Makanan Penyebab Fibroid & Makanan Kecutkan Fibroid

Apa Itu Fibroid Rahim? 

Fibroid Rahim ni adalah sejenis ketumbuhan bukan kanser yang tumbuh di dalam rahim perempuan. Uterus adalah rahim. Fibroid boleh ada banyak dalam satu-satu masa dan boleh jugak dalam seketul sahaja. Saiz nya juga boleh macam-macam. Ada besar dan ada kecik. 70% ke 80% perempuan atau wanita sebenarnya ada fibroid menjelang umur mereka 50 an. Medical term untuk fibroids ni kadang dipanggil sebagai leiomyoma atau myoma

Apa Itu Fibroid dalam Rahim - Rupa Fibroid Dalam Rahim

Apa Itu Fibroid dalam Rahim - Rupa Fibroid Dalam Rahim

Tanda-Tanda Fibroid (Fibroid Symptoms)

Kebanyakan kita takkan tau kita ada fibroid melainkan memang kita buat ujian cdan cek dalam rahim kita. Antara tanda yang seseorang wanita ni menghidapi ketumbuhan fibroid adalah;

  • tekanan pada pundi kencing ataupun rectum (tempat najis) seperti rasa mengandung
  • kerap kencing
  • sembelit atau sakit pada rectal
  • sakit belakang atau sakit di bahagian abdomen

Semakin besar saiz fibroid, semakin kita nampak macam seolah-olah mengandung.

<

Tanda-Tanda Ketumbuhan Fibroid Yang Lain adalah:

Senggugut dan period yang perubahan dari segi period.

  • senggugut ringan mahupun teruk ketika haid, kejang dan sakit
  • pendarahan yang banyak, sampai kadang berketul-ketul semasa haid atau period
  • period dan haid yang lama dan period yang kerap
  • spotting dan pendarahan di antara tempoh period

Sebab dan Punca Terjadinya Fibroid

Sebab dan punca kenapa fibroid boleh terjadi ni memang masih lagi tak diketahui. Ia boleh jadi pada sesiapa je pun. Tapi berdasarkan ilmu kajian sedia ada, ada beberapa faktor besar yang mempengaruhi kenapa terjadinya fibroid ni.

  • Perubahan pada genetik – Kebanyakkan sel di dalam fibroid menunjukkan perubahan genetik berbanding dengan sel rahim yang lain
  • Hormon Estrogen dan Progestron yang berlebihan – Estrogen dan Progesteron adala 2 hormon yang terlibat untuk menebalkan lapisan dalam rahim supaya bersedia untuk mengandung. Kajian menunjukkan hormone ini membantu dalam pembesaran saiz ketulan ini
    Kajian kepada sel fibroid menunjukkan reseptor estrogen dan progesteron pada sel ini adalah lebih banyak berbanding sel rahim yang normal. Ketika mana menopause pula, ketulan ini selalunya mengecut disebabkan hormon-hormon tersebut sudah semakin sedikit
  • Datang Period atau Haid Pada Umur Muda – Kajian juga mendapati mereka yang datang period pada umur awal, lebih mudah menghidap Fibroid.

 

 

Jenis Jenis Fibroid Dalam Rahim

  • Intramural fibroids –  jenis fibroid ini yang paling biasa iaitu tumbuh di bahagian dalam dinding rahim.
  • Subserosal fibroids – jenis fibroid ini tumbuh di bahagian luar rahim. Semakin ia membesar semakin ia sangat menyakitkan sebab ia akan menekan organ lain di sekaitar.
  • Submucosal fibroids –  jenis fibroid ini tumbuh betul-betul di dinding uterus (permukaan uterus bahagian dalam) dan boleh masuk ke dalam dalam rahim menyebabkan pendarahan yang banyak dan komplikasi lain.
  • Cervical fibroid – Fibroid pada bahagian pangkal rahim(serviks)
  • Pedunculated fibroids –  Fibroid yang mempunyai tangkai. Ia seperti buah yang melekat pada rahim

Dan tak mustahil untuk ada pelbagai jenis fibroid dalam masa yang sama (Rujuk gambar)

 

Jenis-jenis FIbroid dalam Rahim

Jenis-jenis FIbroid dalam Rahim

Makanan Yang Baik Untuk Kecutkan Fibroid

Diet sahaja memang tidak boleh merawat fibroid. Walau bagaimanapun, diet yang seimbang juga boleh membantu mengurangkan gejala dan komplikasi fibroid. Makanan tertentu boleh membantu memperlahankan pertumbuhan fibroid dalam beberapa kes.

<

1) Serat

Makanan kaya serat membantu mengurangkan berat badan dan mengimbangi hormon. Mereka juga membantu mengekalkan tahap gula dalam darah. Disebabkan ini jugalah, serat boleh membantu mencegah dan melambatkan pertumbuhan fibroid. Tambah makanan keseluruhan ini untuk makanan anda:

  • sayur-sayuran sama ada yang mentah ataupun yang dimasak
  • buah-buahan, sama ada yang mentah ataupun yang dimasak
  • roti bijirin dan pasta
  • sayuran merentas
  • oat
  • lentil
  • barli
  • kacang

<

2) Potasium atau Kalium

Potasium atau Kalium membantu mengatasi kesan garam untuk mengimbangi tekanan darah. Antara makanan yang kaya dengan potasium adalah:

  • alpukat
  • pisang
  • buah-buah sitrus
  • cantaloupe
  • kolar hijau
  • buah kurma
  • lentil
  • oat bran
  • kentang
  • tomato

 

3) Produk Tenusu

Tambah produk tenusu seperti yogurt dan keju penuh lemak untuk diet harian. Tenusu kaya dengan kalsium, fosforus, dan magnesium. Galian ini boleh membantu mencegah fibroid dan melambatkan pertumbuhan fibroid. Susu yang diperkayakan juga mengandungi vitamin D yang baik untuk mengelakkan pertumbuhan fibroid.

<

4) Teh hijau

Teh hijau mengandungi beberapa antioksidan. Satu kajian mendapati bahawa salah satu daripada ini, epigallocatechin gallate, boleh membantu memperlahankan pertumbuhan fibroid dengan menurunkan keradangan dan tahap estrogen yang tinggi. Teh hijau juga dapat memperbaiki gejala pendarahan berat akibat fibroid, seperti besi rendah.

<

Makanan Yang Patut Dielakkan oleh Pesakit Cyst dan FIbroid - Cara Kecutkan Cyst dan Fibroid - Set Fibroid Shaklee 6

Makanan untuk dielakkan jika anda mempunyai fibroid

<

1) Gula

Makanan manis dan karbohidrat mudah boleh memburukkan lagi fibroid. Makanan ini merangsang tahap gula dalam darah. Ini menyebabkan tubuh membuat terlalu banyak insulin. Insulin yang berlebihan boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan menggalakkan pertumbuhan fibroid.

Elakkan karbohidrat halus dan tambah gula seperti:

  • gula pasir
  • glukosa
  • dextrose
  • maltose
  • sirap jagung
  • sirap jagung fruktosa tinggi
  • roti putih, nasi, pasta dan tepung
  • soda dan minuman manis
  • jus buah-buahan
  • kerepek kentang
  • keropok
  • makanan yang dibungkus

<

2) Makanan Yang Meningkatkan Estrogen

Sesetengah makanan mengandungi bahan semulajadi yang meniru estrogen dalam badan, yang dipanggil phytoestrogens. Lain-lain telah menambah hormon atau mencetuskan badan anda untuk membuat lebih banyak estrogen. Nampaknya beberapa makanan ini mempunyai kesan perlindungan apabila digunakan dalam jumlah yang kecil hingga sederhana namun mengakibatkan kesan kesihatan negatif apabila digunakan dalam jumlah yang tinggi. Anda mungkin perlu menghadkan atau mengelakkan makanan seperti:

  • daging merah
  • lemak haiwan
  • alkohol
  • coklat
  • kacang soya (GMO)
  • susu soya (GMO)
  • tauhu (GMO)
  • benih rami
  • Kacip fatimah

Sebahagian info mengenai Fibroid, Cyst, Endometriosis dan PCOS juga penulis dapati dari kelas bersama Dr Haresh Kumar ini. Assoc. Prof. Dr. Haresh Kumar Kantilal is an expert in areas of research in microbiology, medical science and nutrition. An associate professor at the renown medical university.

Conducted numerous health talks and workshops on health topics across Malaysia, Singapore and Thailand and also has published both local and international journals.

Vitamin dan Suplement Untuk Kecutkan Fibroid

Biasanya mereka yang menghidap Fibroid ni, memang akan ada kemungkinan fibroid untuk jadi berulang-ulang kali. Maka, sangatlah penting untuk makan makanan yang memang boleh halang fibroid tu dari berulang.

Berikut adalah vitamin dan suplement yang diperlukan untuk kecutkan fibroid.

  • Vitamin A
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Polyphenol
  • Omega 3
  • Multivitamin

<

1) Vitamin A

Fibroid yang besar biasanya akan sangat mengganggu rahim dan jika kerap berulang berkemungkinan akan membuatkan rahim dibuang (hysterectomy). Vitamin A dapat membantu menghasilkan sel darah merah. (Produk Shaklee Yang Mengandungi Vitamin A adalah Carotomax)

<

2) Vitamin C

Vitamin C dapat membantu mengurangkan pendarahan yang terlalu banyak ketika period, dan juga membantu period pain (senggugut). Vitamin C juga membantu badan mengeluarkan sisa-sia dari uterus supaya apa yang keluar betul-betul bersih dan tak ada sisa tinggalan di dalam uterus. Vitamin C juga bantu boostkan immune sistem bukan sahaja untuk melawan pembentukan fibroid, malah melawan apa-apa radikal bebas juga. Ia juga membantu mengurangkan stress yang mana stress memang boleh menggalakan pertumbuhan tumor dan fibroid. (Produk Shaklee Yang Mengandungi Vitamin C ialah Sustained Release Vita-C Plus)

<

3) Vitamin E

Vitamin E penting untuk melegakan simptom-simptom yang disebabkan oleh estrogen berlebihan. Antara simptom estrogen berlebihan adalah senggugut, bengkak payudara, dan juga kejang perut.

<

4) Polyphenol

Polyphenol mengandungi antioksidan yang sangat kuat yang sangat membantu mengecutkan fibroid. Ini kerana ia ada sifat anti-inflammatory iaitu anti radang. (Produk Shaklee Yang Mengandungi Polyphenol adalah Vivix Shaklee).

<

5) Omega 3

Sama seperti polyphenol, omega 3 juga mengandungi sifat anti-inflammatory iaitu anti radang. Antara makanan yang kaya dengan omega 3 adalah salmon, dan juga flaxseed. (Produk Shaklee Yang Mengandungi Omega 3 adalah Omegaguard Shaklee).

<

6) Multivitamin

Salah satu punca terjadinya Fibroid adalah kerana lebihan hormon estrogen dalam badan. Vitamin B complex sangatlah penting untuk maintain kesihatan umum dan juga membantu kawal hormon estrogen supaya lebih seimbang. Vitamin B juga membantu mengatasi masalah cramp @ kejang perut macam senggugut, period pain, letih lesu dan juga bengkak air. Penting untuk mengambil multivitamin kerana ia mengandungi at least kesemua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh (Produk Shaklee Yang Mengandungi Vitamin B complex adalah Multivitamin Vitalea)

error: Content is protected !!