Kenapa Baby Reject Breastfeeding Secara Mengejut

Berhenti Menyusu Secara Mengejut

Ada orang kata baby tu disampuk jin. Ditegur katanya. Terus tak nak menyusu budak tu sedangkan selama ni menyusu esok jek. Ada yang kata jugak ada jin hisap breast mak, jadi anak terus tak nak dah.

Sebenarnya keadaan ini dinamakan sebagai Nursing Strike. Ia berlaku worldwide, bukan kat Malaysia jek. So bukan disebabkan jin la kot??

Apa Tu Nursing Strike

Nursing Strike ni ialah keadaan di mana seorang baby tu yang selama ni menyusu dengan happynya, tiba-tiba je berhenti menyusu terus tak nak breast ibunya. Kebanyakan orang akan ingat baby tu sendiri nak wean off. Tapi kalau ikutkan umur nya yang belum setahun, macam mustahil pula nak wean off.

Seolah-olah baby tu sendiri tak happy menyusu walaupun sebenarnya sangatlah lapar.

Apa Penyebab Nursing Strike?

Penyebab Secara Fizikal

  1. Jangkitan pada telinga yang menjadikan baby rasa tak selesa bila menyusu (better bawak baby jumpa doktor)
  2. Selesema atau hidung tersumbat yang menyukarkan bayi bernafas semasa menyusu.
  3. Baby sakit tekak atau mulut. Kadang kita sebagai mak pon tak perasan, rupanya baby ada ulser mulut atau pun bibir yang terbelah @ sakit.
  4. Hand, foot and mouth disease (HFMD) pon boleh sebabkan baby refuse breast sebab sakit mulut penuh ulser.
  5. Sakit gusi disebabkan nak tumbuh gigi.
  6. Thrush infection (jangkitan kulat).
  7. Urinary tract infection (UTI).
  8. Susu ibu yang sikit, jadi baby tak puas.
  9. Rasa susu ibu yang berubah disebabkan apa yang ibu makan.
  10. Susu terlalu banyak sampai memancut-mancut menyebabkan baby selalu tersedak (baby tak suka tersedak).
  11. Bayi tak dapat atau tak pandai melekap (latching) dengan betul. Ini menjadikan breast tak dapat masuk dengan sempurna dan menyusu tak efektif. Sangat dicadangkan untuk ibu berjumpa dengan pakar laktasi.

Penyebab Secara Emosional

  1. Contohnya si ibu menjerit bila baby tergigit nipple. Jadi baby rasa fobia dengan suara jeritan ibu.
  2. Si ibu sendiri rasa stress, mungkin sebab berpindah rumah, ada tetamu, ada masalah keluarga dan sebagainya sehingga baby boleh terasa yang emosi ibu sendiri tak menentu.
  3. Ibu tukar pewamgi badan, deodorant, sabun ataupun lotion yang mana baby rasa sangat terasing.
  4. Terlalu banyak bagi puting atau nurse menggunakan botol sampai baby rasa lebih selesa menggunakan botol berbanding menyusu direct.

Apa yang si ibu boleh buat bila terjadi Nursing Strike?

  1. Kalau lah memang ada luka atau pon jangkitan seperti yang tersenarai di ats, memang perlu sangat berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
  2. Cube menyusukan semasa baby tengah mamai. Mungkin baby akan menerima breast.
  3. Jangan paksa baby menyusu. Sebab baby akan lagi upset bila mommy sendiri upset semasa mencuba.
  4. Walaupon sangat susah, cuba untuk relax dan peluk-peluk baby serta skin to skin dengan kerap.
  5. Cuba nanyi atau dodoi perlahan-lahan sambil baju terbuka supaya baby rasa relax dan cuba untuk latching.
  6. Buat dalam bilik yang lampu suram dan tak ada sesiapa yang ganggu. Boleh juga mandi sama-sama dengan baby untuk bonding bersama.
  7. Banyakkan masa relax dengan baby. Jangan busykan sangat dengan kerja-kerja rumah buat sementara. Outsource pada suami. Hahahaha??
  8. Cuba menyusu dalam keadaan yang berbeza-beza. Contohnya sambil berjalan-jalan, sambil gunakan ring sling, sambil duduk-duduk dalam kereta bersendirian dengan baby, ubah cara kedudukan semasa menyusu.

Jadi, masih boleh ke meneruskan penyusuan susu ibu?

Boleh sangat. Apa-apa pun, ibu perlu sangat kuat dan tabah. Cuba apa sahaja cara untuk kembalikan keyakinan anak untuk menyusu semula. Ibu juga boleh pergi berjumpa pakar laktasi atau pun doktor untuk meminta pendapat mereka. Menyusu badan tersangatlah seronok. Selain bolehmembakar kalor dan membantu penurunan berat badan yang optimum, menyusu susu badan penuh juga baik untuk perkembangan bayi.

Alangkah seronok tengok gelagat anak tertonggeng-tonggeng menyusu badan. Memang priceless. Semoga berjaya!!

Harga Set Menyusu Shaklee yang ramai telah berjaya menyusukan anak secara penuh dan ibu semakin sihat bertenaga. Harga ahli set ini jauh lagi murah, klik sini untuk direct wassap saya nak dapatkan harga ahli dengan register ahli Shaklee.logo-whatsapp_600x184

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge