Makanan Yang Jadikan Senggugut Jadi Lebih Teruk

Period, memang normal untuk perempuan. Sakit sebab period juga normal untuk sesetengah perempuan. Yang tak pernah kene senggugut, memang sungguh bernasib baik. Sangat bernasib baik sebenarnya. Sebab boleh dikatakan senggugut ni hampir sama sikit dengan rasa sakit nak beranak. Huhuhuhuhu.

Sakit kramp ni disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandins yang menjadikan rahim kejang dan berkontraksi. Tapi tau tak sebenarnya ada banyak makanan yang boleh sebabkan senggugut ni bertambah lah sakit?

Ada…..banyaaakkk!! antaranya ialah

Minuman dan Makanan Yang Mengandungi Caffein

Caffein ada dalam banyakmakanan kita tanpa kita sedari. Kopi dan teh memang semua orang tahulah memang ada caffein. Air bergas dan soft drinks pon kebanyakannya mengandungi caffein. So semasa period, tak payahlah dok telan semua-semua yang dijangkakan ade kafein ni. Memang akan jadi lebih sakit nanti. Nak kopi jugak? Pilihlah yang de-caffein punya ya.

Alkohol

InsyaAllah alcohol ni takdelah muslim minum kan. Alkohol ni bersifat diuretic. Diuretic ni maksudnya bahan yang boleh menggalakkan penghasilan air kencing. Lagi banyak minum, lagi rasa nak buang air kecil. Minum alkohol pon boleh buatkan jadi bloating (banyak angin). Banyangkan lah dah lah sakit kramp, ditambah pulak dengan kekembungan sana sini. Euuuuu…. tapi insyaAllah kita muslim tak minum la kan. Untuk yang non muslim, kalau boleh masa period, toksahlah minum juga kan.

Coklat

Sama macam kopi dan teh, coklat ada kaffein juga. Walaupon sesetengah orang suka makan coklat (sampai sehari pon tak boleh tinggal), untuk masa period, kurang-kurangkan lah sikit.

Daging Merah

Daging merah mengandungi bahan yang dinamakan arachadonic acids. Arachadonic acids ni pon membantu stimulatekan lagi hormon prostaglandins yang sebabkan kramp tadi. So kene kurangkan makan daging merah. Makan lah protein-protein lain dan daging-daging putih macam ikan atau ayam sepanjang waktu period.

Susu dan Produk Tenusu

Susu, cheese dan juga yogurt juga mengandungi bahan arachadonic acids. So elakkan ambil banyak-banyak masa period.

Makanan  Bergaram

Makanan bergaram akan menyebabkan kita menghidap water retention. Iaitu keadaan di mana badan kita tak dapat keluarkan air dari badan dengan optimum, menjadikan air berlebihan dalam badan. Ini akan memburukkan lagi senggugut. Makanan yang kaya dengan garam contohnya adalah makanan yang diproses. Sebab garam digunakan untuk mengawet makanan tu supaya tahan lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge