Mengantuk? Try “Coffee + Nap” – Minum Kopi Dan Tidur!

Coffee Nap lepas tu segar bugar!!! Serious ia memang berkesan untuk saya ??. Menjadi mak kepada 3 anak, memang pengalaman yang happy tapi seriously sangat lah letih. Tengah hari di opis wajib lah saya nap sekejap. Huuu.. memang tak dapat bersosial dengan kawan-kawan sebab nak nap, nak pump susu, nak solat, dan lunch! Sejam cukup? Memang tak cukup!

Tapi lagi tak best kalau nap tu sendiri tak berkesan. Alamatnya petang selepas balik ambil anak kat nursery, akan jadi sangatlah  mengantuk, semasa driving. Sangat bahaya ok. So tetiba tergoogle pasal Coffee Nap ni. Iaitu, minum  kopi dulu, pastu Nap! Haaa… dua-dua pon benda yang seronok untuk saya.

Dah lah suka coffee..

Suka Nap pulak..

Ahahaha…?

Coffee Naps 101 – Persoalan-persoalan tentang Cofee Nap

Macam  mana nak buat? Minum kopi, lepas tu tidur 20 minit. As simple as that. InsyaAllah akan jadi segar bugar dan  memang ada kajian saintifik mengenainya.

Pelik? Memang pelik sebab selalunya dulu-dulu bila mengantuk, kita minum kopi untuk hilangkan rasa mengantuk. Tapi konsep yang ini pula adalah, bila mengantuk, kita minum kopi dan terus tidur.

Ok jom tengok dari segi penjelasan sainsnya pulak macam mana.

Coffee Naps: Powered By Science 

Bila kita minum minuman yang berkafein, minuman tu akan masuk ke usus kecil dan diserap ke dalam salur darah kita. Kafein ni nanti akan block kan Adenosine pada receptor dalam otak, iaitu sebatian kimia yang ada dalam otak yang menyebabkan kita rasa mengantuk. Adenosine ni yang slow down kan aktivity dalam otak kita. Jadi, otak “suruh”  kita tidur. Bila tidur, Adenosine hilang, dan kita segar.

Kalau kita tak tidur dan bila kita minum kopi, instead of Adenosine yang sampai ke receptor, kafein sampai dulu maka kita jadi tak mengantuk. Itu lah sedikit sebanyak teori kenapa “minum kopi boleh jadi segar” [1]

So, apa kaitan pulak dengan tidur pulak 20 minit?

Bestnya Coffee Nap ni pulak ialah, dengan tidur dulu, Adenosine akan hilang dari otak secara natural. Kafein pulak dari saat kita minum sampai la ke receoptor otak, memang ambil masa. Jadinya, sementara nak tunggu kafein tu sampai ke receoptor otak, TIDUR lah dulu. Bila Adenosine memang betul-betul dah hilang sebab kita tidur tadi, sampai jek kafein kepada receptor otak, memang jadi lagi lah sangat clear dan sangat segar bugar. Seolah-olah memang receptor dan sedia sangat-sangat nak terima kafein sebab Adensine dah tak ada naturally [2].

It’s like rolling out a welcome mat just for your coffee.  What could be better?

Nak kene tidur macam mana? Macam mana pulak kalau tak biasa Nap?

Bukan semestinya kene tidur betul-betul  untuk Coffee Nap ni. Tidur-tidur ayam  pon ok sangat dan effective jugak [3], tapi amatlah penting untuk tidur jangan lebih dari 20 minit sebab bila lebih 20 minit, kita akan berada dalam keadaan Sleep Inertia, dan lagi susah lah nak bangun. Dan untuk effective Coffee Nap ni, kita kenalah bangun by the time kafein tu sampai ke receptor otak [4]. Barulah kita akan segar bugar.

Betul ke berkesan?

Scientists dah pun buat kajian pasal benda ni. Boleh rujuk pada kajian [5-7] di mana “Coffee + Nap” lagi berkesan berbanding “Coffee Sahaja” dan “Nap Sahaja”.

Tak salah nak try. Jom!

Saya suka Coffee!?

Saya suka Nap!?

Rujukan:

  1. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20164566Caffeine and Adenosine.
  2. http://healthysleep.med.harvard.edu/healthy/matters/benefits-of-sleep/why-do-we-sleepWhy Do We Sleep, Anyway, Harvard Medical School.
  3. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9401427Suppression of sleepiness in drivers: combination of caffeine with a short nap.
  4. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12531174Sleep Inertia.
  5. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9401427Suppression of sleepiness in drivers: combination of caffeine with a short nap.
  6. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8936399Counteracting driver sleepiness: effects of napping, caffeine, and placebo.
  7. http://www.clinph-journal.com/article/S1388-2457(03)00255-4/abstractThe alerting effects of caffeine, bright light and face washing after a short daytime naps.
  8. https://www.youtube.com/watch?v=CaI5LWj6ams
  9. http://www.huffingtonpost.com/2014/09/03/coffee-sleep-power-naps-science_n_5753360.html
error: Content is protected !!