Sakit Dada Adakah Bermakna Saya Ada Penyakit Jantung?

Kadang bila kita sakit dada, terus terpikir adakah ianya penyakit jantung? Adakah ianya serangan jantung?

Tak semestinya. Walaupun begitu, memang wajar untuk sangat risau memandangkan serangan penyakit ini sebenarnya merupakan pembunuh utama di Malaysia. Lagi pulak memang ramai lelaki berusia 30- dan 40 an yang memang diserang sakit jantung.

ubat sakit jantung vivix shaklee saki dada

Apa yang dirasai semasa penyakit ini menyerang?

Biasanya pesakit akan mengalami rasa sakit pada bahagian kiri atau tengah dada. Ramai jugak yang ingatkan ia cuma lah gastrik sebab rasa sakit tu seolah-olah angin yang ada tekan di hulu hati.

Perasaan sakit tu boleh dibayangkan macam seolah-olah rasa sakit dada yang macam dada tu ditindih dengan sesuatu yang berat sampaikan rasa nak bernafas tu berat dan susah. Lepas tu pulak rasa berdebar-debar dan berpeluh.

Bila serangan sakit jantung selalu terjadi?

Serangan boleh terjadi bila kita berada dalam keadaan stress dan marah. Serangan juga biasanya jadi seseorang tu membuat aktiviti fizikal yang berat, sebagai contohnya senaman lasak, angkat barang yang berat mahupun mendaki anak tangga yang banyak.

Siapa yang berisiko tinggi akan terkena serangan jantung?

Antara mereka yang berisiko tinggi adalah

  1. Lelaki, berumur 45 tahun ke atas dan wanita berumur 55 tahun ke atas lebih berisiko tinggi.
  2. Perokok, dan juga perokok pasif (yang sedut asap rokok meskipon tak merokok)
  3. Mereka yang mempunya tekanan darah tinggi
  4. Tinggi kolestrol atau bacaan triglyceride levels. Mereka yang tinggi LDL (kolestrol jahat) biasanya lebih mempunyai arteri yang lebih sempit.
  5. Kencing manis @ diabetes – pesakit kencing manis mempunyai risiko terkena penyakit ini lebih tinggi berbanding mereka yang tiada kencing manis
  6. Sejarah keluarga yang ada penyakit ini
  7. Obesity – kegemukan juga biasanya memang dikaitkan dengan kadar kolestrol yang tinggi, kadar triglyceride yang tinggi, tekanan darah tinggi dan juga kencing manis
  8. Stress juga menjadi punca serangan berlaku

Dapatkan ujian di klinik kerajaan jika encik/puan ada mengalami gejala seprti di atas, lebih-lebih lagi jika terdiri daripada golongan yang berisiko tinggi. Dikhuatiri memang ada simptom sakit yang berbahaya.

Tapi, ada je supplement dan vitamin yang sangat baik untuk kesihatan jantung. Ia bukan lah mengubat penyakit ini secara total, namun ia memberi kesihatan kepada badan secara general. Sekiranya memang doktor dah sahkan sakit jantung, maka rawatan susulan wajarlah diikuti seperti mana yang disarankan oleh doktor.

Info Tentang Vivix Shaklee >> Klik SINI

logo-whatsapp_600x184

error: Content is protected !!