Kenapa Makan Vitamin C 1000 mg Atau Lebih Adalah Membazir?

Terlalu banyak kajian saintifik yang kata jika mengambil terlalu banyak Vitamin C, adalah berbahaya untuk kesihatan. Upper limit untuk pengambilan Vitamin C yang disarankan adalah 2000 mg. Jika terlalu banyak (megadoose), macam-macam komplikasi dikatakan boleh berlaku, (namun banyak kajian masih pending lagi tentang berapa banyak yang dikatakan banyak tu).

Kita sedia maklum yang kita ni manusia yang sukakan “instant gratification”, iaitu telalu inginkan result yang super duper mega-cepat.

Contoh, bila kata makan vitamin C boleh cerahkan kulit, dan dan nak cerah jugak kalau boleh dalam masa 0.01 saat (haha).:mrgreen:

Contoh, bila kata makan vitamin C boleh kecutkan jerawat, dan dan nak jerawat hilang dalam sekelip mata bling~ hilang.:lol:

Begitulah taksubnya manusia ni nak cepat cantik sampaikan macam tu sekali. Sekaligus menjadikan apa-apa produk di pasaran, asalkan ada kaitan dengan kecantikan jek, harganya akan jadi berkali ganda. Sebab itu jugalah, syarikat membuat supplement berlumba-lumba nak hasilkan Vitamin C yang paling tinggi dosage, disebabkan kewujudan mentaliti sesetengah daripada kita yang kurang bijak yang mahukan instant gratification tanpa berfikir dengan lebih bijak.

Pelanggan selalu bertanya kepada kami;

Kenapa Shaklee tak keluarkan Vitamin C 1,000mg ke 2,000mg ke. Kan ke bagus. Ni kenapa 500 mg jek. Sikit tau 500 mg ni. Nak cepat cantik kene banyak mg laaa baru berkesan!

Buah Beri kaya dengan Vitamin C

<

Kenapa Makan Vitamin C 1000 mg Atau Lebih Tu Tidak Berbaloi?

Penulisan di bawah ni adalah berdasarkan artikel di link bawah ni ya.
http://www.drweil.com/drw/u/QAA400536/Overloading-on-Vitamin-C.html

Berdasarkan link di atas, Dr Andrew Weil ni mengulas bahawa 2,000 hingga 3,000 mg Vitamin C sehari memang banyak tapi tidaklah sampai tahap boleh merosakkan buah pinggang lagi. Risiko untuk kene Kidney Stones ni masih agak rendah.

Dahulu Dr Weil ini juga pernah mencadangkan 2,000mg hingga 6,000mg Vitamin C sehari (dibahagi 3 kali dalam sehari) tapi kini beliau sendiri merendahkan kadar dosage Vitamin C ini kepada hanya 200mg ke 500mg selepas mengkaji kembali dua kajian saintifik yang mana dosage 200mg ke 500mg ni dah cukup untuk tepu-kan tisu dan sel badan kita untuk melawan kanser, sakit jantung dan penyakit lain. Kajian ini diterbitkan dalam dalam Journal of the American Medical Association, Isu April 1999, yang menyimpulkan bahawa 200mg adalah dosage maximum Vitamin C yang sel badan manusia boleh serap dalam sehari. So ambil lebih dari tu, badan kita takkan dapat serap pun.

Kajian kedua adalah disokong oleh Linus Pauling Institute dan diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, pada June 1999. Pauling sendiri mengambil 18,000mg Vitamin C sehari pada ketika itu dan beliau memang mendapati, dosage yang sama jugak diperlukan, iaitu 120mg hingga 200mg sahaja yang boleh diterima oleh sel badan kita.

Tapi Dr Weil juga mencadangkan sebanyak 1,000 mg Vitamin C jika kita bekerja di tempat tercemar, perokok dan jika kita sedang dijangkiti selsema.

Ulasan Dr Weil ini diterbitkan pada tahun 2009. Sekarang adalah tahun 2015 dan mungkin ada pembaharuan lain tentang dosage dan masih di dalam kajian lagi. Apa-apa pon, pengambilan supplement mestilah konsisten supaya badan kita mendapat benefit sepenuhnya.

Untuk Vitamin C sehingga 1000mg disumbat dalam sebiji tablet, memang sungguh tak logik dan tidak membawa faedah. Sebab seperti mana yang dikatakan kajian yang disebutkan di atas, sel badan manusia ni tepu pada Vitamin C maximum 200mg sahaja.

Jadi kalau telan 1,000 mg sekaligus, hanya 200mg diserap dan 800mg lagi akan larut air dan dibuang melalui air kencing, kan membazir namanya. Adalah lebih baik makan sikit-sikit tapi dikerapkan supaya badan sentiasa ada Vitamin C ni. Lagipon Vitamin C amatlah fragile.

Jom tengok video di bawah ni, bagaimanana sel badan kita sedang makan sel kanser. Sel kanser menjadi aktif sebab terlalu banyak radikal bebas.




Yang hitam tu adalah sel kanser dan yang putih gerak-gerak tu adalah T-cell imun badan kita.

Disebabkan kes study tu pon adalah pada tahun 1999 dan Dr Weil pon ulas mengenai dosage ni pada tahun 2009, mungkin banyak kajian lain perlu dilakukan berkenaan dosage ni. Sebab pencemaran sekarang ni pon lebih teruk berbanding dahulu. Terlalu banyak pencemaran di persekitaran kita. Buktinya, kita kerap sakit, kita dikelilingi orang yang merokok, secara percuma jek kita ni terdedah dengan banyak radikal bebas yang merosakkan cell. Vitamin C adalah antioksidan yang boleh dikatakan antioksidan paling murah. Maka, pilihlah yang terbaik. Bukan pilih yang paling banyak dosage nya ya.

Vitamin C Shaklee Vita-C Plus mengandungi 500mg Vitamin C yang dilepaskan perlahan-lahan, iaitu 100mg setiap jam. Jadi ianya tidaklah menjadikan kesemua Vitamin C ini larut dalam darah dan dilepaskan dalam air kencing.

Tindakan menganbil Vitamin C secara sekaligus dengan dosage banyak, sememangnya menjadikan poket anda nipis dan air kencing menjadi mahal (hehe). Jadi, elakkan lah begitu. Logik kan mengapa kita disuruh makan buah-buahan dengan hidangan berpatutan, 5 – 7 hidang sehari, kecil portion tapi kerap? Haa, juga atas sebab yang sama!

Nak cantik, cantik juga, tapi kita perlu bijak juga. Kan? :D

error: Content is protected !!