Kelebihan Vitamin E Bantu Kulit Kering Berkerak

Kulit Kering Vitamin E

Ini contoh kulit yang kering. Bukan semua orang kena kulit kering ni. Kadang ada yang tak seteruk ini, tapi kalau tak pakai pelembab, celah-celah bibir nampak macam flaky-flaky. Mula-mula tak perasan, sekali masuk aircond, pastu keluar balik dan tengok cermin, Eeeeeeehhhh… ade putih-putih sekeliling bibir. Huhu maluu.. (meskipon orang lain mungkin tak perhatikan, tapi still rasa tak best)

 

Tanda Anda Sebenarnya Mengalami Kulit Kering

  1. Muka anda macam gambar di atas. Ada kawasan yang putih-putih. Yang gambar ni dah menggelupas dah.
  2. Anda rasa gatal kat kawasan kulit tu. Bila garu, keluar warna putih-putih kesan garu kat kawasan digaru tu. Kulit normal takkan berubah warna bila digaru.
  3. Pedih di bahagian kulit
  4. Bibir pecah, dan berkerak. Tanda paling senang nak nampak yang kita ni mempunyai kulit kering.
  5. Ada juga orang yang bahagian kulit kering tu menjadi gelap (kesan semakin teruk sebab kulit kering dibiarkan sahaja tanpa rawatan)

>

Punca Kenapa Kulit Jadi Kering

  1. Terlalu banyak cuci muka. Ini menyebabkan minyak semulajadi pada kulit pon hilang. Kadang kita ingat makin cuci makin bersih, tapi rupanya salah.
  2. Terlalu kerap mandi air panas. Mandi air panas lama-lama pulak tu. Memang akan menjadikan kulit kering sebab air panas memang menanggalkan minyak semulajadi pada kulit. Sepatutnya hanya mandi air suam dan tak mandi terlalu kerap. Cukup lah mandi 2 kali sehari.
  3. Terlalu banyak mandi. Contohnya macam perenang.
  4. Menggunakan sabun yang banyak sangat pewangi dan juga terlalu kuat antibiotik. Sebab itulah kita tak digalakkan pakai sabun Dettol, melainkan atas saranan doktor Dermatology kita.

 

Macam mana Vitamin E bantu Memperbaiki Kulit?

  1. Vitamin E ni bantu mengekalkan struktur sel kita dengan melindungi membran (dinding) dalam sel.
  2. Vitamin E adalah antioksidan yang kuat seepas Vitamin C. Antioksidan bertugas lawan sel radikal bebas yang merosakkan sel badan kita. Kalau sel badan kita cepat rosak, makna kata, cepatlah kita menjadi tua. Sebab tulah Vitamin E juga dikenali sebagai Vitamin Awet Muda.
  3. Vitamin E boleh hilangkan kedut! Sebenarnya dengan sifat antioksidan Vitamin E ni, ia juga merangsang pembentukan Collagen. Lebih-lebih lagi jika ia diambil bersama Vitamin C. Dua vitamin antioksidan inilah yang membantu menghasilkan collagen dan menjadikan kulit tegang. Maka, susahlah kedutan nak muncul.
  4. Vitamin E dan gabungan Vitamin C merangsang pembentukan sel baru.

<

Vitamin E dan Vitamin C Kulit Kering

 

 

 

Mana nak dapat Vitamin E?

  1. Kekacang dan biji-bijian
  2. Telur dan Poultry
  3. Cereal product
  4. Minyak sayuran seperti jagung, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan soya
  5. Sayuran hijau seperti sawi
  6. Avocado

<

Saya pasti ada Vitamin E sintetik dan Vitamin E semulajadi. Macam mana nak bezakan?

Vitamin E semulajadi ada dalam 8 bentuk kimia, iaitu:

  1. alpha- tocopherol,
  2. beta- tocopherol,
  3. gamma- tocopherol, and
  4. delta-tocopherol and
  5. alpha- tocotrienol,
  6. beta- tocotrienol,
  7. gamma- tocotrienol, and
  8. delta-tocotrienol

Tapi, sebanyak-banyak bentuk Vitamin E semulajadi ini, hanya Alpha-tocopherol je yang badan kita kenal dan badan kita boleh gunakan manfaatnya. So kena sangat berhati-hati dengan Vitamin E yang ada di pasaran. Adakah ia sintetik? Ataupun ia semulajadi.

>

Berapakah dosage Vitamin E yang selamat?

Pengambilan dosage harian Vitamin E adalah berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Juga sila ambil perhatian jika ada apa-apa penyakit, juga perlukan pengambilan Vitamin E yang berlainan dosagenya. Untuk lelaki dan wanita dewasa, minimum Vitamin E yang diperlukan adalah sebanyak 14–15 miligram (atau 22.5 IU). Untuk wanita mengandung, 15 mg (22.5 IU), untuk ibu yang menyusukan adalah 19 mg (28.5 IU). Dan maksimumm dosage harian yang selamat adalah 1,000 miligram sehari iaitu 1,500 IU.

Vitamin E Shaklee

Kenapa pilih Vitamin E Shaklee Berbanding Jenama Vitamin E lain?

  1. Harga. Vitamin E Shaklee RM149.00 untuk 120 biji. Bermakna hanya RM 1.24 sen sebiji
  2. Komposisi dan kandungan. Setiap biji mengandungi sehingga 332.88 mg (40o IU), grape Seed Extract 39.4 mg, dan Selenium 65 mcg

So kene bandingkan dengan Vitamin E lain di pasaran, berapakah harganya, berapakah kandungannya bijinya, adakah ia diformula dengan Grape Seed Extract dan Selenium.

 >

Kenapa Vitamin E Shaklee ade Grape Seed Extract dan Selenium?

Grape Seed Extract ditambah ke dalam Vitamin E Shaklee kerana ia mengandungi kandunganVitamin E, Flavanoids dan Linolenic Acid yang tinggi yang diperlukan tubuh, untuk melawan sel kanser dan meningkatkan fungsi antioksdan.

Selenium pula, memang terdapat kajian yang menyatakan bahawa Selenium sangat membantu mengurangkan risiko kanser prostat pada lelaki.

 

 

Sumber Rujukan:

http://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/vitamin-e/dosing/hrb-20060476

http://www.webmd.com/prostate-cancer/news/20140221/vitamin-e-selenium-supplements-might-double-chances-of-prostate-cancer

http://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminE-HealthProfessional/

 

 

>

>

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE

<

1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee

>

<

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

 

Daftar ahli Shaklee

>

 

error: Content is protected !!