Makanan Yang Patut Dielakkan Jika Ada Gout

Apa itu Gout?

Gout ni adalah sejenis arthritis (iaitu pembengkakan sendi-sendi). Ia sangat sakit, kadang rasa macam terbakar, kadang rasa macam kebas-kebas, kadang rasa macam tegang-tegang dan bengkak teruk di bahagian sendi-sendi. Paling ketara di bahagian Big Toe Joint (tengok gambar di bawah).

download-1

Sakit gout ni bukan lah sentiasa hari-hari sakit. Kesakitan ni datang berepisod-episod. Sakit ni takkan baik selagi masalah gout itu sendiri tak diselesaikan. Bengkak sendi ni boleh menyebabkan sendi, tendon, dan tisu-tisu menjadi rosak. Dan biasanya gout lebih cenderung menyerang lelaki berbanding perempuan.

Apa Penyebab Gout?

Gout ni berpunca sebab terlalu banyak uric acid dalam darah. Bila mana uric asid ni terlalu banyak, ia menyebabkan terbentuknya crystal-crystal di antara sendi. Uric asid ni sebenarnya bahan buangan yang sepatutnya ditapis oleh buah pinggang. Jadi, bila mana terlalu tinggi uric asid ni, bukan sahaja membentuk crystal di sendi, tapi jugak boleh menyebabkan batu karang, kerosakan buah pinggang, dan juga jadinya serangan gout.

Risiko terkena gout lagi lah tinggi kalau berat badan berlebihan, suka minum alkohol, dan terlalu banyak makan daging, ikan sebab semua ni tinggi dengan purine. Purine ini lah bahan dalam makanan yang akan break down menjadi uric acid.

Apa Jadi Kalau Makan Makanan Yang Tinggi Purine?

Banyak makan makanan yang tinggi purine, maka hati akan hasilkan lebih banyak purine. Buah pinggang perlu buang lebih banyak purine. Kalau purine ni banyak sangat, maka makin tinggilah paras asid urik dalam darah. Makin lama makin banyaklah jugak kristal urik asid ni terkumpul dan serangan gout pon jadi.

 

Jadi, makanan yang kaya dengan Purine yang patut dikurangkan adalah;

  • Organ-organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan otak haiwan.
  • Daging-dagingan
  • Any other meats in large amounts
  • Ikan bilis, sardines, ikan kembung

Makanan yang mengandungi Purine tapi kurang meningkatkan risiko gout

  • Ikan dan makanan laut  yang kurang tinggi purine
  • Oatmeal, wheat bran, dan wheat germ

Makanan yang selamat dimakan (rendah kandungan purine)

  • Sayur-sayur hijau dan tomato
  • Buah-buahan
  • Roti dan bijirin yang bukan whole grain
  • Mentega, buttermilk, cheese dan telur
  • Chocolate dan cocoa
  • Coffee, dan teh
  • Kekacang

Makanan produk tenusu yang boleh mengurangkan risiko gout:

  • Low-fat atau susu rendah lemak
  • Low-fat yogurt

Kalau katakan dah pon mengidap gout dan ada kadar asid uric yang tinggi dalam darah (hyperuricemia), memang sangat-sangat patut kontrol makan dan kurangkan makanan yang tinggi dengan purine.  1

senarai makanan tinggi purine tak sesuai untuk gout

Terdapat juga supplement dan vitamin yang boleh diambil untuk mengurangkan uric asid dalam badan. Boleh baca di pautan berikut.

Vitamin Yang Boleh Membantu Gout Dan Rendahkan Asid Urik

Testimonial Shaklee Untuk Pesakit Gout

Carian Berkaitan:

  • cara atasi gout
  • cara buang asid urik
  • cara hilangkan gout
  • cara mencegah gout
  • cara menghilangkan gout
  • cara mengubat gout
  • cara merawat gout
  • cara rawatan gout
  • petua hilangkan gout
  • ubat gaut cara kampung
  • asd urik
  • petua gout
  • penawar gout
  • ubat gout cara kampung
  • petua hilangkan sakit gout
  • cara menghilangkan gout>

Pautan Entry Berkaitan

error: Content is protected !!