Cara Nak Elakkan Tidur Suami Berdengkur Kuat Sampai Tak Boleh Tidur

Memang ramai suami-suami kita (ops ada juga bini) yang berdengkur. Serious tak best. Tapi sayang punya pasal, kadang kita buat tak kisah. Kadang dengkuran suami itulah yang akan kita rindu kelak bila dia tiada nanti (outstation dan sebagainya):mrgreen:.  Macam mana pon, kasihan sebenarnya kat dua-dua pasangan. Kesian pada yang berdengkur, dan juga kesian pada yang mendengkur. Heheheheh.

Sebab-Sebab Kenapa Kita Tidur Berdengkur

Memang ada banyak sebab kenapa berdengkur sebenarnya.

1) Faktor usia

Bila usia semakin meningkat, salur pernafasan kita semakin sempit. Kekuatan otot pada tekak juga berubah dan berkurang. Lelaki punya salur pernafasan adalah lebih sempit berbanding perempuan. Sebab itulah kebanyakan lelaki memang berdengkur. Tapia da juga perempuan yang berdengkur ya.

>

2) Masalah Hidung Dan Sinus

Mana-mana rongga udara yang tersumbat memang menjadikan kita berdengkur. Bila rongga udara tersumbat, kita jadi susah bernafas. Ini menyebabkan ada ruang vacuum dalam liang pernafasan dan menyebabkan berdengkur. Kadang-kadang ada orang selama ni tak berdengkur pon, tapi sebab selsema, kita boleh dengar tiba-tiba dia berdengkur pula. Contoh lain adalah tonsil yang bengkak. Bila tonsil bengkak, ruang udara dalam tekak menjadi sempit, menjadikan seseorang itu tidur berdengkur. Bila kita bernafas guna mulut, itu yang jadi berdengkur tu.

<

3) Terlalu Gemuk

Bila kita terlalu gemuk ,tisu lemak dan kekuatan otot berkurang menjadikan kita lebih prone kepada terjadinya dengkuran. So, jangan lah sampai kegemukan menjadi beban kepada tidur pula. Berdengkur sebenarnya penat. Janganlah sampai gemuk sehingga kualiti tidur terganggu. Lama kelamaan akan membawa kepada komplikasi lain pula nanti.

<

4) Pengambilan alcohol, merokok dan ubat

Pengambilan ubat, alcohol dan juga merokok akan mengubah kekuatan otot dan menyebabkan lebih mudah seseorang itu jadi tidur berdengkur. Kalau setakat ubat tu kita pahamlah sekali sekala. Tapi kalua alcohol dan merokok tu memang susah orang nak berhenti. Selagi tak berhenti merokok, selagi tu laa berdengkur tu susah nak kurang. Sian anak bini.

<

5) Posisi Tidur

Tidur dengan tulang belakang mandatar akan menyebabkan tisu lemak bawah dagu dan lidah dan block kan salur pernafasan. Jadi adalah lebih baik tidur dengan mengiring. Nabi SAW pon mengajar kita tidur mengiring kan.

Untuk elakkan kita tidur dengan tulang belakang mandatar, kita boleh guna triks bola tenis. Cara nya adalah dengan memasukkan bola tenis dalam baju tidur kita. Bila kita tidur dan terbaring atas bola, nanti kita akan rasa tak selesa dan terus tidur kepada keadaan mengiring kembali.

Itu beberapa tips untuk elakkan diri dari berdengkur. Usahlah berdengkur demi kesejahteraan keluarga. Sebab tidur yang berkualiti itu sebenarnya amat penting untuk setiap orang. Berdengkur akan membuatkan penghidapnya rasa sangat haus dan tidur tak lena. Tidur yang tak lena akan menyebabkan badan tak dapat lakukan proses detoksifikasi yang optimum. Lama-kelamaan aka nada komplikasi lain yang timbul.

Terlalu penat juga biasanya akan membuatkan kita berdengkur tanpa sedar, iaitu bernafas melalui mulut. Marilah kita pakat tolong sesame suami isteri demi kesejahteraan keluarga yang sihat, fizikal dan emosi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge