Panduan untuk Pesakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

Merupakan penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruam sistem pertahanan tubuh (autoimmune disease). Sistem pertahanan tubuh adalah merupakan rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh dari jangkitan kuman dan penghasilan antibodi. Namun bagi pesakit SLE, kecelaruan sistem antibodi ini menyebabkan ia menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh diserang, mengakibatkan gejala yang berbeza-beza bergantung kepada organ terlibat.

M– Malar rash – iaitu tompok kemerahan yang berbentuk seperti rama-rama dan terjadi di kawasan wajah. Malar rash ini juga boleh muncul jika terkena sinaran matahari.

<

Jenis-jenis Penyakit Lupus

1) Discoid Lupus Erythematosus (DLE)

  • Melibatkan kulit sahaja
  • tidak melibatkan organ lain

2) Systemic Lupus Erythematosus

  • Melibatkan organ-organ badan
  • Lebih serius dan boleh membawa maut sekiranya tidak dikawal

<

Statistik

  • Penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9:1
  • di Malaysia, dalam anggaran 11,000 pesakit SLE terutamanya dalam kalangan wanita berusia 15-45 tahun tanpa mengira kaum.

<

Punca Penyakit SLE

Masih tidak diketahui. Namun ada beberapa teori yang dikaitkan dengan SLE seperti:

  • Jangkitan virus
  • Hormon
  • Faktor persekitaran
  • Genetik

<

Tanda dan Gejala

Anda mungkin menghidap SLE jika mengalami gejala berikut:

  • Ruam pada kulit muka dan badan
  • Kemerahan kulit apabila terdedah kepada cahaya matahari
  • Ulser mulut
  • Kesakitan dan keradangan sendi
  • Demam berlarutan
  • Kelesuan
  • Keguguran rambut berlebihan

 

Discoid Rash

<

Jika keradangan organ berlaku anda mungkin mengalami gejala di bawah ini

  • Pucat ataupun lebam pada kulit
  • Kencing berbuih, bengkak kaki dan sekitar mata
  • Sawan, angin ahmar ataupun psikosis
  • Susah bernafas
  • Berdebar-debar

<

Diagnosa

Pesakit SLE boleh disahkan berdasarkan gejala-gejala yang dialami serta ujian di makmal. Gejala ini mungkin tidak berlaku serentak dan anda perlu memberitahu doktor yang merawat tentang gejala yang pernah anda alami.

>

Rawatan SLE

Ubat-ubatan mengikut keperluan:

  1. Non steroid anti-inflamatory drugs (NSAIDs) – untuk melegakan sakit otot dan radang sendi
  2. Hydroxychloroquine (antimalaria) – selain merawat masalah sendi dan kulit, ia juga menolong mengawal aktiviti penyakit. Penting untuk semua pesakit SLE dan ia ubat yang peru diteruskan seumur hidup jika tiada masalah ketika pengambilan.
  3. Steroid – membantu mengurangkan keradangan dan tindak balas pertahanan badan
  4. Imunosupresif – membantu mengurangkan keradangan dan tindak balas pertahanan badan

<

Panduan Untuk Pesakit SLE

  1. Diet
    • Makan makanan seimbang dan berkhasiat
  2. Senaman
    • Dapat membantu melancarkan pergerakan sendi
    • Elakkan melakukan senaman yang lasak
  3. Stress
    • Tangani stress untuk mengelakkan penyakit menjadi aktif
    • Sentiasa berfikiran positif
  4. Perlindungan Kulit
    • Memakai krim perlindungan SPF > 30
    • Menggunakan payung, topi, kaca mata gelap atau baju lengan panjang bagi mengurangkan pendedahan pancaran matahari
  5. Ubat-ubatan
    • Makan ubat mengikut arahan dan jangan berhenti tanpa arahan doktor
    • Elakkan ubat-ubat alternatif kerana dikhuatori interaksi antara ubat boleh berlaku
  6. Rawatan Susulan
    • Patuhi jadual susulan yang ditetapkan

 

 

 

 

Rujukan:

http://www.lupusmalaysia.org/bm/panduan-pesakit/slepanduan-untuk-pesakit

Keratan rentas pamplet Unit Rheumatology KKM

 

 

[1] https://vitamin.ibucergas.com/category/vitamin-untuk-ibu-bersalin/
[2] https://vitamin.ibucergas.com/set-bersalin-shaklee-alahai-murahnya-harga/
[3] https://vitamin.ibucergas.com/harga-set-menyusu-shaklee-amat-berpatutan-juga/
[4] https://vitamin.ibucergas.com/cara-berhenti-merokok/
[5] https://vitamin.ibucergas.com/derita-sakit-bengkak-tonsil-ubat-sakit-tonsil-semulajadi/
[6] https://vitamin.ibucergas.com/cara-hilangkan-gelgata-kaligata-atau-urtikaria-urticaria-atau-hives/

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge