Kurangkan Rasa Lapar Ketika Berpuasa, Anda Boleh Cuba Resepi Ini

Ada ke cara untuk kurangkan rasa lapar ketika berpuasa?

Atau kurangkan rasa haus? Rasa lapar biasanya orang masih tahan lagi. Tapi rasa haus tu memang kadang melepek habis. Lagi-lagi bagi ibu yang menyusu badan dan mereka yang bekerja di luar (bukan di pejabat). Perut seawal 11 pagi dah bernyanyi-nyanyi dan bibir pon dah mula pecah-pecah menandakan tak cukup air dalam badan.

A) Menu Untuk Kurangkan Rasa Lapar Ketika Berpuasa

Antara menu ringkas bulan puasa ni yang boleh disediakan dan boleh kurangkan rasa lapar adalah Overnight Oat dan Juga Minuman Soy Protein.

1. Overnight Oat

Overnight oat memang dah lama dah famous seantero Malaysia. Boleh gabungkan dengan mana-mana buah kegemaran. Tapi kalau ada balance masam dan manis lagi bagus. Serious ia kenyang lama. Bahan-bahan utama dalam overnight oat adalah;

  • Oat sama ada rolled oat ataupun instant oat, mana-mana boleh
  • Yogurt plain – untuk memberi teksktur masam dan tebal. Jika tiada yogurt, memang tak berapa sedap. Yogurt manis pula tak digallakkan kerana risau risiko gula yang tinggi.
  • Susu segar @ susu kotak (pakai susu tepung serious tak sedap)
  • Chia Seed, ini akan beri rasa seolah-olah puding dan kenyal-kenyal
  • Buah-buahan manis seperti epal, mangga, kismis
  • Buah-buahan masam seperti strawberry, blueberry

Cara penyediaannya pun mudah sangat. Pada malam hari sebelum tidur, hanya perlu potong semua buah dan gaul rata.

Kurangkan Rasa Lapar Ketika Berpuasa,

Ada delima, epal, mangga untuk rasa kombinasi masam manis yang terbaik!

 

Kurangkan Rasa Lapar Ketika Berpuasa,

Inilah rupa Overnight Oat yang sedap dan mengenyangkan

2. Minum Soy Protein Shake Dengan Kurma

Menu ini juga cukup mudah. Lagi-lagi kalau dah terlewat bangun untuk sahur. Memang highly recommended. Minum susu segar sewaktu sahur sememangnya akan menyebabkan kita rasa kenyang lebih lama. Bila ditambah pula dengan protein soya, memang rasa perut lebih puas terisi.

Blendkan semua dengan kismis, kurma dan juga oat. Blend sehingga hancur. InsyaAllah akan beri tenaga berpanjangan sehingga ke petang.

Kurangkan Rasa Lapar Ketika Berpuasa,

B) Menu Untuk Kurangkan Rasa Haus Ketika Berpuasa

Kalau rasa lapar, masih gagah lagi. Tapi kalau haus, memang rasa kering kontang tekak. Ibu-ibu menyusu lagi laaaa terasa. Selain dari penuhkan masa malam dengan paksa diri minbum 8 gelas air masak, ada alternatif lain sebagai tambahan juga untuk mengekalkan badan supaya terhidrat sepanjang berpuasa. Iaitu dengan minum air Performance Drink dan juga Energy Cinch Tea Mix.

1. Minuman isotonik tak bergas Performance Drink

Apa Beza Performance Drink ini Berbanding Minuman Isotonik yang Lain?

Tentulah ia tanpa gula! Dan ia ada bahan aktif yang dinamakan sebagai proprietari OPTI-Lyte™ iaitu sejenis campuran elektrolit dan karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum dalam badan kita.

Cadangan Resepi dan Bancuhan:

Campurkan 28 gram atau 3 sudu besar untuk setiap 1 cawan air sejuk. Memang sedap dan segar.

2. Energy Cinch Tea Mix

Selalunya orang akan minum kopi untuk elakkan rasa mengantuk masa terawikh. Teh ini jauh lebih baik berbanding kopi. Kerana kopi akan meransang kita untuk kencing banyak. Teh ini merupakan campuran teh hijau, teh putih dan teh merah, serta taurina yang dicampurkan secara ekslusif untuk meningkatkan tenaga seharian supaya kita kekal cergas dan segar. Sedap sangat diminum sama ada sejuk atau panas. Tak percaya, cubalah. Terbuntang mata kang untuk solat terawikh.

Menarik kan? Denagn menu makanan yang sihat dan juga minuman yang boleh boostkan tenaga, kita ni boleh jek segar sampai lah ke rakaat terakhir terawikh! Walaupon sibuk dengan urusan kerja seharian, dengan jem lagi di perjalanan, dengan memasak dan menguruskan anak-anak, insyaAllah dengan pengamalan pemakanan yang baik, badan akan tetap kekal bertenaga dan segar.

error: Content is protected !!