Masalah Kesuburan Wanita

Dalam entri kali ini, saya terangkan secara general tentang masalah kesuburan wanita ya :D. Antara masalah yang dihadapi wanita adalah:

  1. Endometriosis
  2. Masalah ovulasi
  3. Sindrom Polycystic ovari
  4. Faktor tiub Fallopio
Kira-kira 10% pasangan suami isteri mempunyai masalah untuk mendapatkan cahaya mata. Daripada peratusan itu, 30% adalah disebabkan oleh ketidak suburan si isteri dan 30 % lagi masalah ketidak suburan sang suami. Selebihnya adalah merupakan faktor-faktor luar yang melibatkan kedua-dua belah pihak, mahupun qada’ dan qadar yang Allah dah tetapkan :-)
<

Kalau lah sepasang suami isteri ini sudah berkahwin lebih dari setahun dan sememangnya merancang untuk mendapatkan anak (tidak memakai sebarang alat pencegah kehamilan), tetapi tidak juga berjaya hamil @ mengandung, mungkin pasangan ini perlu berjumpa dengan doktor  untuk at least buat medical checkup manalah tahu kot-kot ada masalah yang berkaitan dengan kesuburan.

Jom tengok sedikit sebanyak punca ketidaksuburan pada wanita. Lainkali kita lihat pulak punca ketidaksuburan pada lelaki pula.

<

1. Endometriosis

Definisi Keadaan di mana tisu yang sepatutnya terdapat dalam lapisan rahim di bahagian dalam (dipanggil tisu endometrium), tumbuh pulak di luar rahim, biasanya dalam rongga abdomen-pelvik (rujuk Rajah 1 di bawah)
Tanda-tanda @ Simptom Sesetengah wanita tidak mempunyai gejala, tetapi ada yang merasakan tempoh haid yang mana menyakitkan mahupun pun kesakitan semasa menjalankan hubungan seksual.
Rawatan Sama ada membuat pembedahan untuk membuang tisu endometrium, menggunakan ubat kesuburan atau dengan menggunakan permanian beradas.
Kadar Kejayaan Rawatan 40 peratus daripada wanita hamil (sama ada secara semulajadi atau dengan rawatan) selepas pembedahan dijalankan.

Rajah 1

>

2. Masalah Ovulasi

Definisi Kes di mana telur lambat atau tidak matang di dalam ovari (rujuk Rajah 2)
Tanda-tanda @ Simptom Tidak datang haid, atau tidak mempunyai kitaran haid yang teratur, atau juga haid yang berpanjangan.
Rawatan Ubat kesuburan, atau menggunakan teknik IVF
Kadar Kejayaan Rawatan Ubat kesuburan biasanya meningkatkan pengeluaran folikel telur. Apabila digabungkan dengan permanian beradas, kadar kejayaan untuk hamil meningkat sehingga 9 – 15%

Rajah 2

>

3. Sindrom Polycystic ovari (PCOS)

Definisi Sindrom ovari polisistik (PCOS) adalah satu keadaan di mana folikel kecil di ovari tidak berkembang menjadi folikel yang lebih besar, matang yang melepaskan telur. Ia juga disifatkan oleh ketidakseimbangan hormon dan corak ovulasi tidak menentu. (rujuk Rajah 3)
Tanda-tanda @ Simptom Haid yang tidak teratur, pertumbuhan rambut yang berlebihan, jerawat, hormon yang tidak stabil dan obesiti.
Rawatan Ubah cara hidup yang sihat (seperti diet dan senaman), ubat kesuburan dan IVF.
Kadar Kejayaan Rawatan Ramai pesakit yang berjaya mengurangkan berat badan sehingga 5 -10 peratus daripada berat badan mereka akan mula berovulasi dengan kerap.

Rajah 3

>
4. Masalah Tiub Fallopio

Definisi Tiub Fallopio tersumbat atau tiub fallopio yang rosak boleh menghalang sperma pasangan daripada sampai ke telur dan juga menhalang telur daripada disenyawakan serta berpindah ke rahim. Punca adalah mungkin disebabkanb oleh radang pelvik, dan jangkitan kelamin (seperti chlamydia).
Tanda-tanda @ Simptom Tiada
Rawatan Pembedahan untuk membuka tiub Fallopio, dan IVF jika tiub terlalu rosak teruk untuk membaiki.
Kadar Kejayaan Rawatan 5-60 peratus – bergantung kepada lokasi dan kadar kerosakan tiub yang tersumbat dan jumlah tisu parut yang terbentuk selepas pembedahan. Pasangan yang cuba IVF mempunyai kira-kira  10 hingga 40 % untuk mendapatkan anak melalui IVF, bergantung juga kepada umur mereka.

<

Koleksi Testimonial Set Kesuburan Lelaki Shaklee

dan 

 Cara Tambah Sperma Suami 

 

 

Shaklee dah 20 tahun di Malaysia. Disahkan halal dan diiktiraf KKM dan badan Islam disahkan JAKIM. Cubalah. Pasti tak menyesal 8)

>

KOLEKSI TESTIMONIAL SET KESUBURAN SHAKLEE

>

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA RUNCIT (RETAIL) SHAKLEE

>

Nama: Mama Iman @ Farha @ IbuCergas

Emel: ibucergas@gmail.com

Phone/message/wassap: 013-3355598

<

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

 

 

error: Content is protected !!