Pengawalan Diabetes (Kencing Manis) Melalui Diet Harian

DIABETES, KENCING MANIS DAN DIET?

Diabetes adalah satu penyakit yang kronik yang berkaitan dengan level glukos yang tinggi di dalam darah. Terdapat dua mekanisma yang menyebabkan diabetes tu terjadi iaitu;

  1. Kurangnya pengeluaran insulin (yang dihasilkan oleh pancreas dan glukos darah yang rendah)
  2. Kurangnya sensiviti sel terhadap insulin

Selain daripada ubatan dan injek insulin, pengawalan DIET juga sangat penting untuk membantu mengawal level glukos yang baik dalam badan.

diabetes kencing manis cara kurangkan kencing manis dengan shaklee

JENIS DIABETES

  1. Jenis 1 (diabetes yang bergantung kepada insulin)
  2. Jenis 2 (diabetes yang tidak bergantung kepada insulin)
  3. Gestational Diabetes Mellitus

 

KAEDAH UNTUK MENGAWAL BACAAN GULA

  1. Pilih karbohidrat complex berbanding karbohidrat ringkas dalam pemakanan
  2. Makan mengikut jadual
  3. Amalkan diet yang seimbang
  4. Tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan fiber
  5. Jangan mengambil alcohol
  6. Makan diet yang bersesuaian ketika sakit
  7. Kawal jumlah makanan yang diambil jangan terlalu banyak
  8. Capai dan kekalkan berat badan yang ideal

 

Dengan mengambil jenis makanan yang betul sangant membantu mengawal level glukos dalam darah. Manakala musuh utama diabetes adalah karbohidrat. Tapi bukan semua karbohidrat memudaratkan. Karbohidrat tetap penting untuk badan dalam menghasilkan tenaga. Tanpa tenaga susah juga nak lawan penyakit kan? Terdapat tiga jenis karbohidrat yang pesakit diabetes harus tau dalam pengamalan diet seharian.

1)      Karbohidrat ringkas
Kumpulan makanan jenis ni tersangatlah perlu dielakkan oleh pesakit diabetes sebab ia adalah antara punca utama yang menyebabkan peningkatan glukos dalam darah seterusnya menjadi diabetes. Contoh makanan dari kumpulan ini adalah; gula (putih dan perang), madu, minuman glukosa, coklat, ais-krim, minuman ringan, minuman segera (3 in 1), jem, kaya, buahan dalam tin, kuih muih, susu pekat manis dan semua jenis makanan yang mengandungi gula.

2)      Karbohidrat Kompleks
Makanan dari kumpulan ini boleh diambil dengan kuantiti yang sederhana. Karbohidrat kompleks dicerna dan diserap secara perlahan-lahan dan ini membuatkan kandungan gula dalam darah tidak meningkat dengan mendadak. Kumpulan makanan jenis ini adalah bagus jika diambil secara sedikit tetapi kerap dan tidak sesuai diambil kuantiti banyak sekaligus walaupun untuk sekali makan. Contoh makanan dari jenis karbohidrat kompleks adalah; nasi (putih dan perang), roti putih, roti wholemeal, bijirin, mee, pasta, spageti, roti canai, tosei, capati atau makanan berasaskan tepung, kentang, keledek atau makanan berasaskan ubi.

3)      Karbohidrat Semulajadi
Makan dari kumpulan ni terbahagi kepada dua iaitu buah-buahan dan susu. Sesuai diambil dua kali dalam sehari.
BUAH – semua buah mempunyai kandungan gula jadi tidak digalakkan untuk diambil lebih daripada dua kali sehari. Buah mesti diambil dalam jumlah yang betul dan digalakkan ambil bersama hidangan utama berbanding jika dijadikan snek diluar waktu makan.
SUSU – digalakkan minum susu dua kali sehari sahaja dengan jumlah 240ml setiap hidangan. Lebih bagus jika meminum susu segar berbanding susu rendah lemak (susu yang telah ditambah gula) dan penuh krim (tinggi kandungan lemak).

 

Terdapat beberapa jenis makan dan minuman yang boleh diambil tanpa halangan iaitu;

  1. Semua jenis minuman yang tidak bergula
  2. Pewarna dan perasa makanan seperti cili, serbuk kari, rempah ratus, herba, lada hitam/putih dan cuka.
  3. Sayuran hijau (jenis berdaun)

<

TINGKATKAN PENGAMBILAN MAKANAN BERSERAT TINGGI

Makanan yang terbaik untuk pesakit kencing manis adalah yang mempunyai kandungan serat yang tinggi kerana ia membantu melambatkan proses penyerapan glukos dalam badan hasil dari makanan ke dalam darah seterusnya mengelakkan risiko peningkatan gula dalam darah secara mendadak. Kebanyakan makanan berserat tinggi mempunyai kandungan lemak yang rendah. Selain itu, makanan berserat dapat membuatkan kita rasa lebih kenyang dan penuh.

KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN BERLEMAK

Diet rendah lemak dapat membantu pesakit diabetes yang terlebih berat mencapai level glukos yang seimbang. Dengan cara menurunkan berat juga dapat membuatkan kandungan glukos dalam darah berkurangan ke level yang sesuai seiring dengan penurunan berat dengan syarat mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

TIPS UNTUK MENGURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK

  1. Ambil bahagian isi sahaja pada daging dan ayam
  2. Daging putih (ayam, itik, arnab, ikan) lebih rendah kandungan lemak berbanding daging merah (lembu, kambing, rusa)
  3. Pilih minyak sayuran dan margerin (dari minyak sayuran) berbanding ghee, butter (margerin dari susu lepa)
  4. Pilih susu segar atau susu skim berbanding susu penuh krim
  5. Gunakan susu segar berbanding santan dalam masakan
  6. Masak dengan cara yang lebih sihat contohya; stim, panggang, bakar, rebus dan goreng dengan sedikit minyak. Elakkan masakan yang goreng dengan minyak yang banyak contohnya pisang goreng, ayam goreng dan sebagainya.
  7. Kurangkan atau lebih baik elakkan makanan yang mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi seperti organ dalaman haiwan (hati, paru, perut), makanan laut (udang, sotong, kepah, kerang, kupang, ketam) dan juga kuning telur.

 

Kesimpulannya, diabetes atau kencing manis ni boleh dikawal dengan menjaga tabiat pemakanan. Kebanyakan pesakit tak sanggup untuk berpantang daripada mengambil makanan yang tidak sepatutnya diambil oleh pesakit diabetes, sehingga menyebabkan penyakit merebak dengan cepat. Terdapat pesakit yang mampu bertahan sehingga berpuluh tahun hanya dengan mengamalkan diet yang betul.

 

Makanan Yang Sesuai DImakan Oleh Pesakit Kencing Manis >> KLIK SINI

 

>

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE

<

1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee

 

Daftar ahli Shaklee

>

 

error: Content is protected !!