Cinch Energy Tea Mix Shaklee - Boost Tenaga Dengan Cepat Dan Tahan Lama

Ada satu produk Shaklee yang tak ramai ambil tahu padahal produk jenis ni sangat rare dan unik dalam pasaran. Itulah dia Cinch Energy Tea Mix. Tengok nama pun tau dah ia sejenis teh tapi teh yang macam mana? Ni bukan sebarang teh macam teh boh dan lipton. Bukan juga teh hijau atau teh herba cina. Sebab tu saya cakap teh ni rare dan unik. Sebagai penjual Shaklee takde la kita amalkan semua produk yang kita jual kan?

cinch energy tea mix

<

Sebab ada berpuluh-puluh jenis produk, memang jenuh la nak guna semua sekali. Kos pun bukan calang-calang :lol: Maka pilihlah yang mana terbaik untuk diri. Asalnya Cinch Tea ni saya sendiri pun tak ambil. Ye lah, teh je mana-mana pun ada jual. Sampai la satu hari tu saya rancang nak balik kampung yang jauhnya lebih kurang 250km dan kena bertolak lepas Isyak. Dah tentu yang drive suami saya sebab saya kena handle dua anak yang aktif sangat!

<

Nak jadikan cerita malam sehari sebelum bertolak tu suami ni tak tidur, apa yang dibuatnya saya pun tak pasti, saya jangka tengok bola la tu. Tau-tau je dia kejut pagi-pagi sebelum Subuh. Katanya tak dapat tidur (ye lah tu   :mrgreen:) Jadi malam masa nak bertolak tu saya dah nampak si suami ni macam kuyu je. Sudah, saya cakap dah gaya camni macam mana nak drive balik kampung. Nampak gaya macam kena bertolak esok Subuh je. Tiba-tiba saya teringat Cinch Energy Tea Mix Shaklee yang saya simpan buat stok untuk customer yang nak COD.

<

Selama ni tau dari kawan-kawan yang dah cuba Cinch Tea memang sangat power. Kali ni saya dan suami cuba pulak. hehe… Jadi kami pun bertolak dan singgah Petronas isi minyak dan beli apa yang patut. Suami beli air botol teh hijau kegemaran dia dan minta dua sachet Cinch Energy Tea. Saya cakap satu pun dah cukup, tapi katanya biar lebih jangan terkurang 8) Maka si dia minumlah beberapa teguk. Selang beberapa minit suami pun cakap tiba-tiba je rasa macam bersemangat nak balik kampung. Tak ngantuk pun. Dengar dia cakap camtu legalah hati saya. Walaubagaimanapun saya pesan, kalau rasa ngantuk berhenti dekat R&R tidur sekejap atau minum air campuran Cinch Energy Tea setiap kali ngantuk tu menyerang. Tapi tak berhenti mana-mana pun, terus je drive sampai ke destinasi. Malah sepanjang perjalanan si suami ni banyak pulak tenaga dia nak bersembang sampai saya pula naik penat :roll: Akhirnya kami pun sampai dengan selamat setelah menempuh perjalanan selama lebih kurang 3 jam setengah.

<

Lepas angkat-angkat barang semua saya pun ke bilik untuk tidur tapi yang peliknya suami nak stay dekat ruang tamu tak nak tidur katanya belum ngantuk. Saya pun biarkan je la sebab dah ngantuk sangat. Esok paginya dia kejut lagi untuk solat Subuh. Lepas dah bersiap-siap kami pun sarapan. Tiba-tiba dia cakap “Abang tak dapat tidur semalam, power betul Cinch Energy Tea. “Aduilah suamiku..  Lepas dari kisah ni, Cinch Tea dah jadi produk wajib yang kami akan guna hampir setiap hari. Biasanya kami tidur awal dalam pukul 10-11 malam dan bangun antara 3-4 pagi untuk buat kerja-kerja bisnes atau ofis. Saya memang takde masalah untuk bangun sebab dah terbiasa tidur maksimum 5 jam. Yang suami pula berkeras suruh kejut, tapi bila kejut payah nak bangun.

<

Ubatnya Cinch Tea lah jawabnya. Memang lepas minum terus je segar bugar macam waktu siang. Saya sendiri sangat impress dan teruja dengan Cinch Tea ni sebab selama ni memang tak pernah lagi jumpa produk yang terbaik macam ni. Bukan macam nescafe yang terlalu tinggi caffein sampai boleh sakit kepala atau jantung berdegup kuat atau Red Bull yang terlalu tinggi gula. Cinch Energy Tea Mix adalah dari rumusan semulajadi teh-teh eksotik yang sangat rare. Berikut adalah jenis-jenis teh yang digunakan.

<

  1. Matcha Green Tea – Disediakan secara natural supaya segala nutrien yang ada pada teh ini seperti serat, mineral dan antioksidan kekal. Mempunyai tahap antioksidan yang sangat tinggi, sebagai energy dan metabolisma booster serta boleh membakar kalori empat kali lebih tinggi.
  2. White Tea – Juga dikenali sebagai teh hijau bayi dan mempunyai kadar antioksida lebih tertinggi berbanding teh hijau. Ia mampu membantu membakar lemak-lemak berlebihan di dalam badan, menghalang pembentukan lemak yang tak perlu serta boleh meningkatkan kadar metabolisma.
  3. Rooibos Red Tea – Teh ini berasal dari Afrika Selatan. Ia kaya dengan polifenol – antioksidan, melarutkan lemak, meninggikan kadar metabolisma dan juga agen detox yang kuat.
  4. Red Tea – Teh ini juga mempunyai kadar antioksidan yang tinggi. Seperti juga Rooibos, ia mempunyai polifenol iaitu antioksidan yang mampu menghalang perkembangan kanser. Ia membantu pembaikan tubuh akibat daripada radikal bebas.
  5. Taurina – Pemangkin metabolisma, memberi tenaga tambahan, mampu melarutkan lemak serta membantu penghasilan otot.

<

Antara kelebihan lain Cinch Energy Tea Mix Shaklee adalah

  1. Kandungan kafein yang sangat rendah (sekadar keperluan badan sahaja).
  2. Boleh membantu menurukan tekanan darah tinggi.
  3. Membantu merendahkan kolesterol.
  4. Melindungi jantung dan peredaran darahnya.
  5. Menguatkan tulang.
  6. Antibakteria dan antiviral.
  7. Menggalakkan kulit yang sihat.
  8. Mengurangkan gula dalam darah seterusnya mengurangkan risiko gejala kencing manis.
  9. Bagus untuk sistem pencernaan dan membantu mengelakkan daripada terkena cirit birit.
  10. Membantu pesakit athma dengan mengembangkan saluran pernafasan.

 

Berdasarkan fungsi-fungsi teh yang digunakan dalam Cinch Tea ni jelaslah yang produk ini juga mampu membantu untuk mengurangkan berat badan. Cinch Tea juga termasuk dalam Set Kurus Shaklee digabungkan dengan Cinch Shake untuk proses penurunan berat badan. Selalunya bila berdiet kita akan rasa letih terutamanya pada yang baru mula berdiet sebab itu Cinch Tea sangat penting jika anda ingin menurunkan berat badan dengan Set Kurus Shaklee.

<

So camne? Best tak Cinch Energy Tea Mix Shaklee ni? Lagi-lagi bila puasa, minum waktu berbuka memang terasa powernya! Cuba lah! :D Lagi-lagi la kalau digabung dengan Cinch Shake Shaklee macam bawah ni, hah memang boleh kurus!

 

cinch shake + cinch energy tea mix

>

>

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE

<

1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee

>

>

Nama: Mama Iman @ Farha @ IbuCergas

Emel: ibucergas@gmail.com

Phone/message/wassap: 013-3355598

<

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

 

Daftar ahli Shaklee

>

 

error: Content is protected !!