Produk Shaklee Menipu

Produk Shaklee Menipu!

Ada yang kata Produk Shaklee Menipu?

Set Penyusuan Shaklee Menipu – Tak keluar susu memancut-mancut pun!8O

Set Kurus Shaklee Menipu – Tak kurus-kurus pun!8O

Set Sendi Shaklee Menipu – Tak hilang pon rasa sakit! Sakit kuat jugak jek! 8O

Pengedar Shaklee semua Mata Duitan 8O

Produk Shaklee Menipu

Ini adalah antara set produk Shaklee yang dikatakan menipu dan tidak pon bertindak seperti mana yang diwar-warkan dan digembar gemburkan oleh pengiklan, peniaga dan juga rakan yang merupakan Shaklee Independent Distributor (SID) kepada customer.  Malah lebih pedih lagi resultnya tak seperti yang diharapkan oleh customer itu sendiri. Opkos lah customer tu marah. :evil:
>

Fahami Konsep Penyusuan Susu Ibu

Untuk pelanggan yang membeli Set Penyusuan untuk tambah susu ibu, beberapa konsep asas perlu difahami. Saya akui, meskipon kita di zaman teknologi yang mana semua orang pon boleh google dan facebook segala macam info, nyata masih ade lagi ibu bapa yang sebenarnya langsung tidak tahu kepentingan susu ibu dan apakah itu menyusukan bayi secara ekslusif dengan susu ibu. Apa yang saya perhatikan, bila sahaja lahir anak, ibu ni biasanya expect anak tu terus je pandai menyusu dan susu pulak melimpah ruah macam air terjun :roll:. Segala panduan tentang penyusuan susu ibu telah saya bincangkan di sini >> INFO Penyusuan Susu Ibu. Tinggal rajin tak rajin jek nak baca.

Antara konsep penyusuan susu ibu yang perlu diketahui adalah:

  1. Demand and supply,
  2. direct feeding,
  3. ibu makan makanan berkhasiat,
  4. ibu dalam keadaan sihat dan
  5. minum air yang cukup  (2-3 liter air masak sehari)

Tak tinggal juga doa untuk rezeki susu yang banyak. Tapi rata-rata customer banyak tak buat semua tu (malah tak nak mengaku pulak tu) dan banyak faktor luaran lain yang menjadikan penyusuan susu ibu menjadi sangat mencabar. Tapi seperti biasa, Shaklee jugak dipersalahkan. “Saya makan Set Tambah Susu ibu Shaklee, tak banyak pun susu!!” (bentak customer) huhuhuhu…….

>

Fahami Konsep Bakar Lemak dan Kuruskan Badan yang Betul

Ini pon salah satu set produk Shaklee yang sangat hot tapi meng”hot”kan orang pelanggan Shaklee jugak :mrgreen:. Mana taknya, pengedar Shaklee pon sebab nak jual cepat dan nak jual banyak, macam-macam set la keluar dalam iklan diorang. Antaranya, “Set Kurus Budget”, “Set Kurus Cepat Kurus”, “Set Kurus Shaklee yang Magik”…. hukaloh8O. Dan pelbagai lagi lah produk Shaklee yang di”kurus”kan. Hehehehehe.

Saya paham, memang ramai pengedar nak membantu ramai orang untuk menjadi kurus. Malah membantu juga untuk carikan set yang budget. Tapi dari situlah salah paham akan bermula. Terus terang saya cakap, makan Lecithin dan Alfafa Shaklee dalam masa sebulan memang takkan menurunkan berat badan sehingga 20 kilo sebulan. Sungguh tak tipu 8O.

Pertama sekali, kena pahamkan dulu bagaimana semua ini diambil kira semasa proses nak turunkan berat badan:

  1. Berat berapa
  2. Umur Pelanggan
  3. Menu makanan yang diambil selama ni
  4. Kalori intak setiap hari
  5. Fizikal aktif atau tidak (selalu bersenam atau tidak) dan bermacam macam lagi

Sedangkan menternak lemak pon mengambil masa berbulan-bulan (8 bulan naik sampai 9 kilo) tapi expect nak turun 15 kilo dalam 2, 3 bulan. Ia sangat tidak realistik. Memang tiada produk Shaklee yang boleh menguruakan badan sehingga begitu cepat. Malah ia amat bahaya. Konsep Shaklee adalah menurunan berat badan yang sihat, di mana nutrisi tubuh badan diperbaiki dari hari ke hari sehinggakan badan boleh metabolism dengan optimum. Dengan itu, barulah badan boleh membakar lemak juga dengan optimum. Malang sekali, customer tidak memahami konsep ini.

Keduanya, kena fahami fungsi setiap vitamin Shaklee dalam menguruskan berat badan. Lecithin bakar lemak? Tidak! Omega bakar lemak? Tidak! Lecithin? Alfafa? ESP? Cinch? Semua ini perlukan konsultansi yang betul dari pengedar Shaklee yang sememangnya komited dengan produk Shaklee yang menjadikan Shaklee sebagai kerjaya seumur hidup. Bukan untung sabut timbul untung batu tenggelam (read as: kejap jual Shaklee ada kejap jual benda lain. ops:lol: ).

<

Fahami Konsep Mengapa Kena Konsisten

Kena lah konsisten dengan apa yang disarankan oleh pengedar Shaklee anda. Shaklee bukat ubat. Itu pon customer dah salah paham. Customer selalu cakap, “Saya nak UBAT TAMBAH SUSU”“Saya nak UBAT KURUS”.. dan “Saya nak UBAT SAKIT LUTUT”. Shaklee bukan ubat. Shaklee adalah supplement, iaitu makanan tambahan yang ditambah ke dalam diet harian, yang mana kesan jangka masa panjangnya akan memperbaiki keseluruhan kesihatan kita. Bukan dalam sehari dua dan sembuh. tapi seriously memang customer banyak yang salah paham.

Sebagai contoh, pelanggan membeli Set Sendi Shaklee yang biasanya terdiri daripada AJHT, Omegaguard dan Ostematrix. Rata-rata customer yang mengambil produk ini adalah golongan ibu ayah kita berumur 40 an ke atas, dan biasanya dibelikan oleh anak-anak yang inginkan ibu ayah sihat. Biasanya mereka ini sakit lutut dan sendi pon dah lama, malah bertahun-tahun. Sendi dah bengkak, ligamen dah luka, otot pon dan bengkak.

Mereka ni golongan yang memang dah tak tahan sakit. Malah solat pon dah duduk, berjalan dua tiga langkah pon dah sakit sangat. Tapi memang saya paham, mereka ingin cepat sembuh. Shaklee tak menyembuhkan secepat 2,3 hari. Shaklee kena konsisten diambil. Berapa lama? Bergantung pada tahap serious sakit seseorang itu. Ada ibu ayah yang merasakan kesan Shaklee seawal 2,3 hari. Ada yang 2, 3 minggu dan ada yang berbulan-bulan. Bengkak terbentuk juga bukan dalam masa sehari, maka nak hilangkan radang dan bengkak juga bukanlah dalam masa sehari. Sekali lagi Shaklee disalahkan, Set Sendi Shaklee Menipu 8O

>

 

Pengedar Shaklee semua Mata Duitan ?8O

Pedih jiwa raga kami dituduh sebegini. Kami komited mencari rezeki dengan Shaklee. Dan kami belajar bermacam-macam kelas dan latihan untuk melengkapkan diri kami dengan ilmu nutrisi. Memang tak dinafikan ada je pengedar Shaklee yang mata duitan dan biarkan customer terkontang kanting. Percayalah, saya tidak begitu. Saya dan kumpulan kami akan menjada customer kami sebaiknya. Dan consult sebaiknya. Carilah pengedar Shaklee yang boleh berikan komitment yang tinggi kepada anda. InsyaAllah, anda akan rasa lebih sihat dan selamat dengan Shaklee. Lihat sahaja jadual di bawah. Setiap bulan pihak Shaklee akan menyediakan pelbagai jenis training kepada pengedarnya. Setiap bulan jadual ini akan keluar dan hanya pengedar Shaklee yang berdedikasi sahaja akan sanggup meluangkan waktu untuk pelbagai kelas yang disediakan Shaklee 8).

kelas Shaklee oktober 2014

Jadi bagaimana? Yakinkah anda dengan kami?

>

>

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE

<

1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee

>

<

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

 

Daftar ahli Shaklee

>

 

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge