Pemakanan Ibu Bersalin & Penyusuan Susu Ibu

Pemakanan Ibu Bersalin

Penyusuan Susu Ibu dan Pemakanan Ibu Bersalin

Hebatnya ibu itu kerana sungguh mengkagumkan bahawa seorang ibu yang bersalin boleh menghasilkan kuantiti dan kualiti susu ibu yang sangat mencukupi buat bayinya yang baru dilahirkan. Walaubagaimanapun, pengambilan kalori perlu ditambahkan ke dalam diet pemakanan si ibu yang bersalin dan menyusukan anak tadi. Manakan sama kalori yang diperlukan oleh wanita biasa berbanding ibu bersalin yang menyusukan anak! Ini kerana kalori dan nutrien inilah yang diperlukan untuk mengekalkan kualiti susu ibu mereka.

Sudah tentulah pusing mana pun cara terbaik untuk mendapatkan kalori dan nutrisi yang diperlukan oleh ibu bersalin yang menyusukan adalah melalui pemakanan yang sihat, seimbang, termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran, protein, bijirin, sedikit lemak, dan kadang kala vitamin diperlukan untuk mencukupkan nutrisi yang ada.

<

Pengambilan Kalori Ibu Menyusukan Susu Ibu

Pengambilan kalori ibu yang menyusukan sebenarnya bergantung juga dengan beberapa faktor. Antaranya adalah seperti di bawah:

  • Faktor Berat
  • Faktor Umur
  • Faktor Ketinggian
  • Tahap kecergasan melakukan aktiviti harian

Sebagai contohnya, seorang ibu yang berumur 25 tahun, berketinggian 5 kaki 5 inci, dengan berat 83 kg dan tidak menyusukan, malah tidak aktif hanya memerlukan kira-kira 2190 kalori harian. Seorang ibu lain yang agak sudah berumur, dengan berat lagi kurang, dan lagilah tak aktif, memerlukan kalori yang lagilah kurang dari wanita tadi.

Tenaga dan keperluan nutrisi seorang ibu yang menyusukan bayi mereka adalah lebih tinggi daripada ibu yang tidak menyusukan. Dengan erti kata lain, seorang ibu yang menyusukan secara ekslusif memerlukan tambahan 400 – 500 kalori lebih tinggi daripada ibu yang tidak menyusukan untuk menyokong penghasilan susu ibu harian.  Lagi banyak susu yang dihasilkan, lagi banyak seharusnya pengambilan kalori si ibu. So, jumlah kalori seorang ibu yang menyusukan adalah lebih kurang 2690 kalori setiap hari.

<

 

<

Tonton Video di Bawah, Ibu Ini Fobia Untuk Bersalin Sehinggalah Beliau bertemu Set Bersalin Shaklee. Hanya di Group IbuCergas dan Ireach

>

Pengambilan Bendalir atau Air Ibu yang Menyusukan Susu Ibu

Seorang ibu menyusukan secara ekslusif biasanya menghasilkan kira-kira 750 ke 800 ml (lebih kurang 25 – 27 oz)  susu ibu sehari. Biasa sangat dah kita dengar yang ibu-ibu yang menyusukan ni supaya mengambil air sebanyak 2 hingga 3 liter sehari. Sebenarnya kalau si ibu membiarkan dirinya kehausan pun tidak menjadi masalah sebab tubuh ibu itu sendiri amat unik boleh tetap menghasilkan susu yang banyak walaupun dahaga (hari puasa contohnya). Malah kualiti susu ibu juga tidak banyak. Tapi, dah tentu sekali ada ibu-ibu yang tahan dengan kehausan ni. So antara tanda-tanda si ibu tadi kekurangan bendalir dalam tubuhnya adalah seperti warna urin yang pekat, jarang buang air kecil dan juga kekeringan mulut dan bibir.

<

Pengurangan Berat Badan Ibu Yang Menyusukan Susu Ibu

Memang biasalah kan bila dah bersalin tu, sedikit demi sedikit berat ibu akan berkurangan secara perlahan-lahan kembali kepada berat asal. Biasanya kalau si ibu kurang makan sekalipun, keupayaan ibu menyusu menghasilkan susu ibu itu tidak berkurang. Contoh terbaik ialah semasa bulan puasa.

>

Vitamin dan Mineral dan Pemakanan Yang Diperlukan Ibu Bersalin yang Menyusukan

Biasanya wanita sihat dan makan pemakanan yang sihat tidak menganbil vitamin tambahan dalam diet harian mereka. Berlainan pula dengan ibu yang menyusukan susu ibu. Sepatutnya semua wanita termasuk ibu yang menyusukan harus memastikan bahawa kalsium dan Vitamin D mencukupi dalam diet harian masing-masing.

Vegan contohnya – individu sihat tetapi tidak makan ikan, ayam, daging, dan produk tenusu memang seharusnya mengambil vitamin tambahan yang mengandungi Vitamin B12. Klik sini untuk Vitamin B-Complex terbaik.

Kalsium – Sama ada mengandung mahupun bersalin boleh menyebabkan pengurangan dalam ketumpatan tulang yang boleh menyebabkan osteoporosis di hari tua. Klik sini untuk info tentang Osteoporosis. So, seorang wanita dewasa seharusnya memastikan pengambilan kalsium harian sebanyak 1000 mg.

Sumber utama kalsium dalam diet adalah susu, keju, yogurt dan sayur-sayuran hijau seperti sawi. Kita sendiri tahu berapa banyak pengambilan kalsium harian kita. So, kalau rasa-rasa memang macam tak cukup 1000 mg sehari tu, kalsium tambahan memanglah amat diperlukan. Ostematrix amat membantu.

Vitamin D – Penyerapan kalsium banyak bergantung kepada paras Vitamin D dalam tubuh. Samaada menyusukan ataupun tidak, seorang wanita memerlukan 600 IU Vitamin D setiap hari. Susu adalah sumber terbaik kepada Vitamin D, iaitu lebih kurang 100 IU untuk setiap 250 ml susu. Sebab itulah Ostematrix Shaklee membekalkan 100 IU Vitamin C untuk setiap tablet 250 mg kalsium.

<

Kesimpulan

So, ibu menyusu ke, tak menyusu ke, semua wanita sepatutnya memastikan pengambilan pemakanan harian adalah seimbang dan mencukupi nutrisi yang diperlukan oleh setiap wanita. Dengan cara hidup zaman sekarang ni yang semua pun nak cepat, biasanya pemakanan seimbang dah pun diketepikan. Malah, dengan teknologi pertanian sekarang ni, betul ke kita yakin yang nutrisi daripada hasil pertanian tu mencukupi. Belum ditambah lagi dengan teknik memasak yang tidak betul. Maka, pengambilan vitamin dan supplement tidaklah salah, malah ianya sangat membantu meningkatkan taraf hidup kita berbanding mereka yang tidak mendapat vitamin dan supplement yang mencukupi.

Sudahkan anda mengira nutrisi anda hari ini? Usah nafikan hak tubuh anda ya.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

 

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA

 >

Nama: Mama Iman @ IbuCergas; ID Shaklee: 854292; Emel: ibucergas@gmail.com; Phone: 013-3355598

 

error: Content is protected !!