Masa dan Jadual Makan Vitamin Yang Sesuai Untuk Meningkatkan Penyerapan & Fungsi Vitamin

Jadual Makan Vitamin

Ramai customer selalu tanya bila jadual makan vitamin yang paling baik. Sebenarnya, setiap individu mempunyai kadar response pada vitamin pada waktu yang berbeza-beza. Tidak kisah pun bila-bila vitamin harus diambil, tiada salahnya. Ada yang ambil vitamin di waktu pagi dengan sarapan, dan ada yang ambil vitamin di waktu malam sebelum masuk tidur. Kalau rasa-rasa perkara ni betul-betul rasa keliru, adalah lebih baik untuk bertanyakan kepada doktor masing-masing.

Ambil Vitamin di Waktu pagi
Vitamin boleh dijadualkan untuk diambil di waktu pagi, tapi paling baik sekiranya perut tu sudahlah diisi. Pagi juga boleh jadi masa yang terbaik untuk makan vitamin. Adalah penting untuk memastikan bahawa setiap vitamin tu diserap oleh badan. Kalau ambil vitamin tapi tidak mampu diserap badan, alangkah ruginya. Benefit dan fungsi vitamin tu tak dapat, malah pokaikan poekt pula:mrgreen:. Macam mana nak tingkatkan kadar penyerapan vitamin adalah, dengan memastikan perut tu dah keluarkan enzim-enzim penghadaman. So, bermaksud, kalau perut tu ada isi dah, jus-jus dan asid-asid perut tu dah ada untuk penghadaman. Maka, ia membantu untuk serap vitamin itu lebih tinggi. Untuk vitamin-vitamin yang larut lemak seperti vitamin E dan Vitamin D, kalau kita tak ada makan lemak, susahlah sikit ia nak absord ke dalam tubuh kita. Mahal tau Vitamin E, so make sure kita fokuskan juga pada cara untuk pastikan ia diserap elok oleh badan. Hehe:D

Ambil Vitamin di Petang (Sebelum Malam)
Pernah ada kajian menunjukkan bahawa Vitamin D lebih baik diambil dengan menu makanan harian yang paling besar, seperti ketika makan malam. Kajuan ni percaya bahawa jika ambil Vitamin D di waktu tersebut, penyerapannya lebih baik. Untuk kita yang banyak sinaran matahari ni, matahari sendiri membekalkan vitamin D. Tapi harus diingat juga, terdapat UV pada sinaran cahaya matahari. Untuk orang yang keluar ke kerja pukul 6 pagi, dan pulang pukul 8 malam di Malaysia ni walaupon banyak cahaya matahari, harus diambil perhatian juga tentang jadual masa intake Vitamin D ya.

Jadual Makan Vitamin

Ambil Vitamin Sebelum Tidur
Kalau lah kita ni jenis individu yang ada masalah perut sensitif dan jenis cepat loya, adalah dicadangkan lebih baik supaya vitamin diambil sebelum masuk tidur. So, masa tidur tu tidaklah nanti rasa loya tu kan. Lagipun effect loya tu bukanlah datang sebaik sahaja makan vitamin tu. Ia datang masa tu pun pun kita dah nenyak tidur. So, tidaklah rasa sangat kan. Sebelum tidur tu, ambillah snek ringan, eh, jangan pula yang kalori tinggi. Ringan ni maksudnya rendah kalori, rendah gula. Buah-buahan adalah calon terbaik. Biskut ringan rendah kalori pon boleh juga.

Faktor Lain yang Perlu Diambil Kira
Mineral seperti Zinc, perlulah diambil dengan jarak masa berlainan dengan vitamin jenis fiber. Sebabnya Fiber menyebabkan tubuh badan menjadi sukar untuk menyerap mineral. Sama juga seperti Kalsium dan Iron. Ia tidak patut digabung bersama kerana Iron boleh mengganggu penyerapan kalsium.

Maka, pastikan anda kenal fungsi vitamin anda dan masa yang paling sesuai supaya kadar penyerapan itu dapat dioptimumkan.

One comment

  1. as salam mintak cadangan jadual makan zink complex bersama esp. saya juga mengamalkan alfafa dan vit. saya menghadapi masalah kuku dan keguguran rambut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge