makanan sihat

Makanan Sihat Yang Patut Sentiasa Ada Dalam List Shopping Anda

Bila kita ke pasaraya, biasanya apa barang makanan sihat yang kita masukkan ke dalam troli kita? Adakah penuh dengan makanan ringan? Biskut, coklat, pudding? Dan air minuman manis ataupun air bergas? Adakah juga makanan segera seperti mee segera dan makanan-makanan dalam tin? Sepatutnya kita pilihlah makanan yang boleh membantu menyingkirkan lemak, membantu membina otot dan juga membantu mengelakan penyakit. InsyaAllah, laburkan duit untuk jenis-jenis makanan yang bakal saya sebutkan ni memang akan sangat berbaloi untuk masa depan. Apa pon, fikirkan begini. 20 atau 30 tahun “kite” yang akan datang, adalah bergantung kepada apa yang “kite” sekarang ni makan. So, memang silalah berhati-hati dalam memilih makanan kita hari ini ya.

makanan sihat

>
1. Kacang Madam
Memang kacang ni agak mahal, tetapi mahal yang amat berbaloi. Kacang badam sangat kaya dengan lemak baik. malah kacang badam memang merupakan sumber protein yang baik. Kacang badam juga mengandungi vitamin seperti thiamin, riboflavin dan vitamin E. Bukan itu sahaja, dari segi mineral pulak, ia mengandungi copper, iron – zat besi, dan zinc. Malah yang lebih menarik, ia membantu menurukankan kolestrol! Boleh baca di British Journal of Nutrition oleh James Hollis [1].

>

2. Asparagus
Walaweeeii… sayur mahal yang sedap ni, memang sangat lah berbaloi beli. Bia bukan sahaja ada sifat anti radang (bengkak), ia juga mengandungi kandungan asid folik yang tinggi!. Sebab itu lah ia untuk regulatekan balik mood kita dengan menghasilkan sejenis neurotransmitter yang dipanggil serotonin dalam sistem badan – membuatkan kita relax, tenang dan happy. Malah ade kajian dalam International Journal Cancer Letters, oleh seorang pengkaji bernama Yu Shao, Chee-Kok Chin. Malah artikel ini telah dicited sebanyak 58 kali dalam Scopus index.

<
3. Avocado
Makanan mahal berikutnya adalah, buah Avocado! Ia kaya dengan vitamin larut lemak A, D, E dan K. Ia bukan sahaja elok untuk jantung malah elok sangat juga untuk peredaran darah yang lancar. Malah avocado dikatakan sebagai makanan tersihat di dunia!! Ia mempunyai index glisemik yang sangat rendah, maka memang merupakan makanan yang sangat sihat untuk pesakit kencing manis khususnya. Kita yang sihat ni lebih-lebih lagi la disarankan makan makanan rendah index glisemik ni. Jom baca kelebihan avocado di LINK sini.

<

4. Buah Berries
Seperti Strawberry, Blueberries dan berries-berries yang lain. Hehehe. Keluarga berries sangat kaya dengan sifat antioksidan yang bukan sahaja membantu meningkatkan fungsi otak, malah melindungi sifat antioksidannya membentu mengurangkan risiko kanser. Kehebatan buah berries memang tak disangkal lagi. Meskipon memang banyak buah lain yang juga bersifat antioksidan, tetapi nutrien yang terdapat dalam buah berries adalah lebih unik. Ini kerana berries mengandungi anthocyanins, quercetin, dan vitamin C, yang mana Anthocyanins dan quercetin adalah sifat tumbuhan dalam menjadikan warna berries lebih terang dan sangat vibrant. Sifat tumbuhan berwarna terang ialah, ia mempunyai sifat anti radang (anti bengkak) dan sangat membantu dalam masalah arthritis. Vitamin C yang sangat kaya dalam buah berries pula sangat menggalakkan pembentukan collagen dalam kulit kita. Ia membantu mengekalkan kulit yang cantik, sihat, mengurangkan risiko arthritis dan cataracts.

<

5. Tomato
Tomato sangat kaya dengan Vitamin A, Vitamin B dan Asid Folik. Ia juga sangat kaya dengan ciri antioksidan, termasuklah alpha-lipoic acid, lycopene, choline, folic acid, beta-carotene dan lutein (atau carotenoid). Tomato juga membekalkan thiamine, niacin, magnesium yang pentinh untuk tubuh yang sihat. Malah ia kaya dengan air dan fiber, menjadikan kita kenyang lama. Alpha-lipoic acid yang terkandung dalam tomato membantu badan untuk menukarkan glucose dalam badan kepada tenaga. Sebabtu tomamto biasnya antara makanan sihat yang akan dimasukkan dalam diet makanan sihat untuk mengawal gula dalam darah. Lycopene dalam tomato pulak menjadikan tomato itu sangat merah dan cantik. Choline yang terdapat dalam tomato pula membantu kite untuk tidur lena, dan membantu dalam fungsi otak dan memori.

<

6. Yogurt
Yogurt sangat sedap! Selain daripada mengandungi kultur hidup dan kalsium, ia juga sangat membantu dalam menurunkan berat badan untuk mencapai berat yang ideal. Tapi perlu berhati-hati dengan kandungan gula juga. Lebih  baik beli yang natural berbanding yang mengandungi perisa. Berkenaan kultur hidup tadi, ia adalah bakteria baik yang amat penting untuk sistem penghadaman kita. Nama lain bakteria baik ini biasanya kita dengar ia sebagai probiotics, iaitu organisma yang hidup dalam usus yang membantu sistem penghadaman. Baik sistem penghadaman kita ni, maka baiklah immune sistem kita insyaAllah. Disebabkan yogurt juga berasal dari susu, maka ia juga mengandungi protein, kalsium, B-2, B-12, potassium dan magnesium. yang paling seronok, yogurt boleh bantu anda kurus!!! :mrgreen: (ops, but term and condition applied) heheeh. 
Boleh baca lebih lanjut pasal kelebihan yogurt di sini. 

<
Makanan lain yang sangat berbaloi untuk dibeli adalah
4. Cili benggala
5. Brokoli
6. Flaxseed
7. Garlic (Bawang Putih)
8. Onion (Bawang Besar)
9. Ikan Salmon
<

Malang sekali masyarakat kita kadang kala lebih suka mengeluarkan duit pada barangan  yang tidak peru dan kurang bermanfaat. Dan paling sadis, bab pemakanan pulak ambil sambil lewa, dan kalau boleh nak semua makanan yang murah-murah sahaja. Melaburlah pada makanan sihat. Biarlah makan makanan yang sihat meskipon mahal sedikit, tetapi sangat berharga untuk kehidupan 20 atau 30 tahun akan datang, berbanding melaburkan duit untuk kebendaan yang benda fizikal yang lain. Kerana akan datang di hari tua nanti, kaya macam mana pun tidak akan ada nilainya sekiranya kesihatan menjadi taruhan.

<
[1] James Hollis and Richard Mattes (2007). “Effect of chronic consumption of almonds on body weight in healthy humans”. British Journal of Nutrition, 98, pp 651-656. doi:10.1017/S0007114507734608.

[2] “Anti-tumor activity of the crude saponins obtained from asparagus”, Shao, Yu et al. Cancer Letters , Volume 104 , Issue 1 , page 31 – 36.

>

>

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE

<

1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee

>

>

Nama: Mama Iman @ Farha @ IbuCergas

Emel: ibucergas@gmail.com

Phone/message/wassap: 013-3355598

<

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

 

Daftar ahli Shaklee

>

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge