Produk Putihkan Kulit Yang Anda Pakai Sebenarnya Bahaya

Disebabkan tindakan mencuba sebarangan produk di pasaran, gadis dalam video ini mengalami kerosakan muka dan kulit. Berhati-hati memilih produk.

Rawatan Putihkan Kulit

Mana-mana produk putihkan kulit, tak kiralah sama ada krim pencerah, ataupun, collagen putihkan kulit, ataupun pill putihkan kulit, semua ini sebenarnya berfungsi dengan mengurangkan penghasilan melanin dalam kulit. Biasanya rawatan putihkan kulit ini sebenarnya tujuan asalnya adalah untuk merawat mereka yang mempunyai masalah kulit seperti penuaan, parut jerawat dan juga warna kulit tak sekata disebabkan oleh penyakit atau pon penyakit hormon. Malang sekali banyak syarikat telah mengambil kesempatan dengan menawarkan rawatan putihkan kulit ini tanpa ada sebab yang relevan, selain dari nak cantik – tanpa memikirkan kesan sampingannya seperti kanser kulit, kerosakan hati, kerosakan buah pinggang dan juga keracunan merkuri. 

kesan Produk Putihkan Kulit

<

Kenapa Nak Putihkan Kulit?

Rata-rata nak putihkan kulit sebab nak nampak lebih cantik. Sebabnya warna kulit juga sememangnya macam agak racist jugalah. Kulit cerah lebih diminati dan tampak cantik berbanding kulit gelap. Kebanyakan krim pencerah kulit iaitu yang mengandungi hydroquinone telahpun diharamkan di negara barat, Australia dan Jepun. Walaubagaimanapun, di Asia seprti India, Singapore, Malaysia dan China menampakkan peningkatan jualan krim pencerah kulit sehingga 100% setiap tahun semenjak 5 tahun yang lepas. Dan jualan ke negara-negara ini adalah sangat memberangsangkan ! malah kalau diperhatikan kat Malaysia ni, ia dijual semurah RM 90 ke bawah untuk sebotol! 8O Menjadikan ramai pelanggan mampu membelinya tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang. 

>

Produk Pencerah Kulit Mengandungi Bahan Merbahaya!

Antara bahan yang terkandung dalam produk pencerah kulit adalah steroids, hydroquinone, and tretinoin yang mana kesan jangka masa panjang produk ini boleh menyebabkan pigmentasi kekal, kanser kulit, kerosakan hati,keracunan merkuri dan macam-macam lagi. Tapi nampak gayanya bila tengok banyak gila produk muncul di pasaran bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, kesedaran masayakat nampaknya sangat membimbangkan. Apa yang dilihat hanyalah nak instant result, tanpa memikirkan kesan jangka masa panjangnya memang akan menyebabkan kerosakan kekal. 

<

Ketahui Asas Kulit Sebelum Cuba Mana-mana produk pemutihan kulit 

Dalam kulit kita, ada pigment yang dinamakan sebagai Melanin yang dihasilkan kulit yang mana menentukan warna kulit semulajadi kita. Biasanya melanin ini amat tinggi pada mereka yang berkulit gelap dan agak rendah pada mereka yang berkulit cerah. Pigment juga memainkan peranan yang penting, iaitu memberikan perlindungan semulajadi kepada sinar ultra violet daripada matahari. Tanpa melanin ini, kulit adalah sangat sensitif kepada pembentukan kanser. (So siapa kulit gelap kena berbangga ada banyak perlindungan semulajadi):mrgreen:

>

Bagaimana Pula Produk Pemutihan Kulit Bekerja?

Ada 2 komponen utama yang biasanya dijumpai dalam produk putihkan kulit; iaitu Hydroquinone ataupun Mercury. Hydroquinone (C6H6O2) adalah sangat bertoksik dan merupakan bahan kimia yang berbahaya yang digunakan untuk memproses kodak gambar (yang gune filem tu). Merkuri pulak dalam bentuk Mercury Chloride & Ammoniated Mercury adalah sangat carcinogenic (penyebab kanser). Kedua-dua komponen ini sama fungsinya. Mula-mula ia akan mencerahkan kulit dengan mengurangkan penghasilan melanin semulajadi. Maka kulit akan jadi cerah.

Bila lama-lama ia digunakan, ia bertindak balas dengan sinar uv yang terkena pada kulit dan menyebabkan kesan pigmentasi (bintik-bintik hitam) dan juga kesan penuaan kulit yang tak matang (penuaan kurang sihat). Kesannya adalah keadaan kulit yang bertompok-tompok. Dan biasanya kesan ini adalah kekal selama-lamanya. Merkuri pula bertindak dengan berkumpul dalam kulit dan menipiskan kulit dan membuang melanin semulajadi yang terbentuk. Lama-kelamaan merkuri ini akan merosakkan organ-organ penting dalam badan seperti hati dan buah pinggang, serta keracunan merkuri.8O

Melasma kesan Produk Putihkan Kulit

<

Adakah Produk Pemutihan kulit ini dibenarkan untuk dijual?

Sekiranya kandungan Hydroquinone dalam sebarang produk putihkan kulit ini kurang dari 2%, ianya masih banyak dijual secara sah (meskipon di UK ia telah pon diharamkan). Sebabnya meskipon dosagenya kecik, ia sebenarnya mampu berkumpul di dalam kulit untuk jangka masa yang panjang. Tetapi disebabkan orang terlalu nak cerah dan obses sangat nak jadi putih, banyak jek produk putihkan kulit ni dijual di pasaran tanpa dipantau langsung. Malah ada yang lebih dari 6% kandungan  Hydroquinone dalam produk putihkan kulit ni. Sangat scary ok. 8O

>

Pengganti yang Lebih Selamat?

  1. Arbutin : Ia dianggap bahan yang selamat untuk kegunaan luaran sebab ia tidak mengandungi kesan sampingan, malah tidak berbau, tidak bertoksik seperti Hydroquinone.
  2. Vitamin C: Ini adalah vitamin yang membantu mengurangkan kesan penuaan. Ia menggalakan pembentukan colagen dalam kulit. Sayur-sayuran seperti Brokoli, kobis bunga, tomato adalah antara sayur yang kaya dengan vitamin C.
  3. Vitamin A: kalau kulit jenis berkerak dan kering, mungkin kurang Vitamin A la tu.  Siapa yang ada masalah jerawat juga sangat digallakan untuk mengambil Vitamin A. Vitamin A membantu membina kembali tisu kulit, malah ia membantu untuk memudarkan parut dan kesan kerosakan pada kulit. Sumber Vitamin A yang baik adalah telur, sayur hijau, susu, labu, hati dan sebagainya.
  4. Vitamin B: boleh boostkan peredaran darah dalam badan dan menjadikan kulit bersinar dan glowing. Sebab bila peredaran darah lancar, oksigen dapat diberikan secara optimum ke seluruh tubuh dan kulit. Makanan yang kaya dengan Vitamin B Complex adalah kuning telur, kekacang, dan kismis. Niacin dalam Vitamin B complex juga boleh membantu menghalang pembentukan jerawat. Antara makanan yang kaya dengan Niacin adalah tomato, brokoli dan juga lobak.

 >

Nak putih tu bukan tak boleh. Jika kulit sihat dan semulajadi, tentu ia sememangnya cantik. Oleh itu, untuk dapatkan kulit yang sihat, pastikan nutrisi tu cukup. Bukan semestinya kene wajib beli supplement atau vitamin pun. Tapi makanlah makanan yang berkhasiat. Kurangkan makan gula putih dan karbohidrat ringkas. Sekiranya anda ade masalah lain selain dari nak putihkan kulit seperti masalah jerawat, boleh lah hubungi saya untuk produk Shaklee yang bersesuaian. :D

Screenshot 2014-10-01 22.25.16

 

Berikut adalah Set Vitamin dan Set Luaran Yang beliau Ambil Untuk Mendapatkan Kulit Cantik, Gebu, dan Lebih Cerah. Pengambilan set adalah berdasarkan konsutansi. Kerana setiap kulit adalah unik dan setiap kes adaah berbeza.

Set kulit Cantik, Gebu dan Leih Putih

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE

<

1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee

>

<

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

 

Daftar ahli Shaklee

>

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge