Meningkatkan Kesuburan dan Mengelakkan Keguguran

Selamat Pengan Baru buat yang pengantin baru! Selamat Pengantin Lama untuk yang dah lama kahwin =D. Masih mencari-cari cara untuk mendapatkan anak atau menambahkan lagi anak? Mari kita lihat strateginya.

 

Kesuburan
Sejak lebih dari 20 tahun lepas lagi, masalah kesuburan ni makin hari makin meningkat. At least 25% pasangan yang merancang untuk mendapatkan anak mempunyai masalah untuk mengandung. Dan dari hari ke hari makin ramai pasangan yang berjumpa dengan pakar kesuburan untuk konsultancy dan perubatan untuk masalah ini. Meskipun begitu, ramai juga pasangan yang tidak berkahwin suka hati je nak buang anak. MasyaAllah. Ok, itu bukan yang saya nak focus. Yang saya nak focus ialah permasalahan kesuburan bagi pasangan sah berkahwin sahaja ya.

Antara masalah yang dihadapi pasangan yang ingin mendapatkan anak adalah:

  • 20% masalah ovary (termasuk Polycystic Ovary Syndrome
  • 15% kerosakan tubal (Tiub fallipio)
  • 5% Endometriosis
  • 26% masalah kesuburan dari pihak lelaki
  • 30% yang tidak diketahu asbab-musababnya (mungkin bukan lagi rezeki)

Antara perubahan yang mudah yang boleh dilakukan oleh kedua-dua pasangan adalah seperti berikut:

DIET
Kedua-dua pasangan yang ingin mendapatkan anak haruslah mempunyai tabiat makan yang sihat. Ramai orang tak aware atau ambil perhatian yang sebenarnya pemakanan amatlah penting untuk kehamilan dan bayi yang sihat. Pemakanan yang tak sihat boleh mempengaruhi hormone menjadi tak seimbang, malah ada juga makanan yang sebenarnya boleh mengurangkan kesuburan. Malang sekali ramai yang tak aware tentang ini.

 

ALCOHOL
InsyaAllah kalau muslim memang tak terlibat la dalam pengambilan alcohol ni. Suprisingly alcohol bukan sahaja affect si ibu yang bakal mengandung. Malah ia juga affect pada bakal si bapa sebelum process conceive tu berlaku. Mengapa? Sebab alkocol ni ada ability untuk mengurangkan kuantiti sperma. Tambahan pula, alcohol ni akan mengganggu proses penyerapan nutrient seperti zinc yang mana zinc ni amat penting untuk kesuburan lelaki.

 

KAFEIN
Banyak dah bukti yang kafein terutamanya daripada kopi boleh mengurangkan kesuburan. Minum satu cawan kopi sehari dah cukup untuk mengurangkan separuh peluang conceive. Antara kajiannya mengenai kafein ni berkait rapat dengan sperma, sama ada bilangan sperma, kekuatan sperma untuk bergerak dan keabnormalan sprema itu sendiri. Semakin banyak kopi yang diminum, semakin tinggi kurang sihat sperma itu nanti. Malah, ada pendapat yang menyatakan bahawa jikan ingin mendapatkan anak, bukan sahaja wanita perlu mengurangkan minum kopi, malah lelaki juga patut mengurangkannya juga. Paling kurang pon beberapa bulan sebelum nak try conceive tu.

 

ROKOK
Merokok memang langsunglah tak kena dengan ibu yang mengandung. Selain membawa risiko kepada bayi yang bakal dikandung, merokok juga boleh mempercepatkan proses menopous berlaku. Untuk lelaki, merokok mengurangkan jumlah sperma dan mencacatkan sperma. Semakin banyak rokok, semakin kurang suburlah anda. Hati-hati ya!

Ok, jom cerita pulak jenis vitamin dan supplement yang boleh tingkatkan kadar kesuburan sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Fungsi vitamin dan supplement ni sebenarnya mampu mengawal hormone kita supaya lebih stabil, meningkatkan kadar kesihatan lelaki dan wanita ke tahap optimum. Justeru, meningkatkan kebarangkalian untuk mengandung.

Selebihnya, berserah kepada tuhan untuk menentukan rezeki. InsyaAllah.

ASID FOLIK
Asid folik memang dah terbukti sangat mempengaruhi keadaan bayi yang dikandung malah sehingga 70% dapat mengurangkan risiko untuk bayi menghidap Spina Bifida. Sebab tulah kita digalakkan untuk mengambil Asid Folik beberapa bulan sebelum nak conceive. Bukan setakat Asid Folik je yang penting sebenarnya. Malah vitamin-vitamin dalam kumpulan Vitamin B Complex adalah vitamin yang dapat memperbaiki sel genetic DNA dan RNA. Sebagai contohnya, Vitamin B12 membantu Asid Folik untuk memastikan genetic code untuk bayi adalah sepadan dan sempurna. So, bukan setakat dok nak increase Asid Folik je. Pengambilan vitamin B yang lain adalah sama penting.

ZINC
Zinc adalah antara nutrient ang paling dikaji bila kita masuk bab-bab kesuburan ni. Sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Ia juga merupakan antara nutrient asas yang penting dalam pembentukan genetic tubuh badan. Kekurangan zinc boleh menyebabkan perubahan kromosom sama ada untuk lelaki mahupun wanita, lalu menjadi asbab-musabab kurang kesuburan dan meningkatkan risiko untuk gugur. Zinc amat penting untuk tubuh mengoptimumkan hormone-hormon kesuburan, iaitu hormone estrogen dan progestron.

Untuk lelaki, zinc ditemui dalam air mani yag kaya dengan sperma. Zinc diperlukan untuk membentuk lapisan luar sperma dan ekor sperma itu sendiri. Penting untuk sperma, bermaksud, penting untuk bayi jugalah kan. Yang paling menarik, ada kajian yang cuba untuk kurangkan zinc dalam pemakanan lelaki, sebenarnya betul-betul effect pada bilangan sperma lelaki terbabit.

SELENIUM
Selenium adalah bahan antioksidan yang membantu menolong untuk menghalang sel tubuh badan dari sebarang tindakan kimia radikal-radikal bebas. Selenium boleh mencegah kronosom dari terpecah belah, iaitu sebab yang menjadikan bayi cacat dan keguguran. Level selenium yang baik juga membantu pembentukan sperma yang sempurna. Malah, kajian menunjukkan bahawa kadar selenium yang rendah dijumpai dalam air mani yang rendah bilangan spermanya.

 

VITAMIN E
Vitamin E pun merupakan antioksidan yang meningkatkan kesuburan pada lelaki dan wanita. Lelaki yang manjalanai IVF Treatment (Rawatan Kesuburan In Vitro) yang mengambil Vitamin E berjaya meningkatkan tahap kesuburan dari 19% kepada 29%.

VITAMIN C
Vitamin C pun adalah antioksidan juga. Vitamin C membantu meningkatkan kualiti sperma, dan melindungi DNA dari rosak.  Vitamin C juga mengurangkan risiko sperma untuk berkompol, lalu meningkatkan kadar pergerakan dan keaktifan sperma untuk berenang.

 

Jadi, adalah lebih baik untuk menjaga pemakanan yang seimbang dan pastikan at least nutrient yang paling asas-asas ni benar-benar dijaga untuk mendapatkan tahap kesuburan yang optimum.

Kami di Shaklee boleh mencadangkan pengambilan Vitamin C, Vitamin E, Vitamin B Comnplex dan Zinc untuk tahap kesuburan yang optimum baik untuk lelaki mahupun wanita.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE

 >

Nama: Mama Iman @ IbuCergas; ID Shaklee: 854292; Emel: ibucergas@gmail.com; Phone: 013-3355598