Krimer Dalam Kopi Serious Tak Sihat – Gantikan Dengan Apa?

Memang selalu dengar mitos yang kata kopi segera ni tak sihat. Betul ke salah?

Sebenarnya, serious bahan dalam krimer memang langsung tak sihat. Itu lah yang jadikan kopi-kopi segera kat pasaran sebenarnya tak elok untuk kesihatan. Kopi tu sendiri tak salah. Kopi tu sendiri kaya dengan antioksidan. Yang salahnya adalah krimer. Sebabnya, krimer ni bahannya dibuat dari hydrogenated oil (minyak yang dihidrogenasi) atau nama lainnya TRANS FAT, ditambah pula dengan gula dan perasa tiruan.

Boleh baca sini, macam mana minyak ni mengalami proses hidrogenasi >> Transfat dan Hidrogenasi Process

Transfat yang bukan tenusu ni sebenarnya boleh meningkatkan kadar kolestrol dalam darah, dan mengurangkan kolestrol baik. Jadinya, ia sangat la tak elok sebab boleh meningkatkan risiko sakit jantung dan stroke.

Pengganti terbaik untuk krimer? Sudah tentulah santan, krim tenusu (dairy cream) dan susu penuh krim. Kenapa?

Santan

Santan ni banyak sangat kegunaannya. Dimakan gitu sahaja pon boleh, malah orang zaman dulu-dulu buat minyak dari santan. Santan kaya dengan nutrisi, kaya dengan fiber dan mineral. Lebih separuh dari lemak santan adalah medium-chain triglycerides (MCTs), iaitu sejenis lemak yang mudah terbakar, bukan jenis yang akan disimpan dalam badan. Siapa ada kajian pada 2010 dalam “International Journal of Food Sciences and Nutrition” yang kata MCTs ni boleh menyebabkan pengurangan lemak dalam badan. So sesiapa yang nak elakkan makan banyak sangat produk tenusu, santan adalah pilihan terbaik dan free lactose. Takde kolestrol tau.

Coconut-Milk-Feature

Real Cream @ Krim Susu

Krim adalah lapisan lemak yang ada pada bahagian atas susu lembu sebelum susu lembu dihomogenkan. Krim kaya dengan lemak, dan kalau diambil dalam kuantiti yang berpada-pada, bagus sebenarnya untuk kesihatan. Kalau kat pasaran atau di kedai-kedai bakeri, biasanya ia ditulis sebagai “Dairy Cream” atau “Dairy Whipping Cream”. Biasanya akan ditulis, kandungan lemak dalam real cream ni 35% hingga 40% lemak. Whipped cream pulak adalah dairy cream yang dah dipukul jadi kental. Kena paham bezanya tu. Hehe. Ia tak manis, tawar rasanya. Lemak tenusu ni dikatakan sihat sebab ia mengandungi CLA (Conjugated linoleic acid) dan Omega-3 fatty acids yang seimbangkan kandungan lemak tepu dalam krim ini.

uhtwhippingcream2

Susu Penuh Krim

Susu penuh krim kaya dengan sumber protein, lemak, karbohidrat, vitaminm D, vitamin B12, mineral kalsium, potassium dan selenium. Jadi, ia sangat bagus dijadikan pengganti krimer sintetik.

So kalau lah katakan nak kan kopi yang lemak berkrim, tapi takut gemok (haha), boleh lah letak separuh susu, separuh krim. Kesimpulannya, kopi segera memang tak salah. Yang salah adalah krimer sintetik yang biasanya ditambahkan ke dalam kopi segera yang ada di pasaran tu.

So lepas ni nak buat apa? Beli jek kopi kosong, tambah gula sendiri, tambah susu sendiri. InsyaAllah lebih sedap, lebih lemak berkrim, dan lebih sihat!

So sesiapa yang ketagih kopi, anda tak perlulah boikot kopi. Heee.

Rujukan

error: Content is protected !!