Kejang Kaki Ketika Tidur - Tanda Tubuh Kurang Kalsium

Orang kata kalau selalu kejang kaki ketika tidur tu, adalah tanda kita kurang kalsium. Betul ke?

Apa Itu Sebenarnya Kalsium?

Kalsium adalah nutrisi yang sangat penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kalsium amat diperlukan dalam beberapa proses fisiologi badan termasuklah untuk pertumbuhan gigi dan juga pembentukan tulang di kalangan kanak-kanak.

Penyerapan kalsium pula dibantu oleh vitamin D3. Jadinya, kalau ambil kalsium tapi tiada sumber vitamin D3, maka penyerapan kalsium menjadi tak optimum. Sebab itulah kebanyakan vitamin kalsium ada disertakan sekali vitamin D3 untuk membantu penyerapan kalsium dalam tubuh. Di Malaysia kita kaya dengan sinaran cahaya matahari. Tetapi, ada juga antara kita yang keluar kerja subuh dan balik pula malam hari. Memang kadang tak terdedah langsung pada sumber cahaya matahari ni.

Berapa Banyak Kalsium Diperlukan Setiap Hari?

Keperluan kalsium adalah berbeza mengikut peringkat umur seseorang individu. Jumlah kalsium yang diperlukan mengikut peringkat umur diringkaskan seperti dalam jadual 1 di bawah.

 
Golongan Umur Keperluan kalsium
Bayi 0 – 6 bulan 200 mg/hari
7 – 12 bulan 260 mg/hari
Kanak-kanak & remaja 1 – 3 year tahun 700 mg/hari
4 – 8 tahun 1000 mg/hari
9 – 18 tahun 1300 mg/hari
Dewasa 19-50 tahun 1000 mg/hari
51-70 tahun 1000 mg/hari
19-50 tahun 1000 mg/hari (lelaki)
1200 mg/hari (perempuan)
Above 71 tahun 1200 mg/hari

Jadual 1: Keperluan kalsium mengikut peringkat umur

Macam Mana Atasi Masalah Kekurangan Kalsium

Kalsium juga boleh diperolehi secara semulajadi daripada diet seharian dan contoh-contoh makanan yang mengandungi kalsium ditunjukkan dalam gambar 1 di bawah.

makanan yang kaya dengan kalsium untuk elakkan kejang kaki

Gambar 1: Contoh-contoh makanan yang mengandungi sumber kalsium

Kalsium bukan sahaja boleh dapat dari susu, malah dari banyak sayur-sayuran yang berwarna hijau. Malah, memang ada banyak supplement kalsium di pasaran untuk topup jika kalsium dari makanan harian tak cukup.

Mereka yang kekurangan kalsium dipanggil sebagai hipokalsemia. Biasanya antara simptom yang kita kekurangan kalsium adalah; termasuk [1]:

  1. Rasa kebas dan denyut-denyut di bahagian jari
  2. Kejang kaki dan otot (contohnya macam tarik menkarung ketika tidur)
  3. Sawan juga boleh terjadi jika kekurangan kalsium
  4. Keletihan
  5. Kurang selera makan
  6. Rentak jantung yang tak normal

Kesan Kekurangan Kalsium Dalam Jangka Masa Panjang

Dalam jangka masa panjang, jika kita kekurangan kalsium, ia akan menyebabkan ketumpatan jisim tulang berkurangan; dipanggil sebagai Osteopenia. Dan jika ia berlarutan, makan akan terjadi pula Osteoporosis. Gambar 2 di bawah menunjukkan ketumpatan tulang yang normal dan masalah osteopenia serta osteoporosis.

NORMAL. OSTEOPENIA. OSTEOPOROSIS.

Gambar 2: Perbezaan tulang normal, osteopenia dan osteoporosis

Antara golongan yang berisiko mengalami masalah kekurangan kalsium ialah:

  1. Wanita yang sudah putus haid

Wanita yang sudah putus haid mengalami risiko kekurangan kalsium kerana kekurangan hormon estrogen yang berperanan dalam penyerapan kalsium.

  1. Wanita yang ketiadaan haid

Wanita yang ketiadaan haid pada usia muda (child bearing age) akan turut mengalami masalah kekurangan kalsium. Ini adalah kerana, hormon yang tidak stabil menyebabkan proses penyerapan kalsium turut terganggu.

  1. Golongan yang alah kepada laktosa di dalam susu

Golongan yang tidak boleh minum susu kerana masalah tidak toleran kepada laktosa juga mengalami risiko kekurangan kalsium. Ini adalah kerana, mereka tidak dapat memperolehi kalsium secara semulajadi daripada susu yang merupakan salah satu sumber kalsium terbesar.

Jenis suplemen kalsium

Terdapat beberapa jenis sebatian kalsium yang digunakan sebagai suplemen kalsium yang boleh kita ambil. Setiap sebatian suplement kalsium biasanya mengandungi kandungan mineral kalsium yang berlainan dan dirujuk sebagai elemen kalsium. Terdapat beberapa suplemen kalsium iaitu:

  • Kalsium karbonat (40% elemen kalsium)
  • Kalsium sitrat (21% elemen kalsium)
  • Kalsium laktat (13% elemen kalsium)
  • Kalsium glukonat (9% elemen kalsium)

Apa Itu Elemen Kalsium? 

Penting sangat untuk tau elemen kalsium itu apa. Ia bermaksud kandungan sebenar kalsium dalam suplement tersebut. Jumlah elemen inilah yang sebenarnya diserap oleh badan, bukannya jumlah miligram yang dalam label tu.

Contohnya, kalau satu tablet tu dia cakap 250mg kalsium citrate, disebabkan hanya 21% sahaja element kalsium, maka kalsium yang dapat diserap oleh badan hanyalah 52.5mg sahaja. Sebab tulah penting sangat untuk baca label dan juga cadangan serving untuk tentukan berapa yang kita perlukan. Bukan semestinya bacaan tinggi, maksudnya semua tu badan dapat serap.

Pill kalsium biasanya dalam bentuk kalsium karbonat dan juga kalsium sitrat. Kalsium karbonat perlu diambil dengan makanan kerana penyerapan kalsium karbonat dibantu oleh asid dalam perut [8].

Kesan sampingan dan dos kalsium berlebihan

Antara kesan sampingan jika mengambil kalsium berlebihan adalah; sembelit, perut kembung dan batu karang dalam buah pinggang. Di samping itu, kalsium yang berlebihan dalam darah boleh menyebabkan rasa muntah, mulut kering, sakit perut, denyutan jantung tidak sekata, kekeliruan dan paling teruk adalah kematian.

Untuk pesakit kritikal seperti pesakit buah pinggang, jantung dan kanser tulang, memang sangat diwajibkan untuk consult dengan doktor dahulu sebelum mengambil sebarang suplemen kalsium.

Pengambilan Dan Pemilihan Suplemen Kalsium

Memang ada banyak jenis suplement kalsium. Ada yang berbentuk tablet, ada yang berbentuk serbuk dan ada yang berbentuk kapsul. Apa pun bentuk suplement kalsum tu, ia lebih mudah diserap badan jika dosnya kecil dan diambil beberapa kali dalam sehari berbanding ambil suplement kalsium sekali serentak.

Dan jangan lupa ambil kalsium yang berdaftar dengan Biro Farmasiutikal Malaysia (BPFK).

Suplemen kalsium yang berdaftar haruslah mempunyai nombor pendaftaran yang bermula dengan “MAL” diikuti dengan 8 angka dan huruf “N” di belakang 8 angka itu. Contohnya: MAL99999999N. Selain itu, ia juga harus dilekat dengan hologram yang tertera “KKM” di atasnya.

Interaksi kalsium dan ubat-ubatan

Ada effect tak kalau makan kalsium dengan mana-mana ubat? Ada. Contohnya antibiotik (fluoroquinolone dan tetracyclines), hormone tiroid (levothyroxine) dan ubat sawan (phenytoin) boleh berkurangan apabila diambil bersama-sama dengan kalsium.

Penyerapan kalsium juga boleh terganggu apabila diambil bersama-sama dengan steroid (prednisolone). Hydrochlorothiazide, sejenis ubat darah tinggi pula boleh berinteraksi dengan kalsium dan menyebabkan peningkatan paras kalsium dalam badan dan air kencing (urine).

Jadi, untuk keadaan-keadaan pesakit seperti yang disebutkan, pengambilan kalsium haruslah dengan pantauan doktor.

Rujukan

  1. Weaver CM, Heaney RP. Calcium. In: Shils ME, Shike M, Ross AC, Caballero B, Cousins J. Modern Nutrition in Health and Disease. 10th Ed. Baltimore, MD: Lippincott Williams & Wilkins, 2006:194-210.
  2. Heaney RP, Recker RR Stogman MR, Moy AJ. Calcium absorptpion in womwn: relationships to calcium intake, estrogen status and age. J Bone Minor Res 1989;4:469-75.
  3. Breslau NA. Calcium, estogen and progestin in the treatment of osteoporosis. Rheum Dis Clin North Am 1994;20:691-716
  4. Gallagher C, Riggs BL, Deluca HF. Effect of estrogen on calcium absorption and serum vitamin D metabolites in postmenopausal osteoporosis. J Clin Endocrinal Metab 1980;51:1359-64.
  5. Committee to Review Dietary Reference Intakes for Vitamin D and Calcium, Food and Nutrition Board, Institute of Medicine. Dietary Reference Intakes for Calcium and Vitamin D. Washington, DC. National Academy Press, 2010.
  6. Suchy FJ, Brannon PM, Carpenter TO, Fernandez JR, Gilsanz V, Gould JB, Hall K, Hui SL, Lupton J, Mennella J, Miller NJ, Osganian SK, Sellmeyer DE, Wolf MA. NIH Consens State Sci Statements. 2010 Feb 22-24; 27(2):1-27.
  7. Johnson AO, Semenya JG, Buchowski MS, Enwonwu CO, Scrimshaw NS. Correlation of lactose maldigestion, lactose intolerance and milk intolerance. Am J Clin Nutr 1993; 57:399-401.
  8. Straub DA. Calcium supplementation in clinical practice: a review of forms, doses and indications. Nutr Clin Pract. 2007;22:286-96.
  9. ods.od.nih.gov/factsheet/calcium-HealthProfessional
  10. http://www.myhealth.gov.my/kalsium-oral/ Semakan Akhir: 08 September 2016; Penulis/Penterjemah; Wang Khee Ing; Akreditor:Azrina bt. Hassan

 

error: Content is protected !!