Set Mengandung Shaklee - Terbaik Buat Ibu Mengandung

Wah, Alhamdulillah seronoknya bila disahkan menjadi ibu mengandung kan?:mrgreen: Seronok sangat:D. Lagi-lagi pada suami isteri yang menantiikan anak sulung. Hehe! Bila jumpe Dr. O&G, maka bermulalah episode Dr menyuruh kita makan vitamin pra-natal @ vitamin ibu mengandung. Terutamanya asid folik.

Mengapa perlu mengambil vitamin pra-natal Set Mengandung Shaklee ni?

Vitamin pra-natal @ vitamin ibu mengandung biasnaya mengandungi lebih lebih zat besi, kalsium dan asid folik.

Biasanya bila ibu mengandung, ada di kalangan ibu-ibu ni mengalami alahan mengandung yang teruk. Itu adalah normal. Bila alahan mengandung ni datang, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa teruknya keadaan itu, malah ibu mengandung mungkin kekurangan nutrisi dek kerana selera makan yang hilang dan muntah yang teruk.

Antara vitamin ibu mengandung yang diberikan adalah asid folik kerana asid folik boleh mengurangkan masalah bayi yang dilahirkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifida dan nueral tude defect. Untuk mengharapkan asid folik yang mencukupi dari pemakanan sahaja adalah hampir mustahil lebih-lebih lagi pada ibu yang ditakdirkan mengalami alahan mengandung yang teruk.

Biasanya neural tube defect itu sendiri berlaki dalam 28 hari bayi disenyawakan, dan kebiasaannya ibu mengandung sendiri tidak tahu lagi yang mereka sedang hamil. Sebab itulah bagi wanita yang ingin merancang kehamilan, adalah digalakkan untuk mengambil asid folik sehingga 400 mcg sehari manakala ibu yang pernah melahirkan anak yang ada sejarah neural tube defect perlu mengambil sehingga 5 mg asid folik setiap hari. Dan pengambilan asid folik seharusnya diteruskan sekurang-kurangnya sehingga minggu ke 12 kehamilan.

Makanan yang mengandungi asid folik termasuk sayur-sayuran berdaun hijau, kacang, kacang, buah-buahan sitrus, dan banyak makanan yang diperkayakan (fortified food).

Kalsium juga sangat penting untuk ibu mengandung. Ia boleh membantu menghalang ibu mengandung daripada kehilangan kepadatan tulang sendiri (yang boleh mengundang kepada osteoporosis di masa akan datang). Ini kerana bayi menggunakan kalsium untuk pertumbuhan tulang sendiri semasa di dalam rahim.

Zat besi pula amat penting untuk membantu aliran darah dalam kedua-dua ibu dan bayi untuk membawa oksigen.

Ok, itu sedikit sebanyak cerita tentang vitamin dan mineral asas untuk ibu mengandung. Anda boleh juga cek sendiri kandungan vitamin pre-natal yang Dr O&G anda berikan. Berikut adalah biasanya kandungan yang terdapat dalam pil pre-natal.

  • 400 mikrogram (mcg) asid folik.
  • 400 IU vitamin D.
  • 200 hingga 300 miligram (mg) kalsium.
  • 70 mg vitamin C.
  • 3 mg thiamine.
  • 2 mg riboflavin.
  • 20 mg niasin.
  • 6 mcg vitamin B12.
  • 10 mg vitamin E.
  • 15 mg zink.
  • 17 mg besi.

Dalam beberapa kes, doktor akan memberikan preskripsi untuk jenis yang tertentu vitamin pre-natal, bergantung kepada keadaaan ibu mengandung tersebut. Iyolah, tahap kesihatan setiap ibu mengandung juga berbeza-beza kan. Cuma perlu berhati-hati dengan vitamin pre-natal yang berkemungkinan besar adalah vitamin sintetik, bukan nya vitamin organik.

Kami di Shaklee sudah cukup dikenali bukan sahaja dengan rangkaian Vitamin Ibu Bersalin, dan Ibu Menyusu. Malah, Shaklee juga amat dikenali di kalangan ibu mengandung dengan Set Mengandung Shaklee yang semakin dikenali ramai.

Malah, jika anda membawa botol-botol vitamin Shaklee kami ke Dr O&G anda, mereka pasti tiada halangan untuk anda meneruskan pengambilan vitamin-vitamin ini.

Saya  sendiri kini sedang mengandung 17 minggu. Syukur alhamdulillah. Set Mengandung Shaklee yang saya ambil mengandungi:

  1. Vitalea Multivitamin – Mengandungi kesemua keperluan asas nutrisi tubuh
  2. Vitamin C – Chewable 100 mg (sebab Vitamin C Sustained Releassed 500 mg hanya available April 2013) – memperbaiki sel-sel tubuh badan dan sel-sel DNA yang baik
  3. B complex – mengurangkan loya, membekalkan asid folik dan memngurangkan stress
  4. Kalsium Ostematrix – membekalkan kalsium mencukupi untuk ibu mengandung, dan menyokong pertumbuhan gigi dan tulang bayi yang dikandung
  5. Energizing Soy Protein – memberi tenaga kepada ibu
  6. Omega Guard – kaya dengan EPA dan DHA untu perkembangan retina mata bayi untuk trimester ke 2 dan perkembangan otak bayi untuk trimester ke 3.
JK Niaga Beli Sekarang

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee dan Set Mengandung Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE

<

1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee

>

>

Nama: Mama Iman @ Farha @ IbuCergas

Emel: ibucergas@gmail.com

Phone/message/wassap: 013-3355598

<

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

 

Daftar ahli Shaklee

>

 

 

error: Content is protected !!