tips kuruskan badan tomato telur

Makanan dan Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat, dan Kekal Kurus

Kali ini saya bukan nak share tips kuruskan badan jek, malah saya ingin share macam mana nak pilih makanan yang membuatkan anda bila dah kurus, akan kurus sokmo dan selalu rasa kenyang lebih lama. Hehe. Maklumlah, kadang bila kita nampak kita dah kurus, mula rasa “bahagia” nya nak makan macam-macam semula. Bahaya tau. Bahaya!!!:lol:

Biasanya kita ni selalu confuse, asal untuk kuruskan badan jek, kene diet. Malah istilah diet tu sendiri ramai orang sebenarnya salah paham. Diet dalam erti kata yang sebenar adalah sebenarnya pandai memilih apakah makanan yang sesuai dan tak sesuai untuk badan kita untuk terus kekal kurus, dan bukanlah bermaksud ini-tak-boleh-makan, atau itu-boleh-makan. Dalam erti kata lain, bukan lah totally reject semua makanan. Tapi ia lebih kepada pemilihan makanan yang betul.

Tak paham?8O

Ok, sebagai contoh lah kan, semua orang salah paham bahawa diet tu ialah – pilih makanan yang low-calori, low-sodium, low-sugar, gluten-free, dan low-kolestrol dan sebagainya. Tapi perasan tak, kalao amik semua makanan yang dilabel begini setiap kali pon, kenapa tak kurus-kurus jugak ye? Hehehehe.. takde pon effect kuruskan badan tu?:mrgreen:

Sebenarnya tak perlu pon terlalu complicated sangat sampai macam tu sekali. Apa yang perlu adalah bersederhana dalam mengambil apa jua makanan, dan sudah tentu, kena lah kekal aktif dan kekal cergas (bersenam la maksudnya di sini).
Oklah, kalau rasa susah sangat, kita mulakan dengan yang senang dahulu. Apa kata kita start dengan pilih makanan ringkas berikut. Dan, konsisten dengannya. Bab konsisten ni pon memang biasanya ramnai antara kita kantoi dan tak boleh nak konsisten langsung. Tapi sebab makanan yang saya sebutkan ni bukan sahaja boleh kuruskan badan, malah ia memang sedap pon. So rasanya tak lah susah sangat dan tak lah complicated sangat nak ikut kan?

>

5 Makanan yang Boleh Kekalkan Anda Kurus

Buah Epal
Epal sangat kaya dengan fiber. Fiber bukan sahaja elok utk sistem pencernaan malah fiber uga membantu mengurangkan tahap kolestrol badan kita. Epal juga membuatkan kita rasa kenyang dan langsung tak ada kalori. So memang sangat bagus makan epal dan cubalah amalkan setiap hari. Kalau nak ambil jus epal pon, minum sekali dengan serdaknya tau, bukan dibuang serdaknya tu. Maklumlah, kadang bila makan setiap hari pon ade orang rasa tak lalu, so kena pelbagaikan la cara hidangan. Boleh juga kalau nak campur Mealshake Shaklee untuk jadi Smoothies Epal. Ngehhehehee. Recommended bilangan epal sehari adalah – 3 biji sehari.

tips kuruskan badan dengan epal

<
Kacang Badam (Almonds)
Kacang Badam yang dipanggang sebenarnya sangatlah sedap dibuat kudap-kudapan. So kalau sambil tengok TV atau sambil buat kerja tu, boleh lah letak kat sebelah kita sebalang kacang badam panggang yang rangup. Hehehehe. Malah kalau rujuk kepada “The American Journal of Clinical Nutrition“. Journal ini mempunyai high impact yang tinggi (6.5 for 2012), maka kajian mereka memang boleh dipercayai. Anda boleh klik di link ini, memang banyak kajian yang dijalankan bahawa kacang badam sangat membantu dalam mengekalkan berat badan berbanding mereka yang tak amalkan makan kacang badam. Cuba bayangkan, 1 ouns kacang badam sahaja pon dah mengandungi 167 kalori, dengan 6 gram protein, 3 gram fiber. Mana lah tak kenyang jadinya. Malah kenyang dengan sihat tau!. (Cuba untuk tingkatkan metabolisma badan – KLIK SINI)

tips kuruskan badan dengan almond

Ada teori menyatakan bahawa mengunyah membantu menjadikan kita lebih kenyang. Sebab tindakan mengunyah itu seolah-olah dah memberi isyarat kepad akita yang kita ni dah makan banyak, sekaligus menjadikan kita kenyang lama. Hehheehe.:lol:

Ikan Salmon
Ikan salmon ni agak mahal kalau kat Malaysia ni. Ada kajian yang menunjukkan lemak ikan macam dalam ikan salmon ni boleh membuatkan kita rasa kenyang. Mengenai minyak ikan, kita tau yang minyak ikan ni kaya dengan omega 3. Haaa, memang inilah yang menjadikan kita rasa lebih kenyang. Sebab tu kalau kita makan minyak ikan macam Omegaguard Shaklee, memang sungguh kjita akan rasa kenyang lama dan tak teringin pon nak makan banyak. Ikan Salmon pon merupakan sumber protein baik yang rendah kalori. Yummy.

>
Telur
Telur sememangnya merupakan makanan biasa dan hampir setiap hari ada kat rumah kita masak. Hehehe. Telur membekalkan protein untuk tubuh. International Journal of Obesity (High Impact Factor Journal 5.222 for 2012) [2] juga pernah merekodkan bahawa mereka yang makan sehingga 2 biji telur setiap hari selama 5 hari berjaya mengurangkan 65 % berat badan mereka lebih cepat compare dengan mereka berdiet yang makan bagel (sejenis kuih) setiap pagi. Sebab tu kite disarankan untuk memperbanyakkan makan protein di wktu pagi, sebab ia sangat membantu untuk membuatkan kita berasa kenyang sepanjang hari.

>

Tomato
Di kala ramai antara kita ni memang sangat memilih nak pilih sayur (malah ade yang tak suka sayur langsung tapi nak jugak kurus tu), tomato adalah pilihan yang paling best sekali dari kalangan sayur (sebab orang pon kadang dok argue, tomato ni sayur ke buah). Tapi yang pasti even dalam masakan masyarakat Malaysia pon, memang tomato banyak dimasak dalam pelbagai menu. So memang ia adalah pilihan yang sangat menarik untuk mereka yang nak kurus dan kekal kurus lebih lama – iaitu makanlah tomato, dan masaklah tomato dalam masakan anda :mrgreen:.

tips kuruskan badan tomato telur

<
Air yang membantu untuk kekal kurus = Teh Hijau ( Green Tea )
Estrak teh hijau boleh meningkatkan pembakaran kalori dan lemak yang diperlukan untuk menurunkan berat badan. Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh. Rasanya agak sedikit pahit dan elok tidak dicampurkan dengan gula atau susu untuk keaslian khasiat dan rasanya. Minuman ini terkenal dengan ketinggian anti-oksidan (polyphenol) yang kuatdengan anti-penuaan atau awet muda8).

 teh hijau

SET KURUSKAN BADAN SHAKLEE (KLIK SINI)

Sumber Rujukan

[1] The American Journal of Clinical NutritionAm J Clin Nutr March 2009 vol. 89 no. 3 794-800

[2] International Journal of Obesity (2008) 32, 1545–1551; doi:10.1038/ijo.2008.130; published online 5 August 2008

>

>

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE

<

1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee

>

>

Nama: Mama Iman @ Farha @ IbuCergas

Emel: ibucergas@gmail.com

Phone/message/wassap: 013-3355598

<

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

 

Daftar ahli Shaklee

>

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge