Makanan Yang Jadi Punca Masalah Jerawat

Apa kata kali ni kita cerita pasal makanan-makanan yang tak disangka pon boleh selesaikan masalah jerawat?. Dan juga, kita bincangkan juga makanan-makanan yang sebenarnya boleh sebabkan jerawat jadi lebih teruk?. Ingat tak, masa kita remaja dulu, kita dimomokkan, “jangan makan kacang!” Nanti jerawat naik?. Konsep macam dah betul sebab memang pemakanan memang sangat la mempengaruhi kewujudan jerawat. So, apa sebenarnya boleh,  dan apa yang sebenarnya tak boleh?

MAKANAN YANG TAK BOLEH DIMAKAN

1. SUSU LEMBU

Walaupun perlukan lebih banyak kajian, tapi teorinya lebih kurang begini; susu lembu menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat, yang mana menyebabkan dan merangsang keradangan (lalu menyebabkan jerawat). Maka, kadar insulin juga meningkat lalu menggalakkan penghasilan minyak pada kulit (sebum minyak). Tanpa kita tau, sebenarnya susu lembu pon banyak datang dari ibu-ibu lembu yang mengandung (ye, kalau tak mengandung dan beranak, manakan ada susu kan??). So secara logiknya susu lembu mengandungi hormon-hormon yang boleh trigger penghasilan sebum minyak berlebihan). Dah namanya susu, tentulah susu pon ada mengandungi hormon tumbesaran yang mana ia boleh menggalakkan sel-sel kulit overgrowth (terlebih tumbuh sudah?) lalu menyebabkan pori-pori kulit boleh tersumbat.

So sesiapa yang memang suka minum susu (dan produk tenusu macam yogurt), cuba kurangkan pengambilan. Sure akan sangat berkurang jerawat tu?.

download-2

2. GULA

Yang ni memang ramai dah tau dah. Gula, the main culprit. Seriously. Teori yang sama, gula dalam darah meningkat, sama macam kes susu lembu tadi. Sebenarnya memang boleh perasan pon, kalau makan banyak kek, biskut dan minum manis-manis, mula la cepat jerawat tu naik. Cuba tak payah ambil semua punca-punca gula tu, sure jauh bezanya.

3. HIGH GLYCEMIC INDEX FOOD

Makanan yang GI (Glycemic Index) tinggi, mudah breakdown jadi gula dalam badan, kemudian menyebabkan peningkatan penghasilan insulin. Sama jugak kesnya, hormon fluctuation dan keradangan – lalu terhasillah jerawat kesayangan tu?. Contoh makanan yang tinggi glycemik index adalah:

  • Roti-roti putih
  • Breakfast cereal
  • Nasi putih
  • Potato chips
  • Cookies dan sebagainya

Maka, pilihlah makanan-makanan yang rendah glycemic indexnya macam:

  • Sayur-sayuran (merupakan karbohidrat kompleks)
  • Whole grain
  • Sweet potatoes
  • Buah-buahan

glycemic-index-chart1-e1449206765398

4. JUNK FOOD

Same reason. Junk food pon sama penyebab hormon fluctuation, dan blood sugar level. No wonder lah jugak kenapa remaja banyak jerawat, sebab umur-umur ni la teruja nak makan segala mak nenek junk food.

5. FAST FOOD

Fast food memang kebanyakannya berminyak. Minyak yang berlebihan menyebabkan keradangan. Sebab tu kena berpada-pada mengambil makanan berminyak.

MAKANAN YANG PATUT DIMAKAN

Kalau dah kurangkan makanan semua jenis makanan di atas, memang akan banyak perubahan yang dapat kita rasa (of course la bukan sehari dua). Tapi kalau dalam masa yang sama kita makan betul-betul sihat dengan pemilihan makanan yang betul, lagilah cepat sihat kulit dari jerawat.

1. IKAN, FLAXSEED dan sumber Omega-3

Kalau kita banyak makan makanan yang banyak minyak, terutamanya kalau guna minyak sayur (yang mana merupakan sumber Omega-6), kita banyak terdedah dengan keradangan. Pengambilan Omega-6 haruslah diseimbangkan dengan Omega-3 yang bersifat anti-inflamation iaitu antiradang. Makanan yang kaya dengan Omega-3 sangat-sangat membantu mengurangkan radang jerawat, antaranya adalah

  • Minyak ikan macam Omegaguard
  • Kacang walnut
  • Flaxseed
  • Chiaseed

2. TEH HIJAU

Teh hijau sangat kaya dengan antioksidan. Lepas ni kalau boleh, minum lah selalu teh hijau (tanpa gula sudah tentu). Ingat, gula adalah main culprit kepada jerawat.

3. TIRAM

Kenapa tiram? Sebab tiram kaya dengan kandungan zinc yang mana zinc sangat membantu dalam mengurangkan jerawat. Zinc boleh didapati dari;

  • Pumpkin seeds
  • Garlic
  • Sesame seeds
  • Watermelon seeds
  • Tepung whole grain
  • Cheese
  • Shrimp

4. JUS BUAH

Buah-buahan dan sayur-sayuran sangatlah membantu hilangkan jerawat secara semulajadi. Sebab kebanyakan sayur dan buah mengandungi banyak beta-carotene yang sangatlah membantu mengurangkan minyak pada kulit berlebihan (sebum berlebihan). Kesemua buah dan sayur juga merupakan antiradang semulajadi.

5. PROBIOTICS

Probiotics pulak sangat baik untuk radang dalam usus. Bila usus sihat, sudah tentu dapat menyerap nutrient dengan lebih baik. Antara makanan yang kaya dengan probiotic adalah:

  • Yogurt
  • Kefir
  • Kimchi
  • Kombucha tea
  • Miso soup
  • Tempeh

KESIMPULAN

Jangan lupa juga, jerawat adalah sangat multifactorial (terlalu banyak faktor yang mempengaruhi jerawat tumbuh). Pemakanan cumalah salah satu. Antara faktor lain adalah strees, pencemaran, hormon dan lain-lain lagi.

Tapi at least, kita boleh control salah satu punca jerawat ni. Iaitu pemakanan ?. Bukankah segala penyakit itu datangnya dari perut??

Rujukan:

  1. Ferdowsian Hr, Levin S, “Does diet really affect acne?” Skin Therapy Lett, 2010 Mar;15(3):1-2,5, http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20361171.
  2. Adebamowo CA, et al., “High school dietary dairy intake and teenage acne,” J Am Acad Dermatol, 2005 Feb;52(2):207-14, http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15692464.
  3. Myung Im, et al., “Epigallocatechin-3-Gallate Suppresses IGF-I-Induced Lipogenesis and Cytokine Expression in SZ95 Sebocytes,” Journal of Investigative Dermatology December 2012; 132:2700-2708, http://www.nature.com/jid/journal/v132/n12/full/jid2012202a.html.
  4. Yoon JY, et al., “Epigallocatechin-3-gallate improves acne in humans by modulating intracellular molecular targets and inhibiting P. acnes,” J Invest Dermatol. 2013 Feb;133(2):429-40, http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23096708?dopt=Abstract.
  5. “Acne,” University of Maryland Medical Center, http://umm.edu/health/medical/altmed/condition/acne.
  6. Whitney P Bowe and Alan C Logan, “Acne vulgaris, probiotics and the gut-brain-skin axis—back to the future?” Gut Pathog, January 31, 2011; 3(1): http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3038963/.
error: Content is protected !!