Makanan Sebabkan Jerawat Saya Meriah Selepas Raya??!

Siapa lepas raya ni jerawat naik mencanak-canak subur di ladang muka dan tiada tanda rasa nak surut pon? Kadang-kadang kita dalam denial, yang mana memang ada sesetengah makaan yang boleh buatkan jerawat kita semakin teruk.

Well, memang ada orang dianugerahkan kulit yang cantik, dan ada juga yang bernasib kurang baik, memiliki kulit yang super duper sensitive – salah makan sikit pon jerawat terus meletus keluar.

Agak-agak apa makanan yang kita makan masa raya lepas yang jadikan kulit kita makin teruk? Boleh teka tak? Haaa kat bawah ni ada beberapa jenis makanan dan minuman yang sangat boleh trigger kemunculan jerawat di kulit kita.

Check these out:

<

1. Karbohidrat dan Gula

Ingat balik apa yang kita makan 2, 3 menjak ni. Musim perayaan lepas memang tentu tentu sekali banyak makanan manis dan minuman manis. Gula adalah culprit. Apa je yang tak bergula? Sambal kacang untuk lontong bergula.. semua biskut bergula, dan air yang tuan rumah hidang pada kita tentu-tentu sekali bergula. Boleh dikatakan masa musim perayaan, kita consume gula jauh lebih banyak berbanding hari biasa.. tapi kita tak sedar. Sekarang baru sedar kan? Hehe.

Karbohidrat. Karbohirat ni akan bertukar menjadi glukos dalam badan kita, sejenis gula juga. Dah namanya musim perayaan, apa jek yang kita tak makan. Lontong ada, ketupat ada, semua jenis kuih pon ada karbohidrat. Sama macam gula juga, kita makan berganda karbohidrat berbanding hari biasa. Perasan tak, memang ramai orang jatuh sakit selepas musim perayaan? Klinik penuh! Tentu semua ni ada kaitan. Betul tak?

Antara makanan yang banyak gula dan karbohidrat adalah:

  1. Makanan process macam biskut, kerepek dan cookies
  2. Kanji macam roti, kentang dan pasta
  3. Gula terutama dari air dan makanan bergula

Badan kita terpaksa hasilkan lebih banyak insulin sebab nak overcome overload gula ni. Itulah yang menjadikan kulit makin jadi berminyak dan menyebabkan sumbat liang-liang roma tu. No wonder la kan jerawat makin banyak kan?

2. Makanan Jenis Berminyak

Musim perayaan ni, apa je makanan yang tak berminyak? Rendang? Kuah lodeh? Sambal kacang? Semua overload minyak. Particle minyak di udara pon boleh sebabkan kulit kulit tersumbat dan jadikan kuit makin teruk. So siapa yang memang ke dapur dan masak-masak masa musim perayaan akan perasan, kulit muka jadi lebih teruk berbanding biasa! Lagi-lagilah penat terus tidur. Muka tak cuci pon, memang makin teruk la jadinya. Perasan kan?

<

3. Produk Tenusu

Sesetengah orang yang banyak makan produt tenusu juga boleh perasan jerawatnya kan naik. Kek, dan biskut biasanya menggunakan butter yang juga merupakan produt tenusu. Tak berlaku pada semua orang cuma memang ada kajian sesetengah orang react dengan produk tenusu dan trigger jerawat tumbuh.

Apa kata cuba berhenti langsung makan butter, kek, biskut, susu, yogurt dan apa apa kaitan dengan susu dalam masa 2 bulan. Biasanya memang jerawat akan sangat surut.

Walaubagaimanapun, sumber kalsium boleh didapati dalam bentuk lain seperti supplement kalsium, orange juice, bijirin, rotim susu soya, dan soya, kacang badam, sawi, brokoli dan sayuran hijau yang lain.

Kesimpulan

Bersabarlah dengan apa yang terjadi. Memang ada setengah orang kulit amat sensitif, ada yang tidak. Tapi bila fikirkan dari sudut yang positif, orang yang kulit sensitif akan mula mengambil langkah berjaga-jaga dalam pemakanan seharian. Kan? Sebabnya, badan lebih mudah mengesan toksin yang hadir. Cubalah berpantang makanan-makanan jenis ini sebulan dua, insyaAllah kulit akan bertambah baik.

Selamat mencuba!

error: Content is protected !!