Produk Shaklee Yang Berbahaya Dan Memudaratkan Jika Dimakan

Biasa tak dengar bila kita jumpa doktor, dan masa nak bahi ubat tu doktor akan tanya: “Ada allergik ubat tak?”

Itu baru ubat, sebenarnya banyak benda lain yang boleh sebabkan kita allergik. Nanti saya share apa tanda-randa yang akan keluar dari badan kita yang menunjukkan kita allergik.

Dalam pemakanan kita sehari-hari, terkadang kita tak sedar sebenarnya terdapat banyak komposisi dalam makanan kita yang sebenarnya menimbulkan allergik dan kesan alahan.

Ada orang kesan alahannya sangat teruk, dan ada juga yang sangat mild. Ada kesan alahan yang hanya dapat dikesan selepas 2, 3 hari pengambilan; dan ada kesan alahan yang terus kritikal sejurus selepas pengambilan makanan.

Tapi selalunya kita terlepas pandang sebab memang banyak sangat benda yang kita makan sehari-hari. Macam mana nak tau kita sebenarnya allergik terhadap sesuatu? Cara yang mudah tetapi agak berbahaya jika kesan allergik itu teruk, iaitu >> DENGAN MENCUBA MAKANAN ITU SENDIRI. 

Bila kita alergik terhadap sesuatu makanan, tubuh badan yang biasanya terjejas adalah; kulit, saluran pernafasan dan saluran pencernaan dan juga jika allergik terlalu teruk, boleh merbahayakan nyawa iaitu keadaan dipanggil sebagai anaphylaxis. 

Namun, kebanyakan kita menyalahkan makanan yang menyebabkan allergik itu. Sedangkan allergik dan alahan ada bersifat kekurangan immune sistem dalam tubuh kita sendiri. Badan kita yang bertindak menganggap makanan itu racun berbahaya sedangkan untuk orang normal yang tidak allergik, makanan tu adalah sumber nutrisi yang baik dan sihat.

Contoh mudah, ayam adalah sumber protein. Ia dimakan oleh hampir semua kebanyakan orang yang tidak pun ade allergik terhadap ayam tersebut. Tetapi untuk segelintir kita yang low immune sistem, pengambilan ayam boleh sangat memudaratkan. Bukan salah ayam, mahupon penternak ayam:mrgreen:

Di sini saya kongsikan beberapa makanan utama yang boleh mengundang kepada alahan dan allergik

  1. Kekacang
  2. Produk tenusu (susu lembu terutamanya)
  3. Telur putih dan telur kuning (ada orang allergik pada salah satu dan pada keduanya)
  4. Gandum
  5. Produk soya
  6. Ikan
  7. Ayam dan daging
  8. Makanan dan hasil kerangan laut

Adakah bermaksud produk Shakleee berbahaya dan memudaratkan? 

Jawapannya: YA dan TIDAK.

YA, produk Shaklee adalah berbahaya pada mereka yang sememangnya ada allergik, dan juga pada mereka yang asalnya tak tahu pon ade allergik, tapi bila makan, keluar symptom dan tanda allergik tu. Pengambilan produk Shaklee wajib diberhentikan serta merta kerana ia tidak selamat. 

Tetapi bukanlah bermaksud ia tidak selamat untuk semua orang. Produk Shaklee TIDAK BERBAHAYA langsung pada mereka yang sihat dan tiada langsung symptom allergik. 

 

Di bawah adalah antara kes allergik yang disebabkan oleh produk Shaklee

1) Allergic Kepada Alfafa Complex

Alfafa sebenarnya kaya dengan asid amino, chlorophyll,  fiber, vitamin dan mineral. Malah alfafa sangat berkesan untuk mengawal gula dalam darah untuk pesakit kencing manis, dan mengurangkan asid urik yang tinggi untuk pesakit gout. Sememangnya ada orang yang betul-betul allergik kepada alfafa walaupon ia adalah sayur. Macam allergik kepada makanan yang lain, bila seseorang itu allergic kepada alfafa, badan dia sendiri akan over-react. Antara simptom yang biasanya keluar jika makan alfafa adalah, bengkak dan bloating. Sekiranya anda makan alfafa complex dan tumbuh banyak ruam-ruam, itu adalah tanda kemungkinan besar anda sangat kekurangan air dan healing crisis. Ini kerana alfafa complex merupakan herba tumbuhan dan bersifat agak panas.

2) Allergic Kepada Energizing Soy Protein, Mealshake, Lecithin, Cinch, Vitamin E Complex

Soya banyak sangat ada dalam makanan kita. Dari kicap, kepada biskut-biskut, serta banyak makanan frozen, memang ada soya dan banyak juga dalam betuk soy lecithin. Yang dok anti sangat makan soya tu, sebenarnya tak perasan dan tak tahu, betapa banyak soya dalam makanan proses yang ada di pasaran kita. Malah makanan jenis bijirin, dan juga peanut butter pon ada soya. Ada sesetengah roti juga ada soya. Jadi, untuk orang yang sebenanrnya allergik soya, terlalu banyak yang kena elak. Paling selamat adalah homemade food.

Dalam produk Shaklee, Energizing Soy Protein, Mealshake, Lecithin, Cinch dan Vitamin E Complex adalah produk yang mengandungi soya dan soy lecithin. Maka, sekiranya memang ada allergik pada soya, kesemua produk ini tak patut diambil. Jika anda menyusukan anak, anak juga akan terkena tempiasnya. Sebab itulah bila mana ada ahli keluarga yang ada alahan dan juga asthmatic, perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan.

Untuk kita yang dewasa, insyaAllah bila allergik, kita tahu bagaimana nak handle. Tapi jika bayi kita yang allergik, biasanya kita tak tahu, melainkan dah ambil produk barulah tahu baby sebenarnya allergik.

3) Allergic Kepada Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder diperbuat dari extrak kerang-kerangan dan sisik ikan berkualiti dari ikan laut dalam yang kurang terjejas dengan pencemaran teruk berbanding dengan ikan dan sumber kolagen yang berada di pesisiran pantai. Ada kes di mana pengguna Shaklee ini makan Shaklee Collagen Powder, memang nampak kulit glowing, cantik dan gebu. Tetapi beliau juga mendapat kesan sampingan sakit tekak gatal-gatal dan selsema yang tak henti-henti. Rupanya bila ditanya, beliau sememangnya allergik terhadap makanan laut.

4) Allergic Kepada Ostematrix 

Allergik kepada Magnesium adalah sangat-sangat jarang berlaku. Malah ia tidak pernah direkodkan dalam journal perubatan sehinggalah tahun 1990. Ada pelanggan Shaklee yang mengalami pendarahan semasa bowel movement di mana najis nya terdapat darah segar hadir bersama. Bila beliau berhenti ostematrix, simptom pendarahan itu berhenti. Maka serta merta pelanggan itu disuruh untuk berhenti mengambil Ostematrix Shaklee kerana mungkin beliau allergik terhadap magnesium.

Tanda-tanda allergik makanan

Sekiranya anda ada mengalami tanda-tanda ini bila mengambil apa-apa makanan pon termasuklah produk Shaklee, maka pengambilannya mestilah dihentikan. Berikut adalah tanda-tanda allergik yang tidak berbahaya.

  1. Gelgata dan kaligata yang membengkak pada kulit
  2. Eczema (ruam gatal)
  3. Kemerah-merahan pada kulit dan sekitar mata
  4. Gatal di mulut dan telinga
  5. Nmual dan muntah-muntah
  6. Cirit birit
  7. Sakit perut
  8. Hidung tersumbat dan runny nose
  9. Selsema berpanjangan yang tak pulih-pulih
  10. Batuk yang kering berpanjangan
  11. Rasa kencing tak lawas

Berikut pulak adalah tanda-tanda allergik yang boleh mengancam nyawa;

  1. Bengkak teruk pada bibir, lidah, dan tekak
  2. Mengalami masalah untuk menelan akibat bengkak
  3. Sesak nafas dan lelah serta berbunyi (wheezing) >> Baca sebuah kes Allergik di sini
  4. Menjadi biru dan pucat
  5. Tekanan darah menjadi rendah (rasa nak pitam, lemah)
  6. pitam dan pengsan
  7. Sakit di bahagian dada

Kesimpulan:

Sekiranya anda ada mengalami tanda-tanda ini bila mengambil apa-apa makanan pon termasuklah produk Shaklee, maka pengambilannya mestilah dihentikan. Dapatkan nasihat daripada doktor anda. Kenal pasti makanan apa yang anda allergik. Boleh juga anda membuat ujian allergik di hospital-hospital. Dapatkan nasihat dari pengedar Shaklee yag bertauliah.

Produk Shaklee bukan sahaja selamat dan disahkan oleh KKM, malah telah pon ada di pasaran lebih 50 tahun dan di Malaysia sahaja juga lebih 20 tahun. Tetapi bukan semua orang serasi dengan Shaklee. Bukan semua orang juga selamat makan Shaklee.

error: Content is protected !!