Punca Penyakit Gout Dan Siapa Berisiko Kena Gout

Penyakit Gout – Penyakit Orang Ada-Ada

Penyakit ni dahulunya adalah merupakan “penyakit orang kaya”, “penyakit orang ada-ada “(berada). Bahasa Omputihnya juga “Rich’s Man Disease” (The Disease of The King). Bukan apa, sebab orang berduit ni makanannya mewah. Ye lah, apa je makanan yang diorang ni tak makan? Segala jenis makanan laut dan darat, semua pon telan.

Macam Mana nak Kenal Pasti Itu Gout atau Sakit Sendi (Osteoarthritis)?

Ada beza ya gout dengan osteoarthritis. Gout ni adalah acute. Dan serangan gout ni datang dalam tempoh 12 jam. Osteoarthritis ni pulak sakitnya makin lama makin sakit (developing overtime). Ia bukan berbentuk serangan. Gout ada recurrent attack. Maksudnya, kalau dulu pernah kena, dan macam pernah baik, ia boleh serang lagi.

penyakit gout dan punca kena penyakit gout Punca Penyakit Gout

Ciri-ciri Sakit Gout Menyerang?

Disebabkan ia adalah acute (datang tiba-tiba dan sangat sakit), maka ada ciri yang senang nak kenal pasti ia adalah penyakit gout;

  1. Bengkak di bahagian sendi
  2. Bahagian bengkak tu merah warnanya
  3. Bahagian bengkak tu sakit bila dipegang (tender)
  4. Bahagian bengkak tu terasa panas bila dipegang (hot and swollen)

Bengkak, merah, sakit dipegang, panas, dan ada biji-biji dinamakan sebagai tophi. Inilah antara tanda ianya adalah gout.

Golongan Yang Berisiko Terkena Penyakit Gout

Siapa yang berisiko kena gout sebenarnya? Ada 3 golongan. Tapi, tak semestinya kalau fullfil ketiga-tiga ni, confirm kena gout. Ada je cara untuk elakkan penyakit ni. Golongan ni adalah

  1. Golongan yang ada genetik penyakit gout – Siapa yang ada genetik faktor yang keturunannya ada yang memang kena penyakit gout. Genetik boleh meningkatkan risiko terkena gout.
  2. Golongan yang tak jaga pemakanan dan diet – Pemakanan yang memainkan penting. Sebab tu lah ia dikenali sebagai penyakit orang kaya. Sebab pemakanan orang kaya ni memang mewah dengan makanan yang tinggi purine. Makanan yang kaya dengan daging dan juga makanan yang kaya dengan gula menjadi faktor risiko kepada penyakit gout.
  3. Golongan yang mempunyai berat badan berlebihan (Overweight) – Berat badan berlebihan juga menjadikan golongan ini lebih berisiko untuk terkena gout berbanding mereka yang ringan. Sebabnya bila obesiti, badan hasilkan lebih banyak urik asid dan buah pinggang pulak ada masalah untuk buang urik asid dengan lebih efisien. Jadi, ini meningkatkan risiko penyakit gout.

Seperti yang saya katakan tadi, bukan confirm mereka ni terkena gout. Ada je yang tak tergolong dalam golongan di atas tapi masih kena gout juga. ada banyak faktor lain yang boleh menyumbang kepada sakit gout.

Faktor Lain Yang Meningkatkan Risiko Menghidap Penyakit Gout

  1. Faktor umur. Semakin meningkat umur, semakin tinggi risiko.
  2. Faktor lelaki. Lelaki lebih cenderung kena gout berbanding perempuan. Perempuan biasanya kurang asid urik dalam badan. Tapi bila mana perempuan dah menopause, paras urik asid perempuan pun lebih kurang sama dah dengan lelaki. Menjadikan perempuan pun berisiko tinggi – apabila berumur.
  3. Faktor pemilihan makanan. Makanan yang tinggi purine menjadikan risiko kena gout lebih tinggi.
  4. Faktor tabiat minum alkohol. Siapa yang selalu minum alkohol, risikonya lebih tinggi.
  5. Faktor kaitan dengan penyakit lain. Maksud kata, siapa yang ada masalah penyakit lain seperti kolesterol tinggi, gula dalam darah yang tinggi (diabetes Type II), sakit batu karang (kidney stone), penyakit jantung, dan masalah metabolic syndrome. Mereka yang ada penyakit-penyakit ini lebih berisiko untuk kena gout berbanding mereka yang sihat.

Jadinya, berhati-hatilah dalam segala perkara. Bersederhana dan jaga kesihatan secara menyeluruh. Sekiranya rasa kita ada faktor-faktor yang disebutkan di atas, maka lebih perlu berhati-hati. Sebab penyakit gout ni, bila dah mula menyerang, memang akan berulang episod serangannya.

Entry lain yang berkaitan:

Intipati entry ini merupakan input bersama Dr. Anya Tan.

error: Content is protected !!