Kesihatan Kediaman

Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate

Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!

Fresh Laundry Concentrate

Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit – punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

 

 

Get Clean® Water Pitcher

Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya – termasuk sehingga 99% plumbum!

Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.

Air dan bumi yang lebih bersih dan lebih sihat.

Dish Wash Concentrate

Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?

  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki

Soft Fabric Concentrate

Pekatan pelembut fabrik yang berbau harum ini berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan. Malah, rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan dan membolehkan anda merasai perbezaannya dengan sekali sentuhan.

  • Berkepekatan tinggi: 32 auns mampu melembutkan 64 cucian
  • Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi
  • Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan
error: Content is protected !!