Shaklee Berkesan Ke? Ada Landmark Study Ke?

Macam mana nak tau produk Shaklee berkesan ke tak?

Yelah beli mahal-mahal tapi kalau tak berkesan buat apa kan? Tapi tak makan vitamin, cukup ke nutrisi dari makanan sebenar? Kalau dulu ya mungkin cukup. Sekarang ni dengan pencemaran dan segala racun dan cara hidup tak sihat, memang tak cukup dah nutrisi tu. Tanah kita pon dah tak sesihat dulu.

Shaklee Terkenal, tapi Shaklee Berkesan ke?

Bila Mr Roger Barnett membeli syarikat Shaklee (read: CEO Shaklee), mestilah dia kalau boleh nak tau betul ke berkesan ni. Asyik dengar orang kata “Shaklee ni bagus”, “Shaklee ni Berkesan” tapi nak tau betul-betul, adakah ianya khabar angin aje atau memang terbukti secara klinikal. Jadi, dia sendiri pon cadangkan pada National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) untuk membuat satu study ke atas suplemen Shaklee ni yang dinamakan sebagai Landmark Study.

Tidak banyak syarikat yang membenarkan pihak ketiga untuk menjalankan kajian ke atas produk mereka kerana ia boleh memberi impak kepada syarikat sekiranya hasil dari kajian menunjukkan produk mereka tidak berkesan. Mr Roger Barnett mengambil risiko ini dengan membenarkan Landmark Study ni.

Penting ke Landmark Study ni?

“Landmark Study” ini penting kerana keterbatasan kajian saintifik yang ada.”Landmark Study” adalah kajian secara menyeluruh bagi pengambilan berbilang suplemen. Suplemen bukanlah seperti ubatan yang terhasil dari dadah makmal di mana kesannya boleh dilihat SEGERA kerana ia merawat simptom tertentu dan melibatkan enzim-enzim tertentu sahaja.

Kebanyakan kajian saintifik yang dibuat adalah untuk jangka masa yang pendek. Sedangkan penyakit-penyakit degenerative biasanya datang dari lifestyle kita selama 20 – 30 tahun.  Sakit jantung, kencing manis, gout dan macam-macam lagi sebenarnya mengambil masa bertahun-tahun untuk jadi. Di sinilah pentingnya “Landmark Study” ini di mana, kajian di buat untuk tempoh masa yang panjang iaitu lebih 20 tahun.

Siapa National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) ni ?

NHANES adalah satu badan survey di bawah National Center for Health Statistics (NCHS) yang dipercayai dan mempunyai reputasi yang tinggi dalam membuat survey berkaitan dengan status kesihatan dan nutrisi penduduk US.

Rujuk sini >> https://www.cdc.gov/nchs/nhanes/index.htm

Lagipun sebelum ni NHANES pun dah pernah buat kajian terhadap kumpulan yang makan vitamin dan kumpulan yang tak pernah makan vitamin. Jadi pihak Shaklee minta supaya satu lagi kumpulan ditambah ke dalam kajian. Iaitu kumpulan yang makan Shaklee lebih dari 20 tahun. Tak kisah pon sebab Shaklee memang dah lebih 50 tahun di pasaran, jadi memang ada je kumpulan tu. Ramai pulak tu.

Maka, NHANES pon ok dan setuju nak buat kajian ni. Lalu NHANES  pon pilih satu institusi yang memang terkenal untuk jalankan kajian ni.

Kajian Dijalankan Oleh University of California, Berkeley (UC-Berkeley)

Ya, bukan universiti sebarangan. Ia merupakan salah satu institusi penyelidikan yang terkemuka ya. Dan kajian ni pula diketuai oleh Dr. Gladys Block.

Landmark Study Shaklee ni Berkesan ke

Siapa Dr. Gladys Block ni pulak?

Beliau merupakan salah seorang epidemiologists yang top di Caifornia. Beliau juga erupakan seorang profesor Ameritus di sana.

Dalam kajian ni, dikira sebagai independent study, yang mana Dr. Gladys Block dan organisasi beliau ni sendiri yang design, yang interprete data, analisis data dan yang tulis paper ni pada Oktober 2007. Tak ada campur tangan langsung dari pihak Shaklee. Makna kata UC Berkeley yang kawal sepenuhnya hasil kajian. Sebarang keputusan dari kajian ini tetap akan dipublished, tak kisahnya sama ada menyebelahi pihak Shaklee ataupun tidak.

Maksudnya;

Kalau katakan ia menunjukkan SHaklee ni tak bagus, ia tetap akan dipublished.

Kalau katakan ia menunjukkan Shaklee ni bawak side effect tak bagus pun, ia tetap akan dipublished.

Bagaimana Landmark Study ini dijalankan?

Landmark Study ini telah dijalankan ke atas 3 kumpulan sasar iaitu:

  1. Pengguna Shaklee yang telah mengambil suplemen Shaklee lebih 20 tahun
  2. Pengguna yang mengunakan multivitamin selain dari Shaklee(MV)
  3. Tidak menggunakan suplemen

Landmark Study Shaklee berkesan ke

Dalam Landmark Study tersebut, saiz sample yang besar diambil. Iaitu seramai 602 orang yang memang tak mengamalkan supplement langsung, 176 orang yang mengamalkan sejenis supplement dan seramai 278 orang pengamal vitamin Shaklee melebihi 20 tahun.

Kajian dijalankan melalui kesemua ini;

  1. Online questionnaires
  2. Bagi pengguna Shaklee yang menggunakan Shaklee lebh 20 tahun, ujian darah semasa berpuasa diambil, tekanan darah dan berat badan. Health Examination ni diambil ketika Shaklee Conference 2005.
  3. Examination survey yang pernah dijalankan oleh National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) terhadap “non-supplement users” dan “single supplement users”.

Vitamin Apa yang Sample (20 tahun makan) dari Shaklee ketika itu?

278 sample yang makan Shaklee ketika itu mengambil kesemua vitamin di bawah ini secara konsisten.

Kajian dah pun lengkap, sekarang nak publish kajian ni kene lah hantar kepada publisher dan di”peer review”kan. Jadi kajian dihantar ke Nutrition Journal untuk direview sebanyak 2 kali untuk correction dan akhirnya dipubilshed pada 24 Oktober 2007. Berikut adalah informasi tentang journal tersebut. Semua maklumat revision boleh diperolehi di link Nutrition Journal di SINI. Bukan senang ya nak publish paper journal. Mengambil masa berbulan-bulan, rejected dan corrected barulah dipublished.

  • Journal : Nutrition Journal
  • URL Journal : https://nutritionj.biomedcentral.com/
  • Impact Factor : 3.211
  • Volume : 6:30
  • Doi: https://doi.org/10.1186/1475-2891-6-30©
  • Author: Block et al; licensee BioMed Central Ltd. 2007
  • Received: 26 April 2007
  • Accepted: 24 October 2007
  • Published: 24 October 2007

Full Research paper Boleh Download di Sini (Open Access)

(https://nutritionj.biomedcentral.com/articles/10.1186/1475-2891-6-30)

 

Apa Keputusan Dari Landmark Study ni?

Ada 5 kesimpulan dari Landmark Study ni

  1. Penguna Shaklee mempunyai micronutrient dalam darah yang lebih baik berbanding sample lain. Micronutrient tersebut adalah Folate, Retinol, B-Carotena Vitamin C, Vitamin E dan juga zat besi (iron ferum)
  2. Kumpulan Shaklee ada Biomarkers kesihatan yang lebih baik. Ia adalah penanda aras menunjjukkan risiko badan kita ni berisiko atau tak untuk penyakit degenerative ni. Biomarkers yang diukur adalah homocysteine level, DHL Cholesterol, Trigycerides, dan juga C-reactive protein.
  3. Daripada biomarkers tersebut, pengguna suplemen Shaklee kurang berisiko menghidap sakit jantung, stroke, kencing manis (diabetes) dan juga emphysema.
  4. Pengguna Supplement Shaklee sendiri merasakan mereka berpuas hati dengan tahap kesihatan mereka dan merasakalan lebih sihat.
  5. Tiada seorang pon dalam group sample pengguna Shaklee yang mempunyai paras Vitamin D yang rendah mahupun tinggi. Tiada seorang pun yang mempunyai C-reactive protein yang tinggi, dan tiada seorang pon yang mempunyai homocystein yang tinggi.

1)  Pembuktian bahawa nutrisi di dalam suplemen Shaklee adalah sangat “bioavailable”–nutrisi tersebut mudah diserap dan dapat digunakan oleh tubuh dengan baik, terbukti melalui kandungan nutrisi dalam darah yang lebih baik berbanding dua kumpulan sample lain.

2) Pembuktian bahawa pengambilan nutrisi Shaklee membantu pengamalnya untuk mendapatkan level biomarkers yang lebih sihat, mengurangkan risiko mendapat penyakit.

 

Biomarkers yang dikaji di dalam Landmark Study ini adalah Homocycteine, HDL/Cholestrol, CRP dan Triglycerides.

 

3)  Pengguna suplemen Shaklee menunjukkan kadar yang rendah dalam mendapat penyakit. Daripada biomarkers tersebut, pengguna suplemen Shaklee kurang berisiko menghidap sakit jantung, stroke, kencing manis (diabetes) dan juga emphysema.

 

 

4)  Pengguna Supplement Shaklee sendiri merasakan mereka berpuas hati dengan tahap kesihatan mereka dan merasakalan lebih sihat.

5)  Tiada seorang pon dalam group sample pengguna Shaklee yang mempunyai paras Vitamin D yang rendah mahupun tinggi. Tiada seorang pun yang mempunyai C-reactive protein yang tinggi, dan tiada seorang pon yang mempunyai homocystein yang tinggi.

Tengok Video ini

Kesimpulan Hasil Kajian Landmark Study

Hasil kajian membuktikan, Shaklee suplemen adalah selamat tanpa menyebabkan pengumpulan nutrisi di aras toksik dalam tubuh pengguna.

  1. Kajian ini adalah yang PERTAMA seumpanya (tiada brand lain yang pernah melakukan kajian seperti ini melainkan Shaklee) dan bertujuan untuk melihat keselamatan dan keberkesanan pengambilan suplemen untuk jangka masa panjang.
  2. Pengguna produk Shaklee mempunyai level nutrisi dalam darah yang lebih baik–Terbukti produk Shaklee adalah bioavailable di mana ia mampu diserap dan digunakan oleh tubuh dengan baik.
  3. Pengguna Shaklee mempunyai biomarkers of disease risk yang lebih baik –Terbukti menggunakan Shaklee, kurang berisiko menghidap penyakit degenerative.
  4. Pengguna Shaklee mempunyai kadar penyakit yang lebih rendah – mereka memang rasa lebih sihat.
  5. Tiada risiko yang dikaitkan dengan pengambilan suplemen Shaklee – tiada pengumpulan toksik untuk penggunaan jangka masa panjang!

Sekiranya anda mencari hidup yang lebih sihat dan berpanjangan atau anda mencari lebih tenaga dan muda:

Shaklee telah membuktikan bahawa produk Shaklee ni memang boleh memberikan hidup yang lebih muda, sihat, dan bertenaga! Pilihan di tangan anda, saya telah memilih yang terbaik dan saya yakin anda pasti memilih yang terbaik!

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee anda hari ini. Merubah jenama suplemen anda, boleh merubah kehidupan anda!

logo-whatsapp_600x184

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge