Resepi Jus Merawat Gout Tradisional
Jus untuk merawat Gout ini sangat popular. Zaman dulu mana ada ubat-ubatan saintifik sangat, maka orang kampung buat try and error dan eh menjadi. Tapi zaman sekarang ni dah banyak kajian saintifik untuk merawat gout. Jadinya, dapatlah beberapa jus ni dibuktikan secara saintifik berkesan untuk membantu merawat gout ( sebab jus-jus ini ada effect mengurangkan asid urik dalam darah).
Cara Lain Untuk Legakan Gout Di Rumah
- Gunakan Benda Sejuk macam Ice Pack – Apa-apa yang sejuk boleh mengurangkan bengkak sementara. Tekap pada bengkak selama 20 – 30 minit, beberapa kali sehari.
- Rehatkan Tempat Bengkak – Jangan banyak bergerak. Letakkan tempat yang sakit atas bantal yang lembut.
- Banyakkan minum air – Kurang air boleh sebabkan level asid urik lebih tinggi (walaupun dah tinggi dari awal kene gout lagi). Minum banyak air bantu stabilkan paras asid urik kepada paras normal.
- Jaga pemakanan – Makanan yang memang tinggi purine wajid dielakkan.
Jus Apple
Bahan-bahannya:
- Epal 1 biji
- Cucumber (Timun) 150 gram
- Bitter gourd (Peria) 150 gram
- Green Capsicum 100 gram
- Celeries 120 gram
Cara-cara Membuat Jus Apple ini
- Gunakan slow juicer baru rasanya akan menjadi enak dan jus menjadi sedap
- Masukkan kesemua bahan ke dalam slow juicer
- Minum setiap hari.
Jus Carrot
Bahan-bahannya:
- Carrot 150 gram
- Epal merah 1 biji
- Celeries 120 gram
Cara-cara Membuat Jus Carrot ini
- Gunakan slow juicer baru rasanya akan menjadi enak dan jus menjadi sedap
- Masukkan kesemua bahan ke dalam slow juicer
- Minum setiap hari.
Jus Cherry
Bahan-bahannya:
- Cherry 100 gram
- Lemon 1 biji
- Air sejuk 250 ml
Cara-cara Membuat Jus Carrot ini
- Kisarkan kesemuanya di dalam blender air
- Minum 2 @ 3 kali sehari
Menu-menu ini bukan sahaja elok untuk pesakit gout, malah kita yang sihat juga sangat disaranan untuk minum air seperti ini, bukannya air jus dalam kotak yang sudah pun diproses. Semua yang dalam kotak tu sangat tinggi kandungan gulanya. Kalau amalkan, bukan sahaja gout takkan baik, malah akan sebabkan kencing manis la pula.
Semoga ikhtiar membuat jus ini membantu untuk mengurangkan asid urik dalam darah kita.
Semoga membantu para pesakit gout semua.
Entry lain yang berkaitan:
- Makanan Yang Patut Dielakkan Jika Ada Gout
- Asid Urik Tinggi Menjadi Punca Gout
- Keadaan Sakit Gout Bertambah Baik Dengan Vivix
- Punca Penyakit Gout Dan Siapa Yang Berisiko Kena Gout
Intipati entry ini merupakan input bersama Dr. Anya Tan.
Rujukan lain: