Golongan Yang Berisiko Ada Kolestrol Tinggi

Adakah kita ni sebenarnya termasuk dalam golongan yang berisiko tinggi menghidap penyakit No 1 Malaysia ni.

Siapa Yang Berisiko Mengidap Kolestrol Tinggi?

1. Orang Yang Merokok

Rokok sebenarnya merosakkan dinding dinding dalam salur darah kita, jadikan salur darah kita tu luka-luka dan tak sihat. Bila ia jadi luka dan tak sihat, lemak-lemak jahat LDL ni senang sangat nak melekat dekat dinding salur darah. Asalnya salur darah ni boleh kembang kuncup ikut keadaan. Tapi kaalau ada banyak sangat lemak LDL melekat, salur darah ni jadi tebal. Susah dah nak kembang kuncup. Merokok pon jadikan kolestrol baik HDL kita makin lama jadi makin sikit.

<

2. Orang Yang Obesiti

Orang gemok, risikikonya untuk dapat sakit kolestrol tinggi ni, jauh lebih tinggi berbanding orang yang kurus. Tapi zaman sekarang ni, even kalau kurus pon ade dah penyakit kolestrol tinggi dan darah tinggi ni.

<

3. Orang Yang Makan Pemakanan Yang Tak Sihat

Ada orang memang sangat suka makan daging dan minum susu. Apa-apa makanan yang berasaskan binatang, memang kaya dengan kolestrol. Kita kene sangat bijak pilih makanan yang kurang kolestrol. Makanan yang berasaskan binatang juga memang kaya dengan lemak tepu, kaya juga dengan trans fat. Semua ni menyumbang kepada masalah kolestrol. Cuba tukarkan sumber makanan tu kepada yang berasaskan tumbuhan. Ia jauh lebih baik kerana kandungan kolestrol dan lemak tepunya yang sangat kurang.

 

<

4. Orang Yang Tidak Bersenam

Bersenam sebenarnya sangat bagus untuk boostkan kolestrol baik HDL dalam badan kita. Kolestrol baik HDL ni bagus untuk membantu menurunkan kolestrol jahat LDL. Jadi kenelah selalu bersenam, supaya parah HDL sentiasa optimum.

LDL – Kolestrol Jahat, dan HDL Kolestrol Baik

>

5. Orang Yang Ada Diabetes

Bila kandungan glukos dalam darah banyak, ia ibarat kawan baik kepada lemak jahat LDL. Gula juga menjadikan lemak baik HDL ni berkurang dan merosot. Gula juga memang merosakkan dinding salur darah.

>

Video kat bawah ni lah benda yang terjadi bila mana terlalu banyak kolestrol dalam darah dan macam mana ia boleg ganggu peredaran sel darah merah. Ada nampak tak bintik kecik berwarna merah. Haa itu adalah sel darah merah. Bila lemak jahat yang warna kuning tu LDL menempel banyak sangat kat dinding salur darah, makin lama dinding tu makin sempit.

Akibatnya, sel darah merah tal dapat nak lalu.

Sel darah merah ni kan bawak oksigen. Kalau sel darah merah yang bawak oksigen ni tak dapat lalu, macam mana bahagian tubuh badan kita nak dapat oksigen. Tu yang boleh jadi strok tu.

<

Rasa-rasanya kita ada tak dalam ciri-ciri orang di atas? Toksah tipu naaaa semua takde. Berapa ramai jek orang yang tak merokok dalam Malaysia ni? Antara yang tak merokok tu pulak, berapa ramai pulak yang tak bersenam. Biasnaya perokok memang dah sah lah takkan bersenam kan. Dah la tak merokok, tak bersenam pulak tu. Ada ke perokok yang bersenam?? (-_________-)

Pastu tapis pulak orang yang jaga pemakanan. Berapa ramai pulak yang tak merokok, bersenam, dan jaga pemakanan? Haiya.. hampir pupus kot. Perempuan mungkin masih ramai lagi. Untuk lelaki, tak berani nak komen. Sebab tak ada statistik.

Apa pon, kolestrol tinggi ni kene jaga sangat. Zaman sekarang ni muda-muda dah ada kolestrol tinggi. Badan kurus pon ada tau.

 

.

error: Content is protected !!