Ibu Berpantang Sihat Dengan Vitamin Shaklee

ibu berpantang

Kebiasaannya ibu yang bersalin dan ibu berpantang merasakan keletihan yang melampau disertai dengan perasaan emosi yang sering tak menentu. Selepas melahirkan anak, perasaan letih menerjah-nerjah, tak terurus dan dengan hormone yang sedang berubah-ubah, biasanya ibu berpantang kerana bersalin amat lah emosional.

Itu belum ditambah lagi dengan masalah penyusuan susu ibu kepada bayi yang baru dilahirkan.

Itu juga belum ditambah lagi dengan tekanan dari ahli keluarga. Maklumlah, baru beranak seorang. Macam-macam mazhab datang dari sini dan sinun. Ada yang bercanggah dengan agama, ada yang bercanggah dengan perubatan. Naik tension si ibu bersalin tadi. Haih. Kalau ikut orang tua-tua, tak boleh minum air banyak-banyak. Nanti jadi bentan katanya. Masalahnya kalau tak minum air banyak, macam mana nak keluar susu ibu. Dah tu pula, sembelit lah jadinya. Mahu meroyan si ibu bersalin dengan situasi macam ni. Nak melawan, nanti dikatakan derhaka pula. Tak diberitahu, ibu berpantang dan bayi yang baru dilahirkan pula merana, merana bayi tak cukup susu, dan merana si ibu sembelit. Kasihan.

Itu belum ditambah dengan sakit luka jahitan lagi??

 

Ibu Berpantang Harus Menjaga Pemakanan yang Sihat

  1. Makanlah roti, bijirin dan ubi-ubian seperti kentang untuk sumber karbohidrat
  2. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  3. Minum jus buah-buahan segar.
  4. Minum susu dan hasil tenusu seperti keju dan yogurt
  5. Makan daging, dan ikan.

Nutrien yang Penting Untuk Ibu Bersalin Dan Ibu Berpantang

Omega-3
Kekurangan Omega-3 boleh menyebabkan ibu bersalin dan ibu berpantang mengalami kemurungan. Omega-3 mengandungi DHA yang amat penting dalam membentuk susu ibu dan menyokong perkembangan otak bayi yang baru lahir termasuk system saraf dan perkembangan mata bayi.

Vitamin B9
Vitamin B9 atau dikenali sebagai Asid Folik juga dapat membantu mengurangkan rasa tertekan dan gangguan emosi kepada ibu bersalin dan berpantang.

Zinc
Pengambilan Zinc dapat membantu meningkatkan system imun badan dan membantu badan ibu berpantang menghalang radikal-radikal bebas yang merosakkan sel tubuh. Kehamilan biasanya mempengaruhi kandungan zinc dalam tubuh wanita hamil. Maka, ibu-ibu yang baru melahirkan anak kebiasaanya mengalami kekurang zinc yang ketara. Zinc boleh diperolehi dari telur, daging, gandum dan oat. Ibu bersalin dan berpantang memerlukan sekurang-kurangnya 18mg Zinc setiap hari.

Kalsium
Kandungan kepadatan tulangibu berpantang dan ibu menyusukan biasanya berkuranga. Ibu menyusukan memerlukan 1200 mg kalsium setiap hari untuk memastikan tulang ibu sihat dan kesihatan bayi juga sihat. Produk tenusu, sayur-sayuran segar dan hijau, kacang badam, kekacang seperti kacang Hazel mengandungi kandungan kalsium yang tinggi. Tetapi sekiranya ibu bersalin tidak dapat kalsium yang diperlukan melalui makanan, vitamin dan supplemen kalsium amat penting untuk menggantikannya.

Vitamin A
Vitamin A membantu mengekalkan kesihatan kulit, gigi, dan penglihatan yang baik. Ibu bersalin dan berpantang memerlukan lebih kurag 1300 mg Vitamin A sehari. Antara makanan yang kaya dengan Vitamin A adalah lobak merah, sayur-sayuran, ikan, dan daging. Tetapi sekiranya Vitamin A tidak diperolehi melalui makanan, pengambilan vitamin atau supplemen Vitamin adalah perlu.

Kami di Shaklee menyediakan Vitamin Ibu Bersalin dan Berpantang yang sesuai untuk kegunaan ibu-ibu baru ini. Set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc. Cukup untuk 4 bulan.

 

Boleh juga ditambah dengan Omega Guard, Ostematrix dan ESP untuk hasil yang lebih optimum.

 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE

<

1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee

>

>

Nama: Mama Iman @ Farha @ IbuCergas

Emel: ibucergas@gmail.com

Phone/message/wassap: 013-3355598

<

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

 

Daftar ahli Shaklee

>

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge