungi Mercury Dan Toksin Lain

Sebab, di lautan terlalu banyak pencemaran dah (kat mana je takde pencemaran pon). Yang paling obvious susah tentulah mercury. Ikan ikan yang berisiko banyak merkuri ni adalah tuna, ikan kembung, ikan todak, dan ikan yu.  Jenis toksin lain yang biasanya ada pada ikan adalah ciguatera (boleh google pasal ciguatera ni) atau “scombroid poisoning” (22). Keracunan Ciguatera adalah disebabkan oleh ikan laut tropika yang terdedah kepada pengumpulan toksin yang terhasil dari spesis alga tertentu (dinoflagellate).  Contoh makanan laut yang boleh sebabkan ciguatera ni adalah ikan siakap, ikan kerapu, dan ikan merah.

Screenshot 2016-08-19 16.32.23

http://jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/sharingDoc/pdf/Buletin_Keselamatan_Makanan.pdf

Macam Mana Nak Makan Sushi Dengan Selamat dan Sihat?

Tak salah nak makan sushi. Sama macam makanan lain, ada juga keburukan makanan lain tu. So untuk optimumkan supaya dapat makan sushi tanpa rasa serba salah, ikut cara ni;

  • Tingkatkan nutrisi dalam sushi itu sendiri.Contohnya instead of pilih beras putih dalam sushi, tukarkan jadi beras perang untuk buat sushi roll.
  • Makan lah temaki (sushi bentuk kon). Temaki ni kurang sikit nasi dalam nya compare sushi roll yang lain tu.
  • Tingkatkan pengambilan protein dan fiber dalam hidangan sushi. Contohnya, makan sushi dengan edamame, wakame salad, sup miso dan sashimi.
  • Elakkan sushi roll yang ada cream cheese, sos-sos dan tempura. Semua ni extra kalori. Nak crunchy-crunchy dalam sushi, makan lah lebih sayur.
  • Kalau boleh kurangkan sos soya tu.
  • Elakkan jenis-jenis ikan yang high possibilities ade contamination, especially untuk kanak-kanak, ibu hamil dan orang tua untuk elakkan toxic contamination.
  • Order sushi dari restaurant yang reputasi tinggi. Mereka ni ada high practise dalam food safety.
  • Makan berpada-pada. Afterall, makan apa berlebihan pon memang tak elok.

Kesimpulan = Sushi Sihat ke Tak Sihat?

Sushi kaya dengan vitamin, mineral sama macam makanan lain juga. Cuma ada beberapa jenis je yang terlalu tinggi karbohidrat ringkas dan garam. Kalau ikutkan makanan melayu, sama jek.

Petuanya, makan berpada-pada. Maka, jomlah ke Sushi King yang dah disahkan Halal JAKIM !!  :mrgreen::mrgreen:

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge