Rupanya Minyak Kelapa Minyak Masak Terbaik, Bukan Minyak Kelapa Sawit

Kontroversi tentang minyak masak. Rupanya minyak kelapa minyak terbaik, bukan minyak sawit. Isu ni merupakan perbincangan berat. Dan sehingga kini memang sangat ramai yang comfuse sangat mana satu minyak yang baik. Saya dulu ingatkan lemak tepu tu la jahat, sebab perkataan “tepu” tu menjadikan saya pikir lemak tu akan mendap dalam darah. Hahaha. Sungguh naif!

Ramai orang kompius, butter ke minyak kelapa sawit bagus untuk kita makan. Saya juga kompius, butter merupakan lemak tepu dan lebih mahal dari buttercup (yang merupakan sapuan kelapa sawit). Kalau lemak tepu tak bagus, kenapa lagi mahal dari minyak sawit? Pelik.

Lepas baca artikel dari seorang yang berada dalam bidang kimia (rujuk link rujukan di bawah), baru lah perasan salah rupenya. Lemak tepu lah rupenya terbaik!

Kestabilan Minyak Masak

Minyak masak yang baik adalah minyak masak yang stabil, iaitu tidak teroksida. Teroksida bermaksud minyak ber-reaksi dengan oksigen dan membentuk radikal bebas dan kompaun berbahaya kepada badan. Semakin stabil minyak itu, maksudnya semakin susah teroksida. Semakin tak stabil minyak tu, maknanya makin senang teroksida.

Apa yang Mengawal Kestabilan Minyak Masak?

Molekul lemak dalam minyak tersebut yang mengawal kestabilan minyak masak. Kita dahulu masa SPM ada belajar pasal lemak tepu (saturated fat), lemak tak tepu (unsaturated fat). Lemak tak tepu pulak ada  monosaturated fat dan polysaturated fat.

Term atau nama saturated, mono-unsaturated, and poly-unsaturated adalah merujuk kepada ikatan hidrogen dan karbon dalam molekul lemak. Dalam bidang Kimia Organik, satu atom karbon terikat dengan 4 atom hidrogen untuk membentuk satu ikatan yang stabil. (Rujuk Gambar di bawah).

Lemak Tepu (Saturated Fat)

Jadi lemak tepu bermaksud lemak itu ada maksimum semua hidrogen terikat pada setiap atom karbon. Sebab itu ia dipanggil tepu, iaitu tepu dengan atom hidrogen. (Bukan tepu melekat dalam badan kita okeh). Ikatan hidrogen karbon dalam saturated fat ni rapat-rapat sebab semuanya penuh, menjadikan ikatan dia memang rapat antara satu sama lain. Sebab itulah pada suhu bilik, lemak tepu ni ada dalam bentuk pepejal. Ikatan single bond dalam lemak tepu ni sangat stabil dan menjadikan lemak tepu tahan pada suhu panas.

fatty acid

Lemak Tak Tepu (Unsaturated Fat)

Lemak tak tepu pulak ade double bond yang tak stabil antara carbon dengan carbon disebabkan kekurangan atom hidrogen. Sebab itu molekul lemak tak tepu membengkok macam gambar kat atas itu. Sebab itu jugalah pada suhu bilik ia dalam bentuk cecair sebab ia tak rapat antara satu sama lain. Ikatan double-bond antara carbon ni sangat tak stabil dan sensitive pada suhu.

Lemak tepu susah nak panas tapi lemak tak tepu patut dielakkan untuk dipanaskan.

Ok, sampai sini paham ya semua. Kita ulang balik.

Lemak Tepu bermaksud – semua ikatan karbon penuh dengan hidrogen – stabil – susah teroksida

Lemak Tak tepu – ada ikatan karbon yang tak ada hidrogen – tak stabil – senang teroksidan

Jadi, Apakah Minyak Masak terbaik??

Minyak masak kita guna untuk masak makanan sebagai medium untuk pindahkan haba dari api kepada makanan.

virgin-coconutoil

Minyak Masak Terbaik – Minyak Kelapa

Tapi, mana zaman sekarang ni nak carik minyak kelapa! Hehehehehe. Zaman dulu memang ya, orang kampung buat minyak kelapa sendiri. Dalam minyak kelapa, ada 90% molekul lemak tepu, dan sangat susah nak panas. Minyak kepala ni dalam bentuk pepejal dalam suhu bilik dan boleh tahan sangat lama kat luar – sebabnya, molekul lemak tadi sangat stabil. Minyak kelapa juga ada asid lauric yang boleh tingkatkan kolestrol baik dalam darah dan bantu bunuh bakteria dan pathogen. Lemak dalam minyak kelapa bukan sahaja boleh upkan kadar metabolisme badan, tapi boleh juga jadikan rasa kenyang berbanding minyak lain. Boleh baca pengalaman blogger ini masak dengan minyak kelapa di sini.

Tak tahu minyak kelapa ni yang mana satu? Ala…yang orang panggil virgin cococnut oil tu. VCO tu. Itulah minyak kelapa.

 

ColdDalam suhu bilik, minyak kelapa akan berbentuk macam butter. Iaitu menjadi pepejal.

hot-1

Bila suhu agak panas, minyak kelapa akan bertukar menjadi cecair. Inilah minyak masak terbaik. Dan termahal.

Boleh ke Masak Guna Minyak Lain?

Boleh. Kenapa tak boleh. Minyak lain pon boleh, cume minyak kelapa lah sebenarnya minyak terbaik. Seterusnya, boleh rujuk gambar di bawah ni. Mentega boleh dijadikan pengganti kepada minyak masak seterusnya. Kemudian minyak zaitun, dan barulah minyak kelapa sawit. Barulah paham kenapa butter mahal, kenapa minyak sapi mahal!! Sebab mereka ni lemak tepu!

Sumber: New Zealand Heart Foundation

Nak cuba buat sendiri minyak kelapa? Haaa boleh tengok video kat bawah ni.

Kaedah Panaskan dan Asingkan Lemak Guna Pemanasan

Cold Pressed (Kaedah Fermentation) – Inilah Virgin Coconut Oil. Virgin maksudnya tak dipanaskan

Rujukan:

Blogger ahli kimia yang menerangkan tentang ikatan kimia organik dalam lemak dan konspirasi dalam lemak tepu dalam dunia perubatan

http://norazmibiz.blogspot.com/2013/11/konspirasi-minyak-masak.html?showComment=1438227963483#c1272972919722133532

Fakta lain tentang minyak masak yang sihat

http://authoritynutrition.com/healthy-cooking-oils/

https://www.organicfacts.net/health-benefits/oils/virgin-coconut-oil.html

Pengalaman masak dengan minyak kelapa

http://ummunadifa.blogspot.com/2012/05/minyak-goreng-kelapa-bikin-masakan.html

Contoh jualan minyak kelapa organik

http://www.naturepacific.com/page/33/learn-about-coconuts-%7C-the-difference-between-virgin-coconut-oil-and-coconut-butter

One comment

  1. oo, begitu rupanya, tahu juga boleh buat minyak lain sebagai minyak masak, tapi tak tahu pula minyak kelapa yang terbaik, hebat hebat info ni, tq, tq 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge