Patah Tulang Boleh Berpunca dari Osteoporosis Tanpa Disedari

Ramai orang memang selalu dengar pasal Osteoporosis, tapi tak ramai pun yang ambil endah. Ramai jugak yang sedar-sedar bila makin berusia, eh kenapa ketinggian badan makin rendah. Biasa kan kita tengok nenek-nenek dan atok-atok kita makin lama makin pendek la pulak.

Kita anggap biasa, sedangkan ia boleh dielakkan. Sakit Osteoporosis sebenarnya sangat menyiksakan. Tanpa sedar pulak tu. Kita akan anggap, alaaaaa biasalah sakit tua. Tapi kan seronok kalua tua-tua pon kita masih mampu menjalani kehidupan aktif dan cergas?

Apa tu Osteoporosis?

Osteoporosis ni merupakan keadaaan di mana tulang kita ni kehilangan kepadatan. Tulang tak lagi kukuh. Tulang ada banyak rongga-rongga kosong yang mana sangatlah senang untuk tulang ni patah bila dikenakan tekanan walau sikit pon.tulang rapuh osteoporosis

Siapa yang selalu kena Osteoporosis?

Biasanyalah, ia berlaku pada warga emas, tapi kalau kita tak jaga pemakanan, seawal 30 an dah boleh dah rasa sebenarnya tanda-tanda kurang kalsium ni. Saya sendiri pernah mengalami critical calcium deficiency masa umur 26 tahun melahirkan anak, sehingga doktor bekalkan saya dengan high dosage calcium >> Ceritanya di SINI.

Osteoporosis lebih senang berlaku pada perempuan compare dengan lelaki, sebab perempuan ada proses mengandung dan menyusukan anak. Lagi pulak, perempuan ni  ada fasa menopaus. Bila dah menopaus, badan tak dapat lagi gantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.

Perasan kan bila perempuan dah menopaus ni selalu sakit pinggang? (Tapi lepas tu dikatanya salah sebab ambil epidural dan juga pantang tak betul). Heheheheehheh:mrgreen:

Apa Yang teruk sangat dengan Osteoporosis ni?

Ia teruk! Tapi masalahnya ramai tak sedar ia teruk! Sebenarnya apabila usia kita meningkat, semua kita ni akan mengalami kekurangan kepadatan tulang. Bila tulang kurang padat, ini beksud tulang makin nipis. Tulang ni akan jadi rapuh dan mudah patah. Bahagian tulang yang paling senang patah bila rapuh adalah tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.

Tanda-tanda Osteoporosis

Osteoporosis ni tak datang dengan tiba-tiba. Sebab tu ramai tak aware pasal Osteoporosis dan ramai tak jaga pemakanan untuk cegah Osteoporosis masa tengah muda-muda. Bila dan tua kena Osteoporosis, masa tu dah agak terlambat.

Osteoporosis ni ambil masa bertahun sebelum jadi. Tapi, peringkat awal Osteoporosis ni, boleh rasa kalau ada rasa sakit sendi, susah nak berdiri lurus atau duduk. Tanda teruk adalah bila mana ada patah tulang tiba-tiba bila terhentak atau terjatuh.

Faktor-faktor yang Meningkatkan Risiko Menghidap Osteoporosis

Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko untuk kita mendapat steoporosis dan perempuan berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopaus. Wanita berisiko tinggi apabila :

  1. Mengalami menopaus awal sebelum umur 45 tahun.
  2. Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun, terutama jika ovari dibuang sekali.
  3. Tidak datang haid dalam jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan hormon lelaki , iaitu testosteron juga menolong menjadikan tulang sihat. Lelaki menghasilkan hormon secara berterusan walaupun usia lanjut, tetapi berisiko mendapat osteoporosis jika paras hormon rendah.
  4. Penyakit yang menjejaskan penghasilan hormon boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon wanita, estrogen dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproseskan mineral seperti kalsium.

osteoporosis_fig01

1100 Orang Mati sebab Patah tulang peha akibat Osteoporosis >> Berita di SINI

Osteoporosis boleh tercetus oleh masalah hormon, termasuk :

  1. Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif).
  2. Gangguan kelejar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis.
  3. Kurang pengeluaran hormon seks ( estrogen dan testosteron).
  4. Gangguan di kelenjar pituitari dan,
  5. Kencing manis.

Fakta-fakta lain yang akan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis termasuk:

  1. Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa).
  2. Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti terlantar di katil.
  3. Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
  4. Gangguan penyerapan seperti ‘ Coeliac disease’ dan Crohn’s disease.
  5. Penggunaan ubat korti kosteroid pada dos yang tinggi bagi tempoh yang lama (selalunya digunakan bagi rawatan arthritis dan asma) boleh memberi kesan kepada kekuatan tulang.
  6. Kekurangan kalsium .
  7. Paras vitamin D rendah.
  8. Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan)

Apa yang Perlu Dilakukan Untuk Kurangkan Risiko Osteoporosis?

Kalsium dan vitamin D tambahan amat penting sama ada untuk untuk lelaki ataupun wanita bagi mengelakkan risiko kepatahan tulang pinggul. Pengambilan kalsium yang mencukupi dalam pemakanan semasa kita muda sangatlah penting bagi mengurangkan risiko terutama wanita. Kita memerlukan 1000mg kalsium setiap hari iaitu bersamaan dengan 4 gelas susu. Sekiranya kita tidak mendapat kalsium yang cukup dalam pemakanan harian tanyalah doktor untuk mendapatkan nasihat pengambilan supplemen kalsium sebagai alternatif.

Kelebihan Ostematrix Kalsium Shaklee Berbanding Jenama Lain

Kenapa Wanita Lebih Mudah Kena Osteoporosis?

Ostematrix – Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis

 

Rujukan:

  1. http://www.myhealth.gov.my/kalsium-oral/http://www.myhealth.gov.my/osteoporosis-2/
  2. http://www.myhealth.gov.my/tulang-rapuh-osteoporosis/
  3. https://www.iofbonehealth.org/sites/default/files/media/PDFs/Regional%20Audits/2013-Asia_Pacific_Audit-Malaysia_0_0.pdf
  4. http://www.moh.gov.my/attachments/7513.pdf
  5. http://www.dailymail.co.uk/health/article-2053093/Osteoporosis-kills-1-100-month-causes-millions-needless-agony.html
error: Content is protected !!