Pemakanan Semasa Berpantang Untuk Ibu Selepas Bersalin

02-postnatal-care-020911

Selepas selamat melahirkan anak, sudah tentu ibu bersalin rasa macam kalau boleh nak cepat-cepat jek balik ke berat asal kan? :mrgreen: Tapi harus diingat, lepas ibu bersalin, badan tu memang rasa amat letih, sakit sana sini. Maka, pemakanan semasa berpantang yang sihat amatlah penting supaya ibu cepat sihat dan boleh beri tumpuan sepenuhnya kepada bayi yang baru dilahirkan. Kurus tu akan datang seiring nanti. Tak perlu risau :D

Kalori
Jika ibu bersalin dan ibu berpantang ni memang sepenuhnya menyusukan anak, tak perlu risau sangat pun pasal kalori. Tak perlu nak pulun kurangkan pun. Sebab, untuk badan ibu menghasilkan susu yang cukup untuk bayi masing-masing, lebih kurang 500 kalori sehari digunakan tau. Hanya dengan penyusuan susu ibu, bayangkanlah kalau dapat turunkan beberapa kilo. Walla!!!! :lol:

Biasanya wanita biasa memerlukan 1,800 hingga 2000 kalori sehari untuk kekal sihat. 3500 kalori bersamaan dengan 1 pound berat badan. So, untuk turunkan 1 pound sehari, at least kena kurangkan kalori intake sebanyak 500 kalori sehari. Caranya sama ada bakar lebih banyak kalori ataupun kurangkan makananan berkalori tinggi. Contoh, hanya hadkan 1600 kalori setiap hari, dan bersenam untuk bakar 200 – 300 kalori sehari. Dengan itu, badan akan susut lebih kurang 1 – 2 pound seminggu. Oklah kan? Better sikit2, tapi sentiasa berkurang. Itu lebih selamat =)

Kumpulan Makanan
Pastikan makanan semasa berpantang adalah seimbang setiap hari, termasuk karbohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari, daging tanpa lemak, produk tenusu yang rendah lemak, protein, zat besi dan kalsium.

Air
Pastikan untuk minum air yang banyak, terutamanya jika ibu bersalin dan berpantang itu menyusukan anak. Kekal terhidrat membantu menghasilkan lebih banyak susu dan boleh membantu mempunyai lebih banyak tenaga. Ibu berpantang perlu minum kira-kira 3 hingga 4 liter air sehari. Air minuman juga boleh membantu Ibu berpantang berasa kenyang. Jadi, bila kenyang, tidaklah ambil makanan banyak-banyak kan?

Vitamin dan Suppelement
Doktor Hamid Arshat, dalam artikel nya ada menulis kenapa kita sebagai ibu bersalin perlu tahu kepentingan supplement dan vitamin. Antara nya :

Keadaan dan tahap kesihatan serta pemakanan ketika hamil dan melahirkan anak adalah penting dan mesti diberi keutamaan supaya proses pemulihan boleh berlaku dengan cepat. Jika seseorang wanita itu mengalami masalah kekurangan makanan dan keadaan kesihatannya tidak baik, nescaya proses pemulihan akan mengambil masa yang lebih panjang. Penting dinyatakan segala masalah kesihatan perlu diberi rawatan yang sewajarnya ketika wanita itu hamil. Penting juga baginya mendapat makanan yang seimbang khususnya makanan yang mengandungi lebih zat protein seperti daging, ayam, ikan, telur dan sumber makanan yang mengandungi banyak vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pil vitamin dan zat besi perlu dimakan ketika hamil untuk menentukan keadaan darahnya mencukupi.

Makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin perlu dimakan selepas ibu bersalin. Amalan pantang larang makanan perlu dielakkan kerana ini boleh menjejaskan proses pemulihan luka pada rahim dan pada saluran kemaluan. Begitu juga proses pemulihan.

Info lanjut boleh klik ke blog Dr Hamid Arshat

Macam mana? Masih ragu-ragu untuk mengambil vitamin sebagai untuk tingkatkan pemakanan semasa berpantang? Cubalah, anda pasti tidak merasa letih dan cepat sembuh berbanding tanpa bantuan vitamin dan supplement.

Tunggu Dulu!!

Tonton Video di Bawah, Bagaimana Seorang Peer Counselor Laktasi Terjebak Dengan Shaklee Sehingga Lebih Banyak Membantu Ibu Menyusu & Bersalin Yang Lain. Hanya di Group IbuCergas dan Ireach

 

<

Tonton Video di Bawah, Ibu Ini Fobia Untuk Bersalin Sehinggalah Beliau bertemu Set Bersalin Shaklee. Hanya di Group IbuCergas dan Ireach

>

 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

PAKEJ SET BERSALIN/ CONFINEMENT/ BERPANTANG SHAKLEE

 >

Nama: Mama Iman @ IbuCergas; ID Shaklee: 854292; Emel: ibucergas@gmail.com; Phone:  013-3355598

error: Content is protected !!